Thursday, January 18, 2018

ADAB SEBAGAI TETAMU

Ilustrasi hiasan hasil carian Google.

Saya pernah tulis adab melayan tetamu makan sebelum ini di sini. Kali ini saya ingin sentuh adab sebagai tetamu pula. Saya tahu memang dah banyak orang tulis. Bahkan ugama Islam telah sejak sekian lama memberikan panduan yang terbaik tentangnya. Namun saya ingin menyumbang mengikut sudut pandangan komensen pula.

1. Elok minta izin lebih awal kalau nak datang supaya tidak letakkan tuan rumah dalam keadaan serba salah kalau tetiba kita terjongol depan pintu rumahnya. Mungkin tuan rumah tidak bersedia terima tetamu atau ingin keluar untuk urusan tertentu kecuali kita tak kisah tuan rumah ada ke tidak. Misalnya nak hantar kad jemputan kawin. Kalau tuan rumah tak ada, lagi bagus. Kita boleh masukan kad tersebut dalam peti surat rumahnya. Saya sendiri pun telefon anak saya kalau nak pergi rumahnya, takut dia balik kampong mertuanya. 

2. Datanglah dalam waktu yang sesuai. Usahlah datang waktu lewat malam ketika orang nak masuk tidur atau terlalu awal,  waktu orang baru bangun tidur, kecuali telah ada persetujuan dengan tuan rumah sebelum itu atas hal yang sangat mustahak.

3. Kalau boleh bawalah sedikit buah tangan untuk tuan rumah atau anaknya. Lagi bagus kalau dapat bawa fevretnya, kalau kita tahu. Fevret saya adalah cendawan busut. Saja nak beritahu.

3. Kalau datang tanpa janji temu, tekan loceng atau beri salam sampai tiga kali. Kalau tak ada jawapan eloklah beredar. Usah cuba panjat pagar atau mengintai-intai dari celah tingkap untuk pastikan tuan rumah benar-benat tak ada di rumah.

4. Bila dah masuk, duduklah atas kerusi yang ditunjukan oleh tuan rumah atau kerusi yang sesuai. Jangan pulak duduk di "rocking chair" tuan rumah. Atau cuba-cuba nak ejas kerusi untuk tarik keluar tempat letak kakinya.

5. Kalau bawak anak kecik pastikan anak-anak kita tidak buat rumah orang macam rumah dia sendiri. Kalau boleh pegang dia dari mengusik barang tuan rumah apalagi barang yang mudah pecah.

6. Jangan beri 'nasihat percuma'  tentang susun atur perabot atau pilihan warna langsir, permaidani dsb kecuali diminta.

7. Bila masa minum jika diberi oleh tuan rumah, pastikan juga anak-anak kita bertamaddun di meja makan. Nanti kecewa tuan rumah jika "noritake'nya hancur berkecai.

8. Jangan terlalu lama duduk. Selepas selesai makan atau minum eloklah cepat beredar kecuali tuan rumah kunci pintu tak bagi kita keluar sebab dia tak puas berbual dengan kita.

9. Ucapkan terima kasih kepada tuan rumah atas layanan yang diberi dan jangan lupa ajak dia berkunjung ke rumah kita pula.

Demikianlah sedikit sebanyak adab kita sebagai tetamu. Yang lain-lain tu anda bolehlah tambah sendiri, mengikut kesesuaian.





8 comments:

  1. Tetamu janganlah cuba-cuba ambil alih fungsi tuan rumah... :)

    ReplyDelete
  2. jgn suke2 bt umah tu mcm umah kita sendiