Thursday, January 10, 2013

TERKENANG SEMASA DULU 70 : KADET PTD - PENEMPATAN DAERAH.

Entri ini adalah sambungan kepada entri saya sebelum ini. Saya ingin menyudahkan cerita berkaitan kursus Kadet PTD yang pernah saya ikuti sepanjang tahun 1977/78. Kali ini saya ingin menceritakan pengalaman saya mengikuti Modul Penempatan Daerah selama beberapa bulan (saya lupa tempoh sebenar) di daerah Kuala Selangor bersama dua orang lagi kawan saya, sebagai sebahagian dari modul kursus Kadet PTD. Sebelum itu pihak INTAN dengan kerjasama pejabat daerah telah memilih dan menentukan terlebih dahulu keluarga angkat untuk kami bertiga.

Saya dititipkan kepada keluarga seorang ketua kampung yang tinggal di kampung Bukit Badong, tidak berapa jauh dari pejabat daerah di Kuala Selangor. Hari-hari saya berulang alik dengan motorsikal scrambler saya ke pejabat Daerah  bagi mengikuti latihan amali. 

Ada masanya saya dibawa oleh bapa angkat saya ke majlis-majlis yang diadakan di kampung Bukit Badong serta persekitarannya dan melaluinya saya berpeluang mengalami budaya orang-orang keturunan Jawa. Inilah pertama kali saya diperkenalkan dengan Nasi Ambeng !


Gambar 1: Di tengah-tengah adalah Tuan Pegawai Daerah menyerahkan saya kepada bapa angkat saya (kini sudah meninggal dunia). Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.


Gambar 2: Saya mengucapkan terima kasih sambil bersalaman dengan tuan Pegawai Daerah.


Gambar 3: Selepas tamat majlis penyerahan anak angkat sebagaimana lazimnya ia disusuli dengan jamuan ringan dengan ibu-bapa angkat serta juga pegawai dan kakitangan pejabat Daerah Kuala Selangor.


Gambar 4: Inilah motosikal yang saya gunakan untuk berulang dari rumah bapa angkat ke pejabat setiap hari.


Gambar 5: Gambar sebahagian dari keluarga angkat saya.


Gambar 6: Di sebelah kiri saya adalah salah seorang kawan saya yang akhirnya berkahwin dengan salah seorang staf di pejabat daerah Kuala Selangor.

 

Gambar 7: Yang ditengah-tengah itulah yang telah berjaya mencuri hati kawan saya dan sehingga ke hari ini mereka hidup rukun damai sebagai suami isteri. Ada cerita menarik di saat awal mereka berkenalan dan jatuh hati, tapi biarlah saya simpan dahulu. 


  
 Gambar 8: Di atas puncak Bukit Melawati berlatarbelakang Selat Melaka. Pada masa itu tidak banyak yang boleh dilihat di pekan Kuala Selangor ini. Bila ada kelapangan saya akan naik ke atas bukit ini melihat monyet atau melihat orang yang melihat monyet.

 

 Gambar 9: Saya sedang menaip laporan penempatan kami dengan dibantu oleh kawan saya. Leceh juga kerjanya sebab masa itu belum ada komputer.



 Gambar 10: Persiapan jamuan perpisahan di malam terakhir saya di Kampung Bukit Badong.

 

Gambar 11: Adik beradik angkat saya sedang menyediakan sesuatu di dapur.
 

Gambar 12: Gambar di atas disalin dari laporan yang kami sediakan untuk diserahkan kepada INTAN.

Saya sudah terputus hubungan dengan keluarga angkat saya sejak bapa angkat saya meninggal dunia lebih dari 10 tahun dahulu.



TAMMATLAH KISAH SAYA SEBAGAI KADET PTD  AMBILAN TAHUN 1977/78.

26 comments:

  1. Seronok mengimbau kenangan lalu.

    'Hebat seluar bell bottom tu, kan?' :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. seluar tu banyak guna kain .. rugi tokeh kedai jahit. hehe

      Delete
  2. bukit badong tu rumah bakal mertua... hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin bersaudara dengan keluarga ayah angkat saya ..

      Delete
    2. mungkin. nanti cuba kenal-kenal...

      Delete
  3. Bagus betul la program kadet PTD ni... macam2 pendedahan..memang sesuai la untuk pegawai2 tinggi kerajaan.. sekarang macam ni jugak ke?

