Monday, January 14, 2013

14.1.2003 - HARI PENYESALAN SAYA.



Hari ini genap 10 tahun ibu saya dijemput menghadap Maha Pencipta. Namun begitu, saya merasa seolah-olah dia masih lagi ada bersama. Atau mungkin hati dan perasaan saya tidak mahu menerima kenyataan yang dia telah tiada.

Setiap kali saya balik ke kampung di rumah tempat dia tinggal bersama adik bongsu saya, saya merasa seolah-olah dia ada di sana. Bila saya di serambi, saya merasa seperti dia ada di dapur, dan bila saya ke dapur saya merasa dia ada di dalam biliknya. Dengan itu saya tidak merasa sangat kehilangannnya kecuali bila saya sedar hakikat sebenarnya yang selama ini saya hanya bermain perasaan sahaja. 

Sampai mati pun saya tidak dapat memaafkan diri saya kerana pada malam arwah ibu menghembuskan nafas terakhir di hospital Kuala Pilah, saya tidak berada di sisinya. 

Petangnya sebelum saya meninggalkannya dengan ditemani oleh salah seorang adik perempuan saya, saya telah bertanya doktor tentang penyakitnya. Doktor menjawab lebih kurang begini"

" tak ada apa-apa encik, sakit biasa je .. sehari dua lagi bolehlah keluar" 

Memang ibu saya sudah lama menghidap penyakit lelah dan sering keluar masuk hospital. Cakap doktor itu menyedapkan hati saya kerana saya fikirkan ibu saya akan pulih semula seperti sebelum ini. Dan sungguh saya tidak menjangka kemasukannya kali ini adalah yang terakhir.

Dan saya juga sempat berpesan kepada adik yang menjaganya supaya segera menalipon saya kalau penyakit Ibu bertambah serius.

Adik saya pun tidak ada menalipon apa-apa memberitahu perkembangannya sehingga tiba waktu Subuh keesokan harinya dia menalipon mengatakan penyakit ibu agak serius sikit. Namun suara adik saya tidak pula cemas kerana barangkali sudah kerap berdepan dengan keadaan yang serupa sebelum ini.

Selepas sembahyang Subuh saya dan isteri serta adik beradik yang lain bergegas ke hospital yang tidak berapa jauh dari rumah saya. Setibanya di katil ibu saya, saya lihat matanya pejam dan mulutnya ditekup dengan topeng gas. Pada masa itu itu saya juga masih tidak cemas lagi kerana sudah banyak kali melihat keadaan ibu begitu.

Tidak berapa lama selepas itu, doktor tiba-tiba menyuruh saya memanggil adik beradik yang lain dan meminta saya membaca surah Yaasin. Dengan tiba-tiba air mata saya terhambur tanpa boleh ditahan-tahan lagi umpamanya empangan yang pecah kerana saya faham maksud doktor tersebut.

Selepas menalipon adik-beradik yang lain memberitahu keadaan ibu, saya pun mengambil wuduk, dan membaca surah Yaasin tidak jauh darinya dan saya lihat doktor dan jururawat bertungkus-lumus cuba menyelamatkan ibu saya. Tidak lama lepas itu ibu saya pergi tanpa sempat membuka mata dan meninggalkan sebarang pesan kepada saya dan adik beradik yang lain. 

Pada masa itu hanya Tuhan sahajalah yang tahu perasaan sedih dan kesal saya kerana tidak bersama dia sepanjang malam sebelum itu. Walaupun saya sedar bahawa itu semua sudah ditakdirkanNya, namun saya tidak juga  dapat memaafkan diri saya sampai sekarang.

Saya rasa meninggalkan dia malam itu, adalah suatu kesilapan besar yang tidak mungkin dapat saya maafkan diri saya. Kalaulah saya tahu dia akan pergi buat selama-lama, saya pasti akan berada disisinya sepanjang masa. Tapi saya tidak mungkin dapat tahu kerana itu semua rahsia Allah, namun begitu kekesalan itu masih juga membebani perasaan saya. Entah sampai bilakah saya harus menanggung rasa bersalah ini, saya pun tidak tahu.

Semoga roh ibu saya aman di sana.

