Party fo All - The Star, 25/5/2013.
BN menang lagi. Umum mengetahui kerajaan BN sudah ada pengalaman memerintah tanpa pernah putus sejak merdeka. Cuma namanya bertukar dari Parti Perikatan (dengan lambang kapal layar) kepada Barisan Nasional dengan pertambahan parti-parti yang menganggotainya. Samada prestasinya selama ini bagus atau tidak, terpulang kepada persepsi masing-masing. Namun begitu dari segi pengurusan sesebuah negara ia tidak berapa sihat kalau ia terlalu kuat kerana seperti mana perbilangan orang putih - 'power corrupt - absolute power, corrupts absolutely'
Sekarang ada cakap-cakap untuk membawa DAP dan PAS menganggotai BN. Saya tidak berapa setuju kerana ia seolah-olah mahu membunuh Pakatan Rakyat. Bagi saya kewujudan Pakatan Rakyat adalah baik dari segi 'check and balance' supaya kerajaan yang memerintah tidak leluasa tetapi sebaliknya sentiasa berhati-hati kerana ada pihak yang memerhati dan akan menegurnya samada di Parlimen atau Dewan Undangan Negeri. Kalaulah semua parti yang ada bergabung dibawah payung BN, maka akan menjadilah Malaysia ini sebuah negara macam Korea Utara. Bagi saya itu adalah langkah ke belakang.
Seperkara lagi saya rasa kewujudan PR telah dapat mengawal suhu kemarahan orang-orang Melayu UMNO kepada DAP. Cuba bayangkan kalaulah DAP secara bersendirian tanpa bergabung dengan parti2 lain dalam PR, berjaya menakluk Johor atau Melaka sebagai tambahan kepada Pulau Pinang dalam PRU baru-baru ini, besar kemungkinan peristiwa 13 Mei akan berulang jika ada pihak yang cuba mengapi-api atau menangguk di air keruh. Oleh kerana pelbagai bangsa ada dalam Pakatan Rakyat, maka faktor keberadaan orang Melayu dalam PR sendiri telah menghalang kemungkinan pergaduhan antara kaum. Apa yang terjadi adalah pergaduhan antara parti BN dan PR yang mana sama-sama di dalam parti tersebut ada pelbagai kaum. Ini adalah suatu yang sangat baik dan sihat.
Oleh sebab itu saya tidak setuju kalau DAP atau PAS masuk BN sebagaimana disarankan. Biarlah mereka memainkan peranan sebagai pembangkang bersama sekutunya.
Sebelum pilihanraya ramai pemimpin dan calon yang berkata "saya percaya rakyat bijak membuat pilihan dan tidak mudah tertipu". Sekarang rakyat telah membuat pilihan, mengapa pulak sekarang mereka mengatakan rakyat tidak bijak atau telah tertipu ? Sudah tidak percaya?
Kad pengundi - 1959.
Nota kaki: Ini entri tertangguh yang saya deraf pada tahun 2013 setelah selesai PRU yang lalu. Saya tidak tahu mengapa saya tidak poskan semasa itu. Tapi pendirian saya tetap sama sepertimana yang tertulis di atas.
sya setuju ngn Pak Ngah, rakyat semakin bijak....
ReplyDeleteatau sebenarnya rakyat dh bosan kene tipu, ngn kata2 seperti.. ekonomi negara kita stabil, semua ok... tp kami yg bekerja di sektor awam je yg merasa, sana sini bajet kewangan di tolak
Mmg bajet sekarang tak mewah mcm dulu. Contohnya, masa bekerja dulu anak dpt full PTPTN. Bila dah pencen dpt separuhnya.
DeleteBila rasa kuasa ada di tangan selama-lamanya membuatkan diorang rasa bongkak dan rasa tidak tergugat kedudukan dan pangkat dan buat sesuka hati je padahal depa lupa kuasa memilih adalah di tangan rakyat. Kadang bengang juga dengan YB ni yang hanya muncul bila nak pilihanraya je padahal sepatutnya sepanjang tahun terpilih tu lah kerja bermula dan berterusan untuk rakyat bukannya untuk depa tambah harta berkoyan-koyan. emmm
ReplyDeleteKan dah nak pilihanraya ni jadi walaupun dah backdated namun ianya tetap relevan pada hari ini.
ReplyDelete