Thursday, January 4, 2018

MELAWAT KEMBOJA # 1. GURINDAM JIWA MEMBAWA KU KE SANA.


Kalau tuan mudik ke hulu,
Carikan saya bunga kemboja;
Kalau tuan mati dahulu,
Nantikan saya di pintu syurga.


Itulah serangkap bait-bait senikata dari lagu Gurindam Jiwa nyanyian R. Ismail dan Rafeah Buang dari filem berjudul yang sama, yang sangat saya minati.

Saya bersama isteri mengikuti lawatan ke Kemboja dari 25 hingga 28 Disember 2017. Saya telah lama menyimpan hasrat untuk melawat negara tersebut kerana pelbagai sebab. Nama Kemboja juga tidak asing lagi dalam perbendaharaan Bahasa Melayu. Misalnya dalam lagu lama seperti di atas.

Rombongan kami seramai 38 orang terdiri dari rakan2 saya dan juga rakan2 Makngahnya.  Saya bercadang untuk membuat beberapa entri mengenai lawatan ini dan dimulai dengan entri ini mengenai kunjungan atau persinggahan di beberapa buah masjid di sana.


Gambar 1: Persinggahan pertama dalam perjalanan menuju Kampong Cham untuk bermalam di sana. Sila tumpukan perhatian kepada kubah masjid tersebut. Ia mengingatkan saya kepada kubah masjid Sultan Salahuddin di Shah Alam. Kita singgah solat jamak Zuhur dan Asar di sini. Sungguh cantik senibinanya. 



Gambar 2: Beginilah keadaan dalaman masjd tersebut. Juga sungguh indah dan halus ukirannya.




Gambar 3:  Bergambar ramai dengan sebahagian anggota rombongan. Yang selebihnya mungkin dalam bilik air kot.


Gambar 4: Betul-betul bersebelahan masjid tersebut terdapat sebuah madrasah. Saya tertarik dengan tulisan rumi yang menggunakan ejaan Bahasa Melayu. Saya sempat juga berbual dengan beberapa orang ustaz yang mengajar di sini dalam Bahasa Melayu.


Gambar 5:   Di hari kedua kami bersolat Subuh di sini. Masjid ini terletak di Kampong Cham, kira-kira 2 jam perjalanan menaiki bas dari lapangan terbang. Menurut imamnya, masjid ini dibiayai 90% oleh orang-orang Malaysia yang kebanyakan penyumbangnya adalah orang Negeri Sembilan. Imam masjid ini pernah datang ke surau saya di Lavender Heights beberapa tahun lalu untuk mengumpul derma.


Gambar 6: Kawasan solat jemaah wanita yang bertirai hanya di sebelah hadapannya sahaja.


Gambar 7: Usai solat Subuh, dengar tazkirah yang disampaikan oleh ketua rombongan kami yang diterjemahkan ke bahasa Khmer untuk faedah jemaah tempatan oleh imam masjid ini.


Gambar 8: Rombongan wanita kami tidak melepaskan peluang bergambar dengan imam masjid. 


Gambar 9: Jemaah lelaki juga tidak mahu ketinggalan bergambar dengan imam masjid ini.


Gambar 10: Ahli rombongan lelaki terpukau dengan keindahan hiasan dalaman masjid ini.


Gambar 11: Saya sempat bergambar dengan Imam masjid yang baru berusia 36 tahun dan punya dua orang anak perempuan.


Gambar 12: Kami diberi taklumat oleh imam yang bertanggungjawab mengumpul dana, menyediakan reka bentuk dan menyelia pembinaannya dari mula sampai siap. Masjid ini dirasmikan sendiri oleh Hun Sen, Perdana Menteri, Kemboja pada masa ini. Saya kagum dengan usaha dan pengorbanannya sehingga sampai terpaksa menjadikan geran rumah mertuanya sebagai cagaran semasa proses pembinaannya.