36 comments:

  1. Saya paham perasaan itu....sebab saya juga pernah melalui perkara yg sama.sedikit berbeza tapi hampir sama...bersabarlah uncle..semoga arwah tenang di sana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. perasaan bersalah dan kesal itu sering menghantui uncle .. tak pernah hilang.

      Delete
  2. al fatihah..
    jangan menyalahkan diri kerana apa yg terjadi telah ditakdirkan...
    kalau diikutkan...en lbh bernasib baik berbanding saya
    kerana semasa ibu menghembuskan nafas terakhir...saya di kedah..arwah ibu nun di kelantan...kakak sulung telefon ketika ibu telah tiada...cuma saya sempat menatap wajah kakunya...

    cerita makcik saya pulak...suaminya dimasukkan ke hospital..ketika dia call suaminya..bgtau ke ke hospital...suaminya kata tak payah dtg..ptg nnt mesti suami akan pulang...tp dia berkeras nak ke hospital jugak...ketika melangkah keluar rumah...kaki makcik tersadung batu...tergeliat dan tak boleh ke hospital...

    sejam lps tu..pihak hospital call...suaminya dah tiada...

    ptg tru mmg benar2 suaminya 'dibawa balik'...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yelah .. kalau dah tak rezeki nak berjumpa tu, ada sahaja halangannya .. itu semua dalam perancangan Allah dan Dia adalah sebaik-baik perancang.

      Delete
  3. asslam AL....AlFatihah buat arwah

    ReplyDelete
  4. Memang betul tuan, kadangkala sesuatu yang terjadi itu membuatkan kita terkenang-kenang penyesalannya, lebih-lebih lagi kepada orang yang dikasihi... semoga tuan bersabar dan meringankan sedikit beban dengan perkongsian dengan rakan-rakan disini..Alfatehah

    ReplyDelete
    Replies
    1. puas saya memujuk hati, sesekali rasa kesal itu datang jua terutama bila menjelang hari raya.

      Delete
  5. Begitulah, kalu kita boleh tahu apa yang akan terjadi, kan? Sayangnya, kita tidak akan boleh tahu Pakngah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul .. nabi Muhammad sendiri pun tidak tahu apa yang akan terjadi walau pun dia kekasih Allah.

      Delete
  6. pakngah, hari terakhir, arwah abah sy menghembuskan nafasnya, sy masih bekerja, pakngah. rasa ralat sgt..sbb hari sebelumnya(ahad), dia siap bersembang dgn saya. tak sangka dia pergi sebelum sempat sy berada di sisi.. pakngah, sy anak abah, bila dia pergi mengadap penciptaNya, sy totally lost untuk beberapa bulan. sy salu anggap dia amsih ada dan tdo dlm biliknya seperti kebiasaan. bayangkan, padahal setiaphari sebelum pergi kerja, sy sembang dgnnya, balik kerja, sy masuk biliknya, sebelum tido sy sembang dgnnya dibiliknya sehinggalah dia suruh naik tdo bilik sendiri.. sedih sgt.. dia pergi 22 mac 2010 dan selalu berada di hati saya. blog sy tu; a letter for him' adalah cerita sy utk dia..(sbb setiapmasa/perkara, sy cerita padanya)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau begitu perasaan awak lebih parah kerana pakngah tak duduk bersama.

      samala kita, selalu menganggap dia masih ada untuk menghilangkan resah di hati.

      Delete
  7. Assalamualaikum...bersabarlah uncle, itu semua ketentuan Allah s.w.t...semoga roh arwah ibu uncle dicucuri rahmatNYA...AlFatihah buat arwah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaikumsalam.

      terima kasih atas doa awak itu.

      Delete
  8. Al-fatihah..
    saya turut sedih dan sangat memahami perasaan itu sebab saya pon da 6 thn kehilangan ibu kandung..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tentulah awak lebih sedih kerana masih muda sudah kehilangan ibu tercinta ..

      Delete
  9. Saya faham perasaan pakngah....saya juga mengalaminya. Semoga roh mak pakngah di tempatkan bersama orang-orang yang soleh.

    ReplyDelete
  10. semoga rohnya dicucuri rahmat...

    ReplyDelete
  11. Saya juga mengalami apa yang Pakngah rasa. Ralatnya terasa hingga ke hari ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau begitu, tidaklah pakngah seorang sahaja yang merasa ralat kerana telah silap membuat perhitungan.

