Monday, February 20, 2017

MUNGKIN INI ADALAH TAHUN TERAKHIR.

Saya lahir pada 20hb Februari many many years a goMaka hari ini mencapailah umur saya yang ke 63 tahun. Cucu sudah ada lima dan yang tua sudah masuk darjah 1. Syukur alhamdulillah atas nikmat kesihatan, kehidupan berkeluarga yang bahagia dan rezeki yang tidak pernah putus. Umur 63 tahun sudah dikira sangat tua oleh orang muda. Mungkin juga ini adalah sambutan ulang tahun kelahiran saya yang terakhir buat saya. Namun begitu saya sentiasa berdoa agar dilanjutkan sedikit lagi usia agar dapat menambah dan memperbaiki bekalan untuk ke sana. Moga dimaqbulkan Allah SWT jua.

Ini cucu sulung saya.  Kita panggil Mirin sahaja.

Rupa-rupanya bila kita sudah berusia emas ni, banyak keistimewaannya. Antaranya:

1. Boleh panggil orang lain yang lebih muda dengan panggilan "awak" je walaupun dia ada title Tan Sri atau Dato' Seri kecuali mereka yang tidak saya kenali sebelumnya.

2. Bila makan kat mana-mana, ada je orang yang sukarela tolong bayarkan walaupun pakaian kita kalahkan menteri.

3. Ada je orang nak tolong angkatkan barang kita kat Giant walaupun kita beli sebotol air mineral je.

4. Ada je orang nak pimpin tangan kita walaupun kita langkah longkang yang lebarnya hanya sejengkal atau turun hanya satu mata anak tangga.

5. Tak ada orang yang akan ketawakan kita walaupun kita pakai baju senget sebelah.

6. Tak ada orang nak senyum-senyum tengok butang baju Melayu kita tak sama jenis dan lain-lain warna.

7. Bila pergi majlis tahlil atau doa selamat, orang tak marah kalau kita duduk atas kerusi sedangkan orang lain termasuk imam duduk bersila di bawah.

8. Bila ada program gotong royong, orang tak marah kalau kita duduk makan kuih koci bawah khemah sambil melihat orang berpeluh buat kerja.

Sebenarnya banyak lagi keistimewaan yang kita dapat. Tapi cukuplah setakat 8 tu je.  Nanti ramai pulak orang yang cemburu.

Kesimpulan.

Jangan takut untuk jadi tua dan kalau dah tua nikmatilah hidup yang sedang dilalui seadanya. Sementelah pula kalau kita takut pun, tak guna juga kerana kita tetap akan tua juga (kalau umur panjang).


26 comments:

  1. Selamat hari ulang tahun pak ngah..semoga panjang umur dan sihat sentiasa..satu bonus bila dah bertambah umur masih sihat untuk.menambah bekalan..Alhamdulillah

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih .. alhamdulillah setakat ini mampu lagi bawak motor pergi ke surau. sakit2 sendi tu biasalah.

      Delete
  2. Selamat hari lahir tuan. Semoga doa panjang umur dimakbulkan, dimurahkan rezeki dan dalam rahmat Allah selalu.

    Seronokkan jadi orang tua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg seronok lebih2 lagi kalau anak dan cucu2 ada bersama .. tapi jarang2 dpt sebab duduk berasingan. nasib baik yg bongsu masih tinggal bersama lagi.

      Delete
  3. Selamat ulang tahun. Semuga Allah memberi kesihatan yang baik dan sentiasa didalam perlindungan Allah dan rahmat Allah jua hendakNya. Aamiin. Umur adalah angka ja. Apa pun nikmatilah usia tua dengan penuh kesyukuran.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas ucapan dan doa awak itu. Amin.

      Delete
  4. Selamat ulangtahun kelahiran Uncle.semoga sihat dan bahagia selalu. Tua-tua kelapa, semakin tua semakin berminyak, uncle.

    ReplyDelete
  5. Selamat Harijadi Pak Ngah, moga bahagia sentiasa. Yang muda akan tua...saya pun akan menempuhnya :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih .. insyaallah awak juga akan merasa keseronokannya.

      Delete
  6. Sanah Helwah Pak Ngah.
    Semoga terus berbahagia dalam meniti hari-hari dilalui.
    Benar sebenar-benarnya. Banyak keistimewaan diberikan utk warga emas.
    Mereka yg tidak memberi keistimewaan juga biasanya pasti akan dicerca ramai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. masyarakat Malaysia makin sedar sekarang dgn beri keutamaan kepada OKU dan juga warga emas.

      Delete
  7. Selamat hari Lahir Pak Ngah... moga diberikan kesihatan yg baik
    dimurahkan rezeki, di panjangkan usia n hepi selalu...

    banyak keistimewaan yg dpt ye Pak Ngah, takpe jnji kita bersyukur semua rasa seronok je

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih .. lupa nak tambah. banyak juga pihak yg beri dikaun utk warga emas .. contohnya KTM dan muzium 3D di Langkawi.

      Delete
  8. Selamat hari ulangtahun kelahiran, Pak Ngah...

    ReplyDelete
  9. Salam ulangtahun Pak Ngah. Semoga usia yang dilanjutkan menjadi lebih berkat, dapat melipat gandakan ibadah dan Allah SWT melimpahkan segala kebaikan ke atas Pak Ngah..aamiin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kembali. terima kasih atas ingatan dan ucapan itu.amin.

      Delete
  10. Opss..lupa nak tanya..hari ni Mak Ngah masak apa Pak Ngah? Mesti special tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. masak lauk kurma ayam kampung .. tapi carry forward semalam punya. hehe.

      Delete
  11. Salam pakngah.. Beza kita 20 thn umur, kalau pakngah nampak pcl ni boleh buat kawan blogger atau lbh drp tu.. Begitu jgk pcl nampak kawan 2 blogger yg 20 tahun muda dari pcl.. Beza umur x jadi masalah dlm membina silaturrahim. Semoga Allah makbulkan doa tuan dan saya juga. Semoga panjangkan umur utk menambah baik amalan utk ke akhirat. Insya Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kembali. terima kasih atas ucapan itu. walaupun kita berbeza umur 20 tahun tapi persamaannya masing2 rasa diri pangkat pakcik. hehe.

      Delete
  12. Selamat hari lahir pak ngah.

    Didoakan agar pak ngah mendapat Syurga yang tertinggi, Syurga Firdaus. Amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih banyak2 .. moga2 dimaqbulkanNya. Amin.

      Delete
  13. Selamat ulangtahun Pak Ngah.. walaupun sudah lewat saya tetap doakan agar Pak Ngah diberi kesihatan yang baik. Bukan tak nak doakan umur panjang tapi bagi saya kalaulah umur panjang tapi tidak dikurnia kesihatan yang baik tiada gunanya juga. Akhirannya, saya sebenarnya takut dengan angka umur yang semakin besar namun bekalan masih tiada. Apapun, doakan saya juga ya Pak Ngah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih .. setuju sangat dgn komen ni. kalau umur panjang tapi sakit2, tentu menyusahkan keluarga. tapi kalau umur panjang dgn kesihatan yg baik lagi bagus kerana dpt tambah amalan.

      pakngah juga doakan awak diberi kesihatan yg baik dan kebahagiaan yg berkekalan.

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.