Thursday, July 13, 2017

GERAM DENGAN ORANG YANG JAWAB APA YANG DIA TAHU.


 Imej hasil carian Google.

Kadang-kadang geram juga dengan orang yang tak jawab apa yang kita tanya tapi jawab apa yang dia tahu atau apa yang dia ada.

Contoh.

Kita tanya: "Tahu tak kat mana rumah lobai Salleh?"
Dia jawab: "Tak tau. Rumah Haji Dahan kita taulah".

Kita tanya: "Boleh pinjam cangkul tak?"
Dia jawab: "Cangkul tak ada. Gergaji ada".

Kita tanya: "Awak pernah tak pergi Mongolia?"
Dia jawab: :Tak pernah lagi tapi negeri Jordan, dah".

Kita tanya: "Ada nampak imam Jumali tak?"
Dia jawab: "Tak nampak pulak. Malam tadi ada".

Kita tanya: "Nasi dah masak lom?" 
Dia jawab: "Belum. Lauk dah"

Sekadar memberi beberapa contoh. Saya pun kekadang jawab macam tu jugak. Agaknya tentulah bengang orang yang dengar jawapan saya itu.


6 comments:

  1. hehehehe.... terkadang tanpa sedar terjwb gitu, kalau saja2 jwb gitu marah jgk lah kn

    ReplyDelete
    Replies
    1. kdg2 kita jawab sekadar memberi jawapan .. kalau diam shj, mcm tak mesra pelanggan pulak.

      Delete
  2. Hahaha....alamak...mcm terkena atas batang hidung je..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya semua orang secara sedar atau tak sedar pernah cakap mcm ni.

      Delete
  3. Betul tu Pak ngah...hehehehe Soalan tiada jawapan di jawap jawapan yang lain. hehehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekali sekala ok lah jawab camtu .. kalau selalu sangat, bengang juga org yg mendengarnya.

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.