Friday, January 11, 2013

KISAH DATUK BANDAR NEW YORK TERBONGKAR !

KISAH DATUK BANDAR NEW YORK.


The Star - 5, Januari 2013.

 Dia bernama Michael Bloomberg.
Dia berumur 72 tahun.
Dia adalah Datuk Bandar bandaraya New York, New York. 
Dia adalah orang yang ke 11 terkaya di USA pada masa ini.
Dia sudah tiga penggal menjadi Datuk Bandar.
Dia di antara 4 Datuk Bandar yang berjaya menjadi Datuk Bandar sebanyak 3 kali secara berterusan sepanjang tempoh 100 tahun yang lalu.
Dia enggan menerima gaji sebaliknya bersetuju menerima bayaran sebanyak USD1 (satu dollar Amerika) setahun sebagai ganjaran kepada perkhidmatan yang diberikannya.

Jelaslah bahawa Michael Bloomberg tidak menggunakan kedudukan dan pengaruhnya sebagai Datuk Bandar New York untuk menambah kekayaan yang telah dimilikinya.

Ada mana-mana Datuk Bandar di Malaysia yang ingin meneladaninya ?

Sumber:  Di sini.



16 comments:

  1. Ada? Ada? Ada?

    Tak ada kotttttttttttt!

    :)

    ReplyDelete
  2. memang kaya gila..., sy berhempas pulas buat part time menulis ni pon tak kaya2..haha.

    ReplyDelete
  3. teringat plak saya kat jose mujica~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. peribadi mereka lebih kurang serupa .. saya tak dengar pula ada orang Islam di mana-mana yang bersifat begitu.

      Delete
  4. wow. kagum.

    orang malaysia susah buat sebab mereka amalkan satu kerja je.

    ce ade bisnes sendiri. pasti boleh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kebanyakannya yang dah kaya, nak kaya lagi !

      Delete
  5. Kat sini, toksah datuk bandar..nak jadi ketua kampong pun berebut, berebut elaun tu..padahal ada sumber income lain

    ReplyDelete
  6. kalau ada tu, seribu rahmat sangat..tapi...............................

    ReplyDelete
  7. Ada kut.......tapi orang tu tidak terpilih utk. ke jawatan tersebut.


    ReplyDelete
  8. Dalam hatinya tiada sifat tamak, selain hartanya yang 'bersepah-sepah'

    Di Malaysia, tak ramai yang bersifat begitu. Lagi tinggi kedudukan, lagi ligatlah menggunakan kedudukan untuk kepentingan diri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kebanyakkan yang saya dengar dan jumpa adalah begitu !

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.