Wednesday, January 30, 2013

TERKENANG SEMASA DULU 73 - CAPITOL HILL

Capitol Hill adalah umpama Parlimen kita. Semasa saya bekerja di USA pada awal tahun 80an dulu, saya pernah melawatnya beberapa kali samada dengan Makngahnya atau menemankan pelawat dari Malaysia.  Sejak itu apa-apa peristiwa penting yang berlaku di situ, sering menarik perhatian saya. 

 

Gambar 1: Baru-baru ini satu sejarah penting dan sangat bermakna telah terpahat di mana solat Jumaat telah diizinkan untuk didirikan di situ.

 

  Gambar 2: Sejak Obama berjaya dipilih semula untuk menjadi presiden negara Amerika Syarikat bagi penggal ke dua, Capitol Hill rancak semula dengan pelbagai aktiviti.

 

 Gambar 3: Capitol Hill di musim dingin diambil pada penghujung tahun 1984. Gambar kitar semula


Gambar 4: Menemani dua orang pegawai tinggi dari Malaysia yang membuat lawatan ke sini.


Gambar 5: Gambar ini hingga gambar 8 adalah pada hari yang sama berdasarkan pakaian yang kami pakai. Yang jelas masa ini adalah musim bunga.


Gambar 6: Di tangga di luar bangunan Capitol Hill. Saya tak pasti siapakah yang telah menjadi mangsa mengambil gambar kami. Perasan tak janggut Makngahnya semakin lebat ?

Sekarang mari kita lihat apa ada di dalam bangunan ini pulak ..



Gambar 7:  Berlatarbelakangkan binatang buas yang telah mati keras.


Gambar 8:  Kalau tak silap ini patung Abraham Lincoln - presiden Amerika yang telah menghapuskan amalan perhambaan di Amerika Syarikat.


Gambar 9: Yang ini saya tak ingat lagi apa benda yang berada di belakang kami. Nampak macam pelamin.


Gambar 10: Sebahagian kenderaan untuk terbang ke angkasa lepas.


Gambar 11: Tak lupa membeli sebuah pinggan sebagai tanda kenang-kenangan yang masih ada dalam simpanan.

Saya terfikir akan betapa benarnya kata orang tua-tua bahawa dunia ini ibarat roda,  yang di bawah tidak selamanya berada di bawah dan begitulah sebaliknya. Buktinya, kalau dulu orang kulit hitam yang dijual-beli sebagai hamba abdi untuk bekerja di ladang-ladang kapas dan gandum orang kulit putih, kini berjaya menjadi presiden Amerika Syarikat. Bukan satu penggal, tapi dua penggal pulak tu. Renung-renungkanlah !

14 comments:

  1. Bertuah mak ngah asyik merantau mengikut pak ngah...betul pak ngah, dlm bekerja pun sama keadaannya...kalau kita menyusahkan hidup org bawahan kita silap haribulan org bawahan kita pula jadi bos kita...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sudah banyak terjadi orang bawah menjadi boss kepada orang atasnya ..

      Delete
  2. lame betul pak ngah merantau kan?

    mcm menarik je :)

    ReplyDelete
  3. Hehehe..(ok saya gelak sebab gambar makngah telah ditutup baik punye sedemikian rupa...)

    ReplyDelete
  4. Melihat gambar2 dan membaca entri ini mengingatkan saya tentang lawatan singkat saya ke Washington DC. Kami tak masuk pun ke dalam Capitol ni. Cuma bergambar di luar. Oh macam tu dalamnya ya? Terima kasih bang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nasib baik abang teringat nak masuk masa tu .. kalau tidak menyesal juga.

      Delete
  5. ayah saya pernah posing kat lokasi yang sama macam kat gambo no 4 itu. ;D

    ReplyDelete
  6. Tuhan Maha Adil. Tidak selamanya orang yang berkuasa itu selamanya memegang kuasa.

    Seronok melihat gambar lama yang menjadi kenangan pengalaman PakNgah dan MakNgah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. jadi beringatlah kepada mereka yang sedang berkuasa sekarang ..

      Delete
  7. Kalau kuat berusaha sesiapa pun boleh berjaya.

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.