Banjir dengan sampah sarap " - akhbar The Star - 14/12/2012
Salah satu tabiat yang tidak disenangi pelancong asing terhadap rakyat Malaysia adalah tabiat suka membuang sampah merata-rata.
Saya percaya orang Malaysia sendiri juga tidak suka kepada orang yang gemar membuang sampah merata-rata. Dari temubual yang saya lihat di kaca TV, setiap orang yang ditanya benci dengan tabiat tersebut. Tentu kita biasa dengar jawapan-jawapan begini:
"tak eloklah dia orang buang sampah merata-rata macam tu kan"; atau
"dia orang tu buang sampah kat jalanaraya macamlah jalanraya tu tong sampah ... takkanlah itu pun tak boleh fikir" ; atau
"teruk betul dia orang ni .. suka hati je buang sampah ke dalam sungai ... tak bertimbang rasa langsung".
Pendek kata tabiat buruk itu semuanya dilakukan oleh dia orang. Dia sendiri tak pernah buat.
Kesimpulannya, semua
orang tak suka dan marah kalau ada orang lain buat tabiat buruk macam itu. Kalau setiap orang kata begitu, tentulah dia tak akan buat
begitu. Dan kalau semua orang tak buat begitu, tentulah benda
macam itu tak akan berlaku. Tapi kenapa benda tu jadi macam tu? Tentulah
ada orang buat macam tu. Siapa yang buat macam tu? Mestilah dia orang yang buat macam tu!
Sebenarnya saya tidak percaya kita akan berubah. Kita akan beginilah selamanya. Mungkin kita boleh diumpamkan macam orang Mesir. Walaupun mereka sudah beribu tahun bertamaddun, namun tabiat membuang sampah ini tidak berubah. Saya pernah lihat tali air atau longkang mereka yang sangat meriah dengan sampah sarap.
Sampah yang dibuang dari dalam bas berterabur atas jalan raya.
Maka saya membuat kesimpulan bahawa masyarakat kita secara umumnya sudah sebati dengan tabiat ini dan tidak boleh dan tidak akan berubah.
Maka apa kata saya cadangkan supaya tabiat ini kita jadikan sebagai salah satu produk tarikan pelancong !
Notak kaki: Saya akui kerap juga buat salah seperti memandu melebihi had laju atau menambah kelajuan semasa lampu kuning tapi saya berani cakap saya tak buat kesalahan membuang sampah merata-rata semasa sedar.
agree pak ngah,.....pasal buang sampah ni bukan org2 'bawah' saja tapi juga org 'atas'...have seen sampah being thrown out from a merc (org atas) yang mungkin letak brain kat lutut kot......
ReplyDeletememang tidak dinafikan .. sudah mendarah daging tabita tu. yang pakai merc tu, mungkin pemandu dia kot !
Deletepak ngah...
ReplyDeleteyang berubah hanya 5% macam mana nak menanggung bebanan 95% lagi.
saya paling pantang buang sampah kat luar, mesti saya simpan dalam kereta sampai jumpa tong sampah.
atau perap dalam kereta lebih baik dari buang terus ke tingkap.
tapi tunang saya tak. kesedaran macam mane lagi nak tunjuk kan?
bahaya tu .. nanti anak-anak pun mencontohi bapanya.
Deletesaya pun serupa biar bersepah dalam kereta namun untuk buang keluar tingkap saya tak sanggup buat.
SAYA CADANGKAN AGAR LEBIH BANYAKKAN TONG SAMPAH..
ReplyDeletepernah saya jumpa, orang buang sampah di sebelah tong sampah.
Delete