    Nasib tak tersangkut dengan anak tok penghulu.... he he

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekarang saya tak pasti kandungan kursus itu .. dah lama tak ikuti.

      jodoh saya dah ditakdirkan dengan makngahnya!

      Delete
    2. modul ni masih ada makchaq dan pak ngah, giliran saya dulu 2 minggu di kuala pilah pada tahun 2010..hari2 mak angkat saya msk masak lemak cili padi..haruan la, itik la, daging, betik muda, ikan keli goreng berlada..da hampir 3 tahun masih terkenang masakan dia...lain dari yang lain hehe

      Delete
    3. saya pun orang Kuala Pilah .. bila awak sebut nama-nama lauk tu, saya segera jadi terlior.

      Delete
  4. Cool gaya rambut dan seluar uncle, patutlah auntie jatuh hati:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. semua orang rambut dan seluar macam tu .. tapi dia terjatuh hati dengan uncle.

      Delete
  5. hehehe eka suka tengok gambar lama-lama...

    kalau kat rumah,eka simpan satu album gambar lama emak ayah..

    ayah pakai seluar bell bottom,baju warna putih agak sendat.hikhik

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya ada simpan gambar lebih lama dari itu, masa sekolah .. gambar pun masih hitam putih lagi.

      Delete
  6. Ish...terusik hati sy tgk gamba2 lama mcm ni. Gambar 7 tu Pakcik, ctk betul gamba perempuan tu. Sy suka tgk gaya die. Cantik sgt. Blouse. Skirt labuh kembang mcm tu. Mcm nelah rupa aunty tu skg eh Pakcik? Sy betul2 suke tgk gayanya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. orannya pun baik, cakap lemah lembut. sekarang ini rupanya tak banyak berubah, cuma sudah bertudung dan lebih tua dari dahulu.

      Delete
  7. kenapa terputus hubungan dengan ahli keluarga angkat yang lain?

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang salah saya .. lalai, leka dan tak peka !

      Delete
  8. Jauh tu bukit badong nak ke kuala..nak kena lepaskan ijok,kg kuantan,api api,asam jaws baru sampai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. awak miss satu bandar i.e Batang Berjuntai ! hehe

      tak jauh mana pun, lebih2 lagi masa tu masih muda .. kejap je pecut dah sampai.

      Delete
  9. agak2nya apakah yang dirasakan cantik dan hebat pada hari ini akan membuatkan kita ketawa atau ditertawakan 10-20 tahun akan datang ya? saya mmg tak boleh tahan gelihati bila tengok gambar2 lama terutamanya seluar loceng tu...tp zaman dulu dah wow sangat dah, kan?

    anak2 saya pun ketawa bila tengok gambar2 lama saya hehehe....

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkinkah juga apa yang dirasakan cantik 20 tahun dulu, akan muncul semula 20 tahun akan datang ?

      Delete
  10. Beranikah lagi memandu motorsikal macam jenis yang pernah dimiliki dulu tu? Kawasan Kuala Selangor di seberang jambatan yang mengarah ke Tg. Karang sedang pesat dibangunkan sekarang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sudah tidak berani .. saya naik motor pergi kedai dekat2 rumah dan surau je !

      memang Kuala Selangor dan persekitaranya sangat pesat membangun. Masjid Kuala Selangor pun besar dan cantik.

      Delete
  11. Salam..sy tertarik dgn entri ini...sy juga melalui pengalaman yg sama...penempatan daerah sy pada bln November 2013 di Kg. Masjid, Selama Perak..dan sejak mula bekerja sebagai PTD..sy ditempatkan di Pej.Daerah Kuala Selangor ini..dan sebagai anak jati tmpat ini... sudah pasti sy amatlah berbesar hati utk berkhidmat utk rakyat di sini..;) pak ngah, boleh sy tau siapa nama kawan pak ngah yg berkahwin dgn staf dari pej. tanah tu? mungkin sy kenal..hehhehe..;)

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum
    Admin ade tak gambar istana bukit malawati kuala selangor sy nk tengok boleh whatssap ke 011-12201462 azmi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam.
      maaf banyak .. saya tak ada gambarnya. Masa saya attach kat pej daerah dulu, istana tu sudah tiada lagi.

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.