Gambar 13: Masjid yang tersergam indah di sekelilingi oleh bangunan rumah-rumah lama dan usang milik orang Islam di sekitarnya. Saya diberitahu bahawa keseluruhan kosnya adalah lebih kurang RM3 juta dalam duit kita.



Gambar 14:  Pada hari yang kedua juga, saya berkesempatan bersolat jamak Zhuhur dan Asar di masjid kampng Krong ini sebelum menghadiri jamuan rakyat dan menyampaikan sumbangan kepada penduduk di sini. Saya akan buat entri khas mengenai program itu nanti.


Gambar 15: Pada hari yang ke tiga, rombongan kami sempat singgah bersolat  jamak Zuhur dan Asar di masjid Pakistan di kotaraya Phnom Penh. Khabarnya masjid ini sentiasa meriah dengan kunjungan orang-orang Islam kerana ia terletak di tengah-tengah bandar terutamanya pada hari Jumaat.



Gambar 16: Kelihatan wayar elektrik berselirat di tepi jalan berhadapan masjid tersebut. Seriau saya menengoknya. Kelihatan juga "tuk tuk" satu mod pengangkutan awam yang popular di sini, yang tidak terdapat di negara kita.



Gambar 17: Dalam perjalanan balik ke lapangan terbang kita sempat singgah untuk bergambar sahaja kerana kesuntukan masa.


Semoga ugama Islam terus berkembang di negara yang ugama rasminya adalah ugama Budha. Sama-samalah kita doakan kehidupan orang-orang Islam di sini sentiasa dalam keadaan aman dan bertambah maju selepas beratus-ratus ribu rakyat beragama Islam disiksa dan dibunuh dengan kejam semasa pemerintahan rejim Pol Pot sekitar tahun 1976-1979 dahulu. 



16 comments:

  1. Kenapa Pak Ngah kaburkan muka dlm gambar? Memang saya akan lihat gambar pemandangan yg diberi, tapi muka Pak Ngah pun saya nak tengok juga hihih jangan marah Pak Ngah, saya gurau je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Segan nak tunjuk muka sebab terlupa nak pakai mekap .. hehe.

      Delete
  2. Nape Pak Ngah kaburkan kat muka Pak Ngah yang hensem tu??? Btw, tak sabar nak tunggu entry seterusnya....

    ReplyDelete
  3. Cantik semua rekabentuk masjidnya. Nampak bagus je program Pak ngah/mak ngah and the gang. Teringin juga nak pergi kemboja supaya dapat menginsafi diri melihat kesusahan penduduknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. elok sangatlah tu terutamanya mereka yg berhati keras pasti akan cair .. pakngah pun cair.

      Delete
  4. Alhamdulillah...dapat mengenali Kemboja sedikit sebanyak melalui catatan pengalaman Pakngah yang ini dan seterusnya nanti...

    Mujurlah kita sudah beberapa kali bersua, jadi di sebalik kekaburan itu, saya boleh 'nampak' juga wajah sebenar Pakngah. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha .. wajah yang itu juga yg kini semakin berkedut dimamah usia.

      Delete
  5. Saya buka link sebab kat FB Pakngah tulis untuk org dewasa... Saya expect lebih dari ni... Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maksudnya budak2 tak minat cerita dlm entri ini. Maaf bebanyak kerana mengecewakan awak. Hehe.

      Delete
  6. lepas ni nak belajar tektik mengaburkan gambar pulak hehe
    pengoreh ari tu belum settle lagi.. hhehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg ini susah sikit .. pengerasnya kurang2 pun buah durian.

      Delete
  7. masjid besar mcm tu 3 juta je?

    jimat - jimat.

    singgah tengok pak ngah jalan - jalan.

    selamat tahun baru.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kerana sudi singgah lagi. kos buruh di sana murah .. tu sebablah murah.

      Delete
    2. betul.

      kalau di malaysia, tengokkan kubah masjid itu ja mungkin dah cecah harga setengah juta.

      wallahualam.

      Delete
    3. ye .. kalau kat KL mungkin 5-6 juta harganya.

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.