Macam-macam kutukan telah dilempar kepada mereka yang dituduh membakar pusat tahfiz tersebut. Macam-macam hukuman telah dijatuhkan kepada mereka. Hingga ada yang mencadangkan supaya mereka dibakar hidup-hidup di khalayak ramai. Apakah anda fikir ibu bapa mereka menginginkan anak mereka jadi begitu ? Adakah anda fikir ibu bapa mereka tidak sedih dan tertekan gara-gara perbuatan anak mereka?
Dalam pada itu adakah sesiapa di antara kita yang telah berusaha ambil tahu apa masalah mereka? Cukup makan pakaikah mereka? Bagaimanakah kehidupan mereka berkeluarga? Cukup kasih sayangkah? Bagaimanakah keadaan tempat tinggal mereka? Siapakah yang ambil peduli dengan didikan dan persekolahan mereka?
Apakah yang telah kita buat selama ini untuk mendamping dan membimbing mereka agar berada di jalan yang betul? Sebaliknya kita memandang hina mereka. Kita cemuh mereka. Kita pinggirkan mereka. Kalau boleh kita tidak mahu terlibat sebarang urusan dengan mereka.
Kita jangan sombong kerana anak-anak atau ahli keluarga kita tidak macam mereka. Itu sekarang. Di masa depan belum tentu. Entah-entah kita sendiri yang mungkin terbabit dengan perbuatan yang lebih tidak bermoral. Nauzubillah. Kita kena ingat bahawa kesudahan hidup kita bukan kita yang tentukan. Kalau kita takabur, mungkin satu hari nanti Allah uji kita dengan ujian yang lebih berat dan lebih memalukan.
Tapi ia bukanlah bermakna mereka harus dilepaskan begitu sahaja. Keadilan harus diberikan kepada keluarga mangsa. Hukuman yang setimpal kepada yang bersalah perlu dijatuhkan sebagai balasan atas jenayah yang telah mereka lakukan serta sebagai teladan kepada kita semua.
Selanjutnya pesan saya kepada diri sendiri. Berpada-padalah. Jagalah lidah dan yang lebih penting jagalah hati agar dijauhkan dari segala penyakit rohani yang boleh membinasakan akhlak dan iman. Sesungguhnya tiada suatu kejadian pun yang sia-sia di sisi Allah. Semua yang berlaku itu telah sedia ada dalam ilmu Allah dan ia berlaku sudah tentu dengan izinNya. Barangkali kita belum nampak lagi apa hikmah di sebalik kejadian itu. Barangkali juga insiden tragis ini adalah hukuman atau kifarah Allah kepada kita semua yang semakin kurang sifat kepedulian dan kasih sayang sesama kita.
Adalah lebih baik kalau kita sama-sama doakan mereka selepas ini agar kembali ke pangkal jalan. Mereka masih budak-budak. Akal mereka belum panjang. Orang yang lebih dewasa pun ramai yang membuat kesilapan, apalagi mereka yang masih belasan tahun. Barangkali insiden ini akan menjadi satu titik tolak yang merubah gaya hidup mereka. Mana tahu berkat doa kita semua, mungkin satu hari nanti ada di antara mereka yang jadi hafiz dan pendakwah yang berjaya mengislamkan ribuan orang. Dan kita?
Ambillah iktibar dari sejarah Saidina Umar al-Khatab salah seorang Khulafah al-Rasyidin, yang berawal dari seorang yang sangat memusuhi Islam dan penganutnya di samping penyembah berhala, pemabuk bahkan sampai membuat rencana ingin membunuh nabi kita. Akhirnya beliau dia diberi taufik dan hidayah oleh Allah dan menjadi seorang sahabat karib nabi, seorang pejuang dan pembela Islam yang agung dan terpilih menjadi khalifah yang ke dua selepas Saidina Abu Bakar. Dan yang paling dicemburui dan diimpikan oleh semua orang beriman adalah jaminan masuk ke syurga seperti mana yang diterima olehnya.
