Tuesday, July 18, 2017

TERKENANG SEMASA DULU - 95 : BENDA-BENDA BARU JUMPA DI USA.

Saya bertugas di Kedutaan Malaysia di Washington D.C sebagai Atase Pelajar dari tahun 1981 hingga 1984. Pada tahun 1981 itu saya baru berumur 27 tahun dan baru 3 tahun berkhidmat dengan kerajaan. Kata orang, darah baru setampuk pinang dan umur baru setahun jagung. Jadi banyaklah benda-benda baru yang saya temui, pelajari dan kagumi semasa berada di sana pada masa itu kerana benda-benda itu belum ada lagi di Malaysia atau berbeza dengan yang ada di Malaysia. Saya ringkaskan sahaja.

1. Salji.

Sudah tentulah benda ini tidak ada di Malaysia sampai bila-bila kecuali Allah menetapkan sebaliknya. Kebetulan saya sampai di sana di musim sejuk awal bulan Disember. Selang beberapa minggu saya sudah bertemu salji buat kali pertama. Masa salji turun saya sedang berada di pejabat. Sungguh teruja melihat dan mengalami sendiri berjalan dalam salji yg sedang turun dengan lebatnya. 


Gambar 1: Anak sulung saya bermain salji di depan rumah sewa saya.

2. Pemanduan sebelah kiri.

Stereng kereta berada di sebelah kiri dan kita memandu di sebelah kanan jalan. Sangat kekok mulannya. Lama-lama biasa. Masalah baru timbul bila saya beli sebuah kereta berstering di sebelah kanan kerana kereta itu saya ingin bawa balik ke Malaysia. Semuanya kena selaraskan semula. Agak kekok juga tapi bukanlah masalah besar sangat. 


 Gambar 2: Kereta pertama saya pemanduan sebelah kiri jenama Ford Mercury. Saya beli murah je dari kedai kereta terpakai.
 
3. Kad ATM bank.

Penggunaak kad ATM sudah meluas. Kita boleh keluarkan wang dimana-mana bank yang ada kerjasama, tanpa sebarang caj tambahan.

4. Peti surat kat pintu.

Peti surat kita terlelekat atau tergantung kat pintu rumah. Kalau kita nak poskan surat, boleh masukkan kat situ dan posmen akan ambil untuk diposkan. Mudahkan. Mungkin tidak begitu bagi mereka yang tinggal di kondo atau apartmen.

5. Tiada pakaian seragam sekolah.

Murid-murid dari sekolah rendah lagi, bebas memakai pakaian sendiri. Tiada pakaian seragam sekolah.

6. Beli surat khabar layan diri.

Ambil surat khabar dari kotaknya dan masukan bayaran sepatutnya. Kalau nak ambil berapa banyak pun boleh kerana tak ada siapa yang kawal. Kawalannya hanyalah kejujuran. Ada juga tempatnya beli buah epal, letak duit secukupnya dan ambil buah. Tuan punyanya tak nampak batang hidung.

7. Suis petik ke atas. 

Bila kita nak nyalakan lampu, kita buka suis lampu tapi kena petik ke atas tak macam tempat kita, petik ke bawah. 

8. Tiada pagar dan jeriji.

Rumah sewa saya dan juga semua rumah di kampung saya tinggal, tidak berpagar dan rumah pulak tiada dipasang jeriji samada pada pintu atau tingkap. Saya duduk tiga tahun di rumah yang sama, tiada sekalipun berlaku kes pecah rumah. Entri ini adalah berkaitan.


Gambar 3: Semasa menunggu kawan nak ambil pergi pejabat. Lihatlah tingkap yang tidak berjeriji. 

9.  Semua bas sekolah di cat sama.

Semua bas sekolah di seluruh Amerika dicat dengan warna yang sama seperti warna cat pada bas sekolah kita sekarang.
 
10.  Beli guna chek atau  kad kredit. 

Boleh keluarkan chek lebih dari harga barang yang dibeli dan kedai akan pulangkan bakinya masa tu juga. Contohnya kita beli barang USD12 tapi kita tulis cek USD20, pihak kedai terus pulangkan bakinya USD8 lagi dalam bentuk tunai. Penggunaan kad kredit juga sangat meluas. Hinggakan kita beli ikan beberapa ringgit pun boleh guna kad kredit. Bahkan teksi juga menerima dan menggalakan penggunaan kad kredit untuk kurangkan risiko kena rompak.


Gambar 4: Terperanjat juga mulanya bila beli ikan, ketam dan udang boleh guna kad kredit. (Maaf - gambar kitar semula)

11. Pulang barang dapat wang.

Kalau kita beli barang, kemudian setelah beberapa hari kita pulangkan kerana sebab tertentu. Tuan kedai akan pulangkan duit masa itu juga tanpa bertanya sebarang soalan. 


Gambar 5: Makngahnya berbelanja di salah sebuah pasaraya yang sering kami kunjungi. 
 
12. Sale tak ada gimik.

Kalau kita datang kedai yang buat sale, dan barang yang diiklan sudah habis, pihak kedai akan beri kita satu surat perakuan. Bila barang sampai, dia akan telefon kita suruh kutip. Tiada istilah "sehingga kehabisasan stok" di sana.

13. Ketepatan waktu.

Orang di sini sangat mementingkan ketepatan waktu samada untuk temujanji, ketibaan keretapi bahkan juga bas.


Benda-benda tersebut sekarang sudah tidak asing lagi di tempat kita (macam kad ATM) tapi bagi saya ia adalah satu kemudahan atau benda baru pada masa itu. Tetapi mungkin juga ada perkara-perkara yang patut kita pelajari (misalnya perkara 11, 12 dan 13) di atas untuk diamalkan di negara kita.




 

 

8 comments:

  1. wahhh bestnya Pak Ngah, sbb masa tu negara kita takde pun kemudahan2 tu semua

    skrg mungkin kita dh maju tp ttp ada yg perlu di tambah baik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dari segi infrastruktur, kita boleh dikatakan berada di kelas pertama .. dari segi mentaliti rasanya masih boleh belum memuaskan.

      Delete
  2. Bab kejujuran beli barang tu memang tabik lah. Kalau lah malaysia mempunya orang yang jujur selaras dengan agama Islam yang mnedorong kita membuat kebaikan alangkah bagusnyakan. Tiada kes pecah rumah, barang hilang dan sebagainya. Malu je kat orang kafir sebab dia praktikkan sifat baik agama Islam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang akhlak Islam lebik banyak kedapatan pada orang2 bukan Islam di negara2 maju.

      Delete
  3. Ntah la Pak Ngah, tang kejujuran tu ntah bila la nak dipraktikkan...frust !!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita mulakan pada diri dan keluarga kita sendiri.

      Delete
  4. 1981.. den baru umur 5 tahun.. pakngah dok amareka kigho hebat.. ado komputer ms-dos..

    ReplyDelete
    Replies
    1. siapakah gerangan identiti abang besar yang masih muda ini ?

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.