Friday, January 4, 2013

BERGOPOH GAPAH ITU DARIPADA SYAITAN.



Kerapkali kita kecewa dan menyesal selepas membuat sesuatu pekerjaan secara tergesa-gesa. Umpamanya membeli kereta tanpa meneliti harga di tempat lain, kemudahan mendapat alat ganti, penggunaan minyak, harga sekenhen dan sebagainya. 

Begitu juga dengan beribadat, kita mahu ia segera selesai. Misalnya sembahyang nak cebat habis, bertadarus nak cepat khatam dan sebagainya. Dalam hal ini mungkin kita tidak menyesal di dunia ini tetapi menyesal di dunia sana kerana pelaburan kita tidak mendatangkan hasil seperti yang diharapkan.
 
Namun begitu ada juga pekerjaan yang perlu disegerakan. Untuk itu saya petik pesan Imam al Ghazali dalam kitabnya "Minhaj al-'Abidin" seperti di bawah:


"Bermula segera (bergopoh gapah) itu daripada syaitan melainkan pada lima tempat:

1. Mengawinkan anak perempuan yang bikir (anak dara) apabila baligh dia.

2. Membayar hutang apabila sampai masa membayarnya.

3. Mentajhizkan (menyelenggarakan) mayat apabila yakin matinya.

4. Menghormatkan (menjamu) tetamu (dif) apabila datang ia.

5. Bertaubat daripada dosa dengan segera apabila ia mengerjakannya"

Saya kira sudah tentulah syaitan tidak gembira kalau kita menyegerakan tindakan ke atas 5 perkara di atas.


Semoga entri ini ada manfaatnya.

19 comments:

  1. Saya tiada anak perempuan, tapi saya banyak hutang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Imam Ghazali pesan bayarlah hutang bila sampai masa membayarnya .. dia bukan tak beri berhutang.

      Delete
  2. No 1 - masih lambat lagi.
    No 2 - Tiap-tiap bulan masuk je gaji cepat2 bayar pasai tak mau terbelanja.
    No 3 - Masih menyerahkan kepada keluarga yang tertua
    No 4 - Insyaallah selalu buat
    No 5 - Terima kasih kerana mengingatkan kerana manusia mudah lupa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya suka jawapan nombor 4 tu .. kalau singgah nanti tidaklah kehausan.

      Delete
  3. Terima kasih uncle kongsi 5 perkara tu..dan saya rasa, saya ingin tambah juga satu lagi perkara yg perlu kita buat dgn segera: " bersegera buat kebaikan, jgn bertangguh..bila dah ada niat"

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul .. bila awak nak ada niat belanja uncle nasi Arab ?

      Delete
  4. Saya pun ada hutang...hutang keta baru jer langsai..hehehehe..x hutang,x dpt pakai kan...now nak hadap hutang rumah plak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hutang yang ada cagaran atau sandaran itu biasalah .. semua orang pun begitu. Kadang2 orang kaya lagi banyak hutangnya.

      Delete
  5. PERKONGSIAN ILMU YANG BERGUNA.. INSYAALLAH AKAN CUBA LAKSANAKAN..

    BIASA BUDAK PEREMNPUAN AQIL BALIGH BERAPA UMURNYA?

    ReplyDelete
  6. Satu lagi; kalau ada lebihan, dahulukan pergi Haji atau paling tidak Umrah daripada bergegas melancung ke Beijing atau Eropah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dah pergi haji, usahlah pergi lagi berkali2 .. bagi peluang orang lain pulak sebab kuota terhad.

      Delete
  7. InsyaAllah..peringatan yang amat bermanafaat uncle, jazakallahu khair..

    ReplyDelete
  8. Terima kasih di atas peringatan. Meluas nampaknya penggunaan kitab Minhaj al-'Abidin ni. Di surau kami, kalau tak silap, yang mengajar menggunakan kitab tu ustaz dari N9. Eden kona lenggok basonyo.

    ReplyDelete
    Replies
    1. entah2 ustaz yang sama yang mengajar di surat tempat saya .. Ust Zaidi namanya.

      Delete
  9. Salam Tuan Haji...terimakasih atas perkongsian...mmg betul pun.
    tp saya ada tikanya gopoh gapah jugak..hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun gitu .. banyak kali menyesal. ye lah kita kan manusia biasa.

      Delete
  10. Terima kasih atas perkongsian ilmu..

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.