Untuk pengetahuan mereka yang berhajat ingin menyumbang.
Hmmmm...saya suka pandangan panjang lebar dari Pakngah ini. Doakan yang baik-baik kerana tidak semestinya sesuatu yang tidak elok akan berakhir dengan keburukan juga...
ReplyDelete'Kita jangan sambong kerana nak-anak atau ahli keluarga kita macam mereka'... eh...macam ada kesilapan di situ! :)
.. dan tidak semestinya sesuatu yang elok akan berkhir dalam keadaan elok juga.
Delete.. dan terima kasih atas teguran itu. Ini membuktikan Kakcik membaca sepenuhnya tulisan saya itu. Sebetulnya ia patut dibaca 'Kita jangan sombong anak-anak atau ahli keluarga kita tidak macam mereka' .. maklumlah mata dah lama pakai .. dah tak tajam lagi. Sudah diperbetulkan.
isu kemalangan bas, buang bayi, buli di sekolah, ragut. seperti tiap satu tragedi membuka peluang kita untuk saling menyalahkan. kemudian sepi... hmm...
ReplyDeletesepi sementara tunggu timbul semula ..
DeleteMakchaq setuju dengan pandangan pakngah.. kita yang Allah bagi sikit keselesaan jangan cepat menghukum..
ReplyDeleteKena tengok jugak kenapa sampai boleh jadi macam tu.. mungkin anak2 tu tak pernah dpt kasih sayang sedari kecik dan desakan hidup menyebabkan anak2 tu terbiar, x de bimbingan.. mungkin dari kecik yg didengar hanya caci maki baik di rumah/sekolah...menjadikan dlm hati penuh dendam.
Bila baca anak yg umur 12 tahun panjat masuk ke PPIM sebab mengantuk nak tidor, sedih rasanya.. depa yang patut masih dipelok mak ayah, diusap kepala, dicium dan diucap selamat malam jadi gelandangan..
Tak dinafikan ada jugak kes2 macam Anakku Sazali, tapi yg ni rasanya bukan..
Mungkin Allah nak tunjukkan kepincangan masyarakat kita.. it takes a village to raise a child
mungkin yg mengecam mereka secara berlebihan itu tidak pernah merasa hidup susah dan tidak ada tempat untuk bermanja.
DeleteBagus pandangan Pak Ngah ni. Saya setuju. Zaman sekarang orang terlalu mudah menjatuhkan hukuman tanpa memikirkan perasaan orang yang terlibat samada kaum keluarga, sanak saudara serta rakan-rakan mereka. Tiada manusia yang nak jadi jahat malahan kalau boleh nak jadi baik tapi kadang keadaan yang membuatkan mereka jadi begitu. Doakan yang baik-baik buat mereka supaya mereka insaf.
ReplyDeleteAl fatihah juga buat anak-anak Tahfiz yang terkorban.
DeletePN sendiri punya 5 anak. Dua masih remaja. Sepanjang membesarkan mereka tak pernah sepi dari diselubungi kebimbangan .. bimbang mereka terpengaruh atau terlibat dgn perbuatan2 yg tidak bermoral. Hanya kepadaNya tempat memohon pertolongan dan perlindungan di samping usaha kita yg berterusan mendidik mereka agar menjadi insan yang taat perintah Allah dan berguna kpd masyarakat.
Deletesebenarnya dalam hal-hal macam ni, jika terpalit rasa marah atau sakit hati dengan salah satu pihak lebih baik la jangan komen di media sosial.
ReplyDeletelebih ramai yang akan terluka.
tapi pak ngah, jujurnya mula-mula saya pun mcm orang lain marah bila kebakaran tu disebabkan orang dan bukan kejadian teknikal. tp selepas beberapa hari menilai, saya setuju yang pak ngah cuba sampaikan.
alhamdulillah .. kalau marah pun jgn sampai lupakan qada dan qadar Allah.
Delete