Antara aktiviti orang pencen - tanam sayur.
Selalu saya dengar orang memperlekehkan orang yang sudah bersara atau orang pencen macam saya. Ingat orang pencen tu macam nangka busuk yang harus dibuang ke dalam tong sampah sahaja ke ?
Padahal dengan pencennya seorang kakitangan kerajaan itu lebih-lebih lagi kalau dia Ketua Jabatan, mungkin beratus-ratus orang lain akan mendapat faedah baik secara langsung atau pun tidak langsung.
Bila dia bersara, tentu akan ada pegawai lain yang akan naik pangkat menggantikannya. Jawatan pegawai yang menggantikannya juga akan diisi oleh orang lain melalui kenaikan pangkat juga. Begitulah seterusnya hinggalah ke jawatan yang paling bawah atau di gred biasa yang akan diisi melalui lantikan baru. Mereka itu semua ada keluarga - ibu bapa, adik beradik dan bagi yang yang sudah berkeluarga ada isteri/suami, keluarga mertua dan juga mungkin ada anak-anak. Mereka-mereka itu sedikit sebanyak dapat faedah berikutan pencennya seorang kakitangan kerajaan itu.
Ada analisis yang mengatakan bahawa kemenangan tipis dalam PRU yang lalu sedikit sebanyak berpunca dari tidak puas hati orang-orang pencen. Misalnya kalau dulu setiap ada majlis, mereka akan di jemput dan kadang-kadang "dipujuk" supaya datang. Bila sudah pencen, satu jemputan pun tidak diterima lagi. Takkanlah majlis perasmian masjid pun tidak boleh dijemput. Seolah-olah mereka sudah tidak wujud lagi di dunia ini.
Bila pencen seseorang itu, pandangan mereka sudah tidak diperlukan lagi dan tidak relevan. Kalau dulu apa sahaja yang keluar dari mulut mereka (bagi ketua-ketua Jabatan) akan dianggap satu arahan atau peraturan. Dan bila sudah pencen, tetiba mereka sudah dianggap jadi orang bodoh. Siapa yang sebenarnya bodoh ?
Setiap pesara ada keluarga. Pada hemat saya, seorang pencen yang tak puas hati
mungkin akan mempengaruhi 4-5 orang dalam keluarganya. Bayangkanlah
kesannya kalau ada 300 ribu orang pencen yang tidak puas hati.
Tak apalah. Kepada mereka yang memandang rendah kepada orang pencen, ingatlah satu hari nanti awak pun akan pencen juga. Orang putih kata "what goes around comes around"
Nota kaki: Sebenarnya entri ini sedikit sebanyak dipengaruhi oleh entri ini.
:D Kan orang pencen dah marah! Siapa punya kerja la ni?
ReplyDeleteorang pencen susah nak marah, tapi sekali marah lama baru padam.
DeleteJangan layan orang pencen macam ayam pencen, kan uncle?
ReplyDeleteayam pencen pun ada harga !
Deletetakde orang pencen ...x de la orang baru nak keja...
ReplyDeletex baek dorang nihh... :)
itulah maksud saya ..
DeletePak Tuan melalui fasa pertama zaman pencennya dalam keadaan stress, almaklumlah jamnya berputar 360 darjah. Perlu masa untuk sesuaikan dengan keadaan. Sekarang rutin harian. Pagi walking, pukul 10 kebun, tengahari lepakking, petang kebun, selain 5 waktunya dihabiskan kat surau.
ReplyDeletekalau berputar 360 darjah, ini bermakna Pak Tuan masih lagi bekerja. mungkin 180 darjah kot.
Deleteajaklah pak tuan tu berblog atau berfesbuk !
aslkm....
ReplyDeleteni sape punye kerja bagi uncle marah ni....ape diorang ingat orang pencen ni takde manfaat ke..ish...ish...ish....tak baik betul..jangan le dah habis manis sepah dibuang..kalau takde yang lama takde la yang baru....(^__^)
jangan marah2 ye..
tak marah .. terkilan. Cuba awak bayangkah kalau tak ada orang nak pencen, berlambaklah graduan baru tak ada kerja.
DeleteBetul tu kata2 dari org yg banyak pengalaman dan pandangan..Siapa yg dah buat org pencen ni merajuk!?..Baik pujuk balik..!
ReplyDeleteakan ku rawat dan pujuk diri sendiri .. chewah !
Deletetambah tambah kalau masa kita in service dulu bongkak dan sombong.Lagilah orang tak ambil pot dkt kita bila seliseh bahu.tapi pakngah tak gitu kan.
ReplyDeletemujur saya tak begitu amnya .. tapi ada juga staf saya yang kena marah .. kalau dia orang nak berdendam, tak mengapalah .. saya marah pun bukan sembarangan tapi berkaitan kerja.
DeleteKlu mcm tu, sy kesian kat ayah sy. Die dah pencen. Pangkat tak tinggi. Lagi le dipinggirkan. Huuuuu~
ReplyDeletenampaknya kita kena kawan dengan Fran .. hehe.
DeleteLambatnya lagi saya nak pencen... entah sempat entah tidak...
ReplyDeleteambillah pencen pilihan .. macam saya. tapi kalau boleh menyumbang, lebih baik bekerja.
DeleteOrg yg tak kerja gomen takde pencen bila dah tak laku utk kerja ..... huhuhu
ReplyDeleteAgaknya layanan kepada mereka ini lagilah hampeh.
orang yang tak pernah kerja gomen, tak akan rasa perbezaannya ..
Deleteayah saya pun orang pencen. tapi saya takde pencen nanti. hihihi~
ReplyDeleteuncle sarankan awak kawin dengan orang pencen .. kalau dia mati awal, awak sambung pencennya. hehe
Deleteada ker orang yg anggap org pencen macam nangka busuk? chis! melampau tu...
ReplyDeletekalu gitu elok la macam saya ni...takder pencen...pencen bila mati jer nanti...
memang ada .. tapi ada juga orang pencen yang tak sedar diri minta dilayan macam masa dia masih bekerja dulu.
Deletehuhuhu.
ReplyDeletesaye pun takde pencen nnt. entah mcm mane la...
oleh itu mulalah menabung/melabur dari sekarang ..
Deletepanjang umur, merasalah saya pencen 10 tahun lagi
ReplyDelete10 tahun lama lagi tu .. masa itu saya entahkan ada lagi ke tidak.
Deletetua - tua kelapa berguna juga..
ReplyDeletebyk pengalaman dan pelajaran boleh kita timba dari org pencen ni.
mereka power.
setuju kecuali bab power tu .. hehe.
Deleteternampak perkataan 'ayam pencen' dalam komen di atas sana hehehee. ayam pencen, kalau kena cara memasak, empuk dan sangat sedap. sama lah macam orang pencen, kalau kena cara, boleh kita berguru :)
ReplyDeletep/s: lama tak pekena rendang ayam pencen :D
setuju .. rasanya macam ayam kampung kan ?
Deleteye betul tuan. rasanya macam ayam kampung tapi lambat masak. jenuh jadi penunggu dapur heheheheh~
Delete