Gambar 1: Saya jumpa gambar ini melalui carian Google. Saya tak tahu di mana tempat ini. Tetapi cuba perhatikan jarak antara jalan dengan pembahagi atau penghadang jalan itu. Bukankah terlalu hampir?
Gambar 2: Gambar ini saya ambil dari dalam bas semasa lawatan saya ke Guangzhou pada tahun 1981. Lihat betapa lebarnya pembahagi jalan itu. Kalau kita terbabas sikit, masih ada ruang lagi untuk mengambil tindakan memberhentikan kereta di atas pembahagi jalan itu.
Memanglah ajal maut itu takdir Ilahi, tapi kita sebagai manusia yang berakal, haruslah berikhtiar mengatasi atau mengurangkannya kemungkinan yang tidak diingini itu. Akan tetapi jika dilebarkan ruangan pembahagi jalan ke suatu jarak yang munasabah, saya sedar ia sudah tentu akan meningkatkan kos pembinaan atau penyelenggaraannya.
setuju ngn Pak Ngah, itu blh menjadi penyebab terjd kemalangan....
ReplyDeletekadang kualiti jln kite jgk memainkan peranan... kalu bertampal sana sini, dh tak rata mcmne...
kualiti jln pun salah satu yg jadi punca ..tapi pakngah cerita ttg pembahagi jln.
Deleteya betul tu. perkara pertama yang terlintas pada saya juga adalah kos. nak tambah kelebaran premix selebar 1 kaki sepanjang 1km pun dah memakan kos yang besar sebab spesifikasi turapan lebuh raya yang lebih tinggi berbanding jalan bandaran/kampung. dan kalau nak buat island macam dalam gambar kedua pun perlu ambil kira kos penyelenggaraan (tambah guard rail/kabel, trim pokok, potong rumput). selain tu kos untuk kerja2 fizikal tanah semasa proses pembinaan macam pengorekan atau penebusan pun bukan sedikit. ohye, pampasan pengambilan tanah pun boleh tahan jugak, ikut pada harga semasa.
ReplyDeleteapa pun punca utama pada saya masih lagi sikap pemandu tu sendiri. kalau mengantuk, berhenti la rehat sebentar. kalau nak balas pesanan text, cari la tempat yang selamat. kalau nak cepat, naik la roket. tak perlu nak pecut sangat atas highway.
hehehee...
lama pak ngah tak ke udara ya.
wah .. ini komen orang yg berpengetahuan.
Deletemmg dah tak kerap ke udara mcm dulu2 .. berblog pun tak trending lagi sekarang.