Tuesday, September 26, 2017

ADAB BERHUJAH DI WARUNG KOPI.



 Gambar hiasan hasil carian Google.

Adab berhujah di warung kopi secara ringkas, untuk peringatan diri sendiri.

1. Jangan anggap orang lain bodoh belaka dan awak seorang je yang cerdik.

2. Jangan anggap orang lain pengampu belaka dan awak seorang je yang ikhlas.

3. Jangan anggap orang lain kotor belaka dan awak seorang je yang bersih.

4. Jangan anggap orang lain salah belaka dan awak seorang je yang betul.

5. Jangan anggap orang lain jahil belaka dan awak seorang je ilmuan.

6. Jangan anggap orang lain tak ada idea belaka dan awak seorang je yang menggunung idea.

7. Jangan anggap orang lain tak berguna belaka dan awak seorang je yang boleh harap.

8. Jangan anggap orang lain tak ada kenalan dan awak seorang je yang popular.

9. Jangan anggap idea awak je yang boleh pakai dan idea orang lain sampah belaka.

Tentu anda boleh mencukupkannya jadi 10.


11 comments:

  1. Jangan anggap orang lain tak tahu dan anda tahu semuanya. Tapi bab berkumpul ramai-ramai ni saya lebih suka mendengar sambil menyampuk mana yang saya tahu. Tapi sebab kadang tak tahu hal ehwal dunia emmm dengar je lah gembang orang lain. Yang penting silaturahim terjalin

    ReplyDelete
    Replies
    1. lebih baik begitu .. kita mesti tahu apa yang kita katakan, tapi tak semestinya kita katakan apa yang kita tahu.

      Delete
  2. 10. (khas untuk pemerhati) jangan cuba mencelah kalau ada dua pihak yang sedang berhujah itu lebih berumur. saya pun tak berani buat bunyi nafas pak ngah. kecut dengar diorang ni macam nak gaduh rupanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh mencelah kalau diminta atau dijemput mencelah .. tapi tak wajib. hehe

      Delete
  3. 10. jangan macam-macam.

    hehe.

    ReplyDelete
  4. Betul tu Pak Ngah, rasanya di Whatsup group dan sewaktu dengannya patut ada etika begini...hormat menghormati lah pendapat semua rakan rakan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya warung kopi itu adalah kiasan untuk semua media, samaada cetak atau elektronik.

      Delete
  5. Jgn anggap org lain takde anak yg berjaya kaya raya dan awak sorang ada anak berjaya kaya raya

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu.

      klishe yang betol ni. selau dipraktikkan.

      Delete
    2. boleh sambung macam2 bukan takat anak je .. misalnya jangan anggap menantu, cucu, besan, kawan kita saja yang berbakat, cantik, bergelar, kaya, cerdik dsb.

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.