Monday, September 11, 2017

KENAPA PEPATAH SEUMPAMA INI BANYAK DICIPTA ?


 Gambar hiasan hasil carian Google.

Saya percaya ramai yang tahu makna 10 pepatah Melayu lama seperti berikut:

1. Pepat di luar rencong di dalam.
2. Air tenang jangan disangka tiada buaya.
3. Menggunting dalam lipatan.
4. Limau masak sebelah, kapal karam sekerat.
5. Kalau tak berada-ada, masakan tempua bersarang rendah.
6. Telunjuk lurus kelingking berkait.
7. Menangguk di air keruh.
8. Lembu punya susu sapi dapat nama.
9. Musang berbulu ayam.
10. Harapkan pagar, pagar makan padi.

Pepatah-pepatah tersebut pada tanggapan saya semuanya membawa konotasi yang kurang baik atau boleh ditafsirkan begitu. Lalu saya terfikir kenapa agaknya pepatah seumpama itu banyak dicipta oleh nenek moyang kita dahulu? Mungkinkah ia menggambarkan suasana atau cara hidup bermasyarakat orang dulu-dulu. Entahlah.

6 comments:

  1. Orang dulu-dulu mencipta perumpamaan dari pemerhatian. Agaknyalah!

    Eh...yang akhir tu, bukankah sebenarnya PEGAR (spesis burung)?

    ReplyDelete
  2. bg sya pula pak Ngah, semua perumpamaan kt atas tu, lbh kepada supaya kita ni berhati2 perumpamaan kt atas tuh semua dlm bahasa yg sgt berlapik.... org dulu2 kan jns ckp berkias2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju .. berhati2 kerana mungkin ada perlakuan seumpama itu dlm msyarakat pada masa perumpamaan itu dicipta

      Delete
  3. yang pepatah no.1 tu, paling deep.

    terkesan di jiwa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang kita sering berjumpa orang yg menepati pepatah ini dlm hidup kita. Mudah2an kita dijauhkan dari sifat begitu.

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.