Thursday, December 21, 2017

KISAH SAYA DENGAN CIKGU MOHD NOH.

Gambar hiasan hasil carian Google.

Pada tahun 1966, semasa saya berada dalam darjah 6, nama saya tersenarai sebagai calon ujian untuk memasuki sekolah berasrama penuh. Masa itu kalau tidak silap saya, hanya ada 3 buah sekolah berasrama penuh untuk murid lelaki iaitu MCKK, STAR dan SDAR. Memasuki salah satu sekolah tersebut merupakan cita-cita setiap murid dan harapan keluarga termasuk guru-guru sekolah kerana ia boleh menaikan nama sekolah mereka.

Saya masih teringat kepada jasa arwah cikgu Mohd Noh, guru kelas saya yang berusaha keras membantu saya menghadapi ujian itu. Dia membawa saya ke rumahnya selepas habis kelas setiap hari dengan membonceng motor Vespanya untuk diberi tuisyen peribadi pada sebelah malamnya.  Di rumahnyalah saya makan, tidur dan belajar. Besoknya saya ikut dia pergi sekolah semula. Begitulah rutin saya untuk beberapa hari hingga ke tarikh saya ambil peperiksaan itu di Bentong. Dia jugalah yang uruskan pemergian saya ke Bentong.

Dia tidak minta satu sen pun bayaran dari keluarga saya untuk itu semua kerana dia tahu kalau dia minta pun, keluarga saya tidak mampu membayarnya.

Namun nasib saya tidak begitu baik. Saya ditakdirkan gagal ujian masuk asrama penuh kerana rupanya ada murid-murid lain yang lebih pandai dari saya. Namun begitu, budi baik dan pengorbanan arwah cikgu Mohd Noh akan tetap saya kenang hingga ke akhir hayat saya nanti. Mohon kawan-kawan sedekahkan bacaan Fatihah kepada arwah Cikgu Mohd Noh. Semoga rohnya tenang di sana bersama-sama roh orang-orang yang beriman. Al Fatihah. Terima kasih.




12 comments:

  1. cikgu2 dulu... lain n berbeza sgt ngn cikgu2 zmn skrg ni kan Pak Ngah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cikgu2 sekarang baik juga tapi mereka macam patah semangat kerana ada kes ibu bapa memarahi atau mengambil tindakan undang-undang kerana kesalahan kecil yang mereka lakukan.

      Delete
  2. Al Fatihah Buat Cikgu Noh..Budi dan Jasa akan tetap di kenang sehingga akhirhayat.....hanya doa yang mampu membalas jasa arwah

    ReplyDelete
  3. Semoga roh Cikgu Mohd Noh berada di kalangan roh para kekasih Allah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah .. Dia maha mengasihi hambanya yang ikhlas berbuat kebajikan.

      Delete
  4. al-fatihah.

    hampir setiap kita akan ada kenangan manis (atau pahit) di sekolah, dan salah satunya pasti berkaitan dengan cikgu. kalau kenangan pahit tu sudah semestinya disebabkan kenakalan sendiri. salah satu contohnya sayalah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memamng betul tu .. saya pun begitu tapi kenangan pahit tu bila difikirkan sekarang jadi lucu pulak.

      Delete
  5. Al fatihah buat Arwah Cikgu Mohd Noh. Cikgu dulu berkhidmat bukan hanya di sekolah sahaja malahan berkhidmat tanpa mengharapkan balasan asalkan anak muridnya berjaya. Al fatihah juga buat semua cikgu-cikgu di malaysia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang suatu masa dulu, guru-guru memang satu profesion yang sangat dihormati dan mereka kerap dijadikan pemimpin ditempat mereka bertugas.

      Delete
  6. Al Fatihah buat arwah Cikgu Mohd Noh. Moga syurga yang menanti beliau, amin.

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.