Sunday, December 31, 2017

ADAKAH INI SATU HELAH ?

Pada 24 haribulan yang lalu, saya terkejut mendapat pageviews sebanyak 10,931 manakala sehari sebelumnya pula sebanyak 1,638. Jemput lihat statistik di bawah. 




Saya tidak percaya kebenaran statistik yang menyatakan ada kunjungan sebanyak itu. Tak masuk akal langsung. Keraguan saya bertambah lagi bila semak statistik audien. Saya dapati pengunjung teratas dari Belgium iaitu sebanyak 4,050. Apahal pulak orang Belgium ramai-ramai datang melawat blog saya. Saya pun bukannya ada membuat apa-apa entri yang menyebut nama negara tersebut. Pelik kan ?


Sebelum ini nak dapat kunjungan 500 pageviews sehari pun susah. Tiba-tiba melompat ke angka hampir 11 ribu. 

Adakah ini satu cara syarikat yang memiliki blog menyedapkan hati para blogger agar terus berblog kerana sekarang ini berblog bukan lagi trending dengan adanya saingan dari fesbuk, instagram, whatsapp dsb.  Atau ia adalah suatu usikan (prank). Ataupun kaunter pengira tu rosak. Entahlah.




4 comments:

  1. Assalamualaikum Abg Haji... :-)

    Orang Belgium suka blog Bang Haji, sebab Bang Haji sentiasa update blog walaupun dah ada WhatsApp, Instagram dan sebagainya..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Ada sahabat lain yang lebih rajin dari saya. Hari-hari ada entri baru tapi tak ada pulak dengar blog dia dilawati oleh orang Belgium. Hehe

      Delete
  2. wah orang belgium pandai speaking melayu ni....hehehehe sistem bengong kut...tapi kalau betul baguslah

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.