Sunday, February 5, 2017

BAHASA MELAYU TIDAK PELIK TAPI UNIK # 12: BENGKANG SUAI.

Antara contoh perkataan berganda dalam Bahasa Melayu  ialah lalu-lalang, semak-samun, kacau-bilau, lintang-pukang, tunggang-langgang, bengkang-bengkok. Kita boleh perhatikan:

Lalu dulu baru lalang,
Semak dulu baru samun,
Kacau dulu baru bilau,
Lintang dulu baru pukang,
Tunggang dulu baru langgang.

Tetapi dalam kes bengkok,
kenapa tak bengkok-bengkang?
kenapa  bengkang dulu baru bengkok?

Atau dalam kes suai-kenal
kenapa pulak ..
suai dulu baru kenal
kenapa tak kenal dulu baru suai?

Siapa nak jawab ni?

Bahasa Melayu memang unik bukan pelik.

                 .............................................




Sub-Entry: Page Pantun Lawak Ori.

Diam tak diam sudah lebih 2 ribu orang yang like page saya ini. Sesiapa yang ada fesbuk bolehlah ke sini dan like kalau suka. Terima kasih.


No comments:

Post a Comment

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.