Tuesday, February 14, 2017

APA BEZA TIDAK MENGAKU BERSALAH DENGAN MENGAKU TIDAK BERSALAH?

Gambar hiasan hasil carian Google.

Saya percaya anda tentu biasa dengar ungkapan "mengaku tidak bersalah" kat tv atau dalam akhbar yang melaporkan perbicaraan di mahkamah. Apa beza ungkapan tersebut dengan ungkapan  "tidak mengaku bersalah"? Lama sudah saya cari jawapannya namun tidak berjumpa. Akhirnya saya buat jawapan sendiri. Saya main agak-agak je menggunakan komensen untuk fahaman diri sendiri kerana saya bukan graduan jurusan undang-undang. Kalau anda rasa betul,  bolehlah terima. Kalau anda ada pandangan lain, harap dapat dikongsi bersama.

Saya buat contoh untuk mudah memahaminya. Tidak mengaku bersalah tu macam ungkapan orang "tidak mengaku anak" kerana marahkan perangai anak remajanya. Walau pun orang itu tak mahu mengaku anak, hakikatnya remaja tersebut tetap anak dia sampai bila-bila. Jadi dalam kes "tidak mengaku bersalah" bermaksud walau pun dia tidak mengaku membuat salah, tapi hakikatnya dia tetap melakukan kesalahan itu.

Berbeza dengan "mengaku tidak bersalah". Walau pun dia membuat kesalahan itu tapi dia merasakan tidak bersalah melakukannya. Misalnya dia pukul orang tapi dia memukul sebab orang itu membuat provokasi kepada dia terlebih dahulu seperti mengatakan muka dia macam jebon dsb. Itu sebab biasa kita dengar perbicaraan di mahkamah, tertuduh mengaku tidak bersalah walaupun dia tertangkap "red handed" sedang melakukannya. Terpulanglah kepada hakim yang arif setelah mendengar hujah dua pihak antara pendakwa dan peguambela untuk membuat keputusan.

Itulah pendapat dan pemahaman saya yang tiada latarbelakang pendidikan undang-undang seperti mana saya katakan di atas tadi.  Harap-harap ada peguam yang baca entri dan boleh beri sedikit komen.


6 comments:

  1. sya pulak mcm fenin pak Ngah oi heheheheh... nk ngaku ke takmo ngaku nih

    ReplyDelete
  2. Pening memikirkannya...pusing-pusing dah jadi tak tahu betul ke tidak... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tiada niat nak memeningkan siapa .. cuma mencari kepastian.

      Delete
  3. ishhh...pening gak kepala ni duk pusing pusing perkataan tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang penting jgn mengaku bersalah walaupun kita buat salah.

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.