Tuesday, September 19, 2017

SONYUM SOKOJAP # 86: PERIBAHASA YANG PERIT UNTUK DIPERCAYA.

Gambar hiasan hasil carian Google.


Saya banyak bertemu peribahasa lama yang susah nak percaya. Contohnya seperti berikut:

1. Seperti cendawan tumbuh selepas hujan - Banyak kali saya cari cendawan selepas hujan tapi tak jumpa pun.

2. Bagaikan telur di hujung tanduk - Maknanya keadaan yang sangat runcing. Runcing apanya. Dah pasti jatuh punya. Tak caya cuba.

3. Sekelip mata - Ada orang cakap "rompakan itu berlaku sekelip mata" - Sekelip mata tu cepat sangat. Macam tak menasabah je. Kurang-kurang pun satu minit.

4. Ibarat perigi mencari timba - Saya tak pernah tengok lagi. Kalau terjumpa mungkin saya akan lari. Hehehe.

5. Cubit peha kanan, peha kiri terasa sakit - Saya dah pernah buat tapi peha kiri tak ada ada rasa apa-apa pun.

Nota: Entri ini dilabelkan sebagai lawak.




6 comments:

  1. Hahaha...tak terjangkau dek akal bila fikirkan... :)

    ReplyDelete
  2. itulah indahnya bahasa melayu tuh Pak Ngah... nk kata apa2 berkias2...

    ReplyDelete
  3. Dulu-dulu selalu guna peri bahasa, arwah mak dan nenek makchaq ada guna peribahasa bila cakap..

    Kita sekarang amat jarang atau mungkin langsung dah tak guna kecuali di sekolah la kot..

    Mungkin sebab orang sekarang banyak fikir macam pakngah kot😝😝 jadi benda tu macm tak kena nak pakai😬😬

    ReplyDelete
    Replies
    1. agaknya begitulah .. kalau kita beri peribahasa yg berlawanan dgn realiti pasti disanggah mereka.

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.