      Delete
  12. Al-Fatihah...

    Perjalanan kehidupan yang sentiasa menjadi rahsia Allah. Menghadapi saat2 perpisahan sebegitu memang perit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang saya tidak ada rezeki untuk berada di sisinya di saat-saat akhir ibu pergi.

      Delete
  13. Bila pakcik bercerita tentang hal ni, sy teringat ayah saya sendiri. Dulu, kami duduk di KL. Kampung di BP. Bila arwah nenek uzur, ayah ulang-alik KL-BP. Tapi bila tiba ms nenek pergi, ayah di KL. Kami rushing blk BP tp terlambat. Sampai saja, nenek sudah selamat dikebumikan. Ayah meraung kejap dlm kereta smbl memekup muka. Kami semua sedih. Walau ms tu sy kecik lagi tp peristiwa tu sy igt smpi skg.

    Wallahualam. Mgkn, ayah juga berperasaan mcm Pakcik. Berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikul kan? Tapi, ini semua ketentuan Tuhan. Allah dah tetapkan. Mcm ne pun, perpisahan tu tetap akan terjadi. Sy syg ayah. Walau sy sgt tak boleh terima kalau ayah tak ada nanti tp mcm ne pun sy tetap kena bersedia mulai dari skg (walau ayah masih sihat).

    ReplyDelete
    Replies
    1. kadang2 pakcik cemburu bila melihat orang yang masih ada ayah ibu terutamanya bila menjelang raya .. rasa kehilangan sangat masa itu.

      teruslah membahagiakan hati ayah awak dan semoga beliau dipanjangkan umur.

      Delete
  14. Salam Tuan

    Makchaq pun ada pengalaman yang sama, memang rasa menyesal sangat tak tunggu, tapi memang begitu lah takdirnya..
    Semoga roh mereka dicucuri rahmat

    ReplyDelete
  15. Salam Tuan,

    Entri ini membuat saya jadi sebak dan lebih ingin menyayangi kedua ibu bapa saya yang kini semakin dimamah usia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kembali.

      teruslah menyayangi dan membahagiakan hati mereka sementara mereka masih bersama .. mereka pun bukan meminta banyak dan yang bukan2.

      Delete
  16. Sebak membaca entri ini, ajal maut itu memang rahsia Allah..moga arwah ibu uncle ditempatkan di kalangan orang yang beriman, amin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang itu rahsiaNya .. dan lebih baik dirahsiakan, kalau tidak mungkin pelbagai tindakan yang tidak cerdik akan kita lakukan. terima kasih juga atas doa itu.

      Delete
  17. Sy sangat tersentuh membaca luahan hati AL..apakan daya segalanya adalah takdir dari Allah..sy pasti arwah bonda AL sedang damai di sana kerana anak2 seperti AL tidak pernah putus menghadiahkan doa dan ayat2 Alquran buat arwah..insyallah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pada masa ini hanya doa sahaja yang boleh dipanjatkan agar rohnya ditempatkan bersama2 mukhlisin ..

      Delete
  18. moga roh arwah mak PakNgah tenang di sana


    janganlah terus rasa bersalah, semuanya dah ketentuanNya


    saya juga mengalami perkara yang sama

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaupun saya sedar sangat itu adalah ketentuanNya, namun rasa bersalah itu sering menyelinap masuk ke dalam hati ini.

      Delete
  19. Semua itu dah tersurat uncle. Saya berpeluang bersama arwah ibu sepanjang malam nazaknya, namun tika dia mghembuskan nafas terakhirnya..saya sedang menghadap Allah SWT agar dpermudahkan jalan arwah. Berdekatan dengannya saat dia hembuskan nafas terakhir namun tidak dberi keizinan utk mlihatnya cukup mnghancurkan hati saya. Namun itu semua percaturan yang amat baik Allah swt rencanakan. saya pasrah dan redha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul .. rencana Allah amat baik. Ada saudara saya berkesempatan melihat saat ayahnya menghembuskan nafas yang terakhir tetapi fikiran dia akan terganggu bila teringatkan saat itu walaupun peristiwa itu sudah berpuluh tahun berlalu .. barangkali ada baiknya kalau kita tidak melihatnya supaya tidak terbayang2 nanti.

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.