Monday, January 7, 2013

TERKENANG SEMASA DULU 69: KADET PTD - TENTERA ( BHG 2 )

Sambungan dari entri  INI.

Sebagaimana yang telah saya ceritakan dalam entri tersebut, kita juga di perkenalkan dengan kehidupan dan peranan dua cabang tentera selain tentera darat  iaitu  TUDM dan TLDM.


Gambar 13: Saya tahu mesti ada yang tersenyum bila melihat seluar kaki loceng serta rupa bentuk dan saiz tali leher kami semua.


Gambar 14: Tak lepas peluang duduk dalam tempat juruterbang.

Gambar 15: Bersama penerjun-penerjun TUDM.  Rakan saya yang mengadap kamera ini sekarang menjadi KSU Kementerian Pertahanan. Rasanya dia tak lupa pengalaman singkat sebagai tentera ini.

Gambar 16: Dengan anggota TUDM.


Gambar 17: Dengan penyelam dari  pasukan TLDM.
Gambar 18: Di pangkalan  TLDM Woodlands, Singapura. Lihat paspot masing-masing ada dalam poket baju.

Gambar 19: Kita sempat melihat TLDM membuat pertunjukan memindahkan orang dari kapal ke kapal dan juga tembakan meriam ke sasaran di tengah laut.


 Gambar 20: Di atas kapal KD Kinabalu bersama seorang kawan. Dua-dua masih cekeding dan sekarang dua-dua melebihi muatan.

 
Gambar 21: Sebelum menghadiri Majlis Makan Malam Beradat. Saya tak pasti dengan tentera Darat ke Udara ke Laut.



Gambar 22: Selepas meninggalkan Kadet selama kira-kira 7 tahun, di takdirkan saya pulak ditugaskan menjaga Kadet PTD pengambilan tahun 1985/86. Gambar-gambar 22,23 dan 24 adalah gambar saya ketika menjadi penjaga kadet yang sedang berkursus.


Gambar 23: Ini gambar saya dengan sebahagian kadet di bawah seliaan saya. Masa ini dah ramai kadet perempuan di ambil. Ada diantara mereka kini sudah menjadi TKSU dan Ketua Jabatan dan juga ditangkap khalwat.


Gambar 24: Sekarang saya sudah boleh duduk semeja semasa makan dengan pegawai-pegawai tentera.




28 comments:

  1. saya suka kalau pakai uniform askar , nampak gah gitu...tu pasal masa skolah dulu sy masuk kedet bkn utk lain tp minat dgn kesegakkan bila mengayakannya...tamat sekolah kira habis lah..

    ReplyDelete
  2. Serius saya suka entry ni. Hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih .. serius saya juga suka bila orang suka entri saya.

      Delete
  3. Menarik... betapa fesyen berubah.... tapi zaman tu gaya macam ni memang top...

    ReplyDelete
  4. takder nak komen apa...tumpang senyum jer...

    ReplyDelete
  5. sukanya tengok gambar-gambar. cam ni rupanya KSU saya dulu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ksu mindef. muka pun tak berubah

      Delete
    2. memang betul .. tapi ada juga sikit perubahannya, kira2 5-10% sahaja.

      Delete
  6. seluar tu boleh sorok macam2!! he~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang itulah salah satu tujuan seluar dicipta .. !

      Delete
  7. Cantik tgk seluar tu.hehehee..skrg mesti jadi bos besar dah ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekarang saya dah pencen dan jadi drebar anak2 .. hehe

      Delete
  8. Salam Pakcik,

    Pakcik ni petit orgnya kan?

    ReplyDelete
  9. Replies
    1. masa itu dia belum jadi ayah awak lagi kot !

      Delete
  10. lain sungguh trainning zaman pak ngah dengan zaman kami, tapi masing-masing punya memori tersendiri....

    ReplyDelete
    Replies
    1. zaman sekarang mungkin mudah sedikit .. tapi dari segi perasaan terutamanya yang bergelar isteri tu terpaksa berpisah dengan suami dan anak2 mungkin lebih parah agaknya.

      Delete
    2. memang pak ngah...menitik air mata mengenangkan anak sulung di kampung menyambut hari jadi pertama..maknya dalam hutan latihan ambush...

      Delete
  11. nie zaman bila nie??? dah macam gambar ayah saya jer... hehehe... btw, nice!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin uncle sebaya atau lebih tua dari ayah awak.

      Delete
  12. mana menghilang muaz ib nu jabal ni tuan>

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf ! entri itu tersalah enter .. baru peringkat draf.

      Delete
  13. waa... hebat la.. saya pun tak lahir lagi nie :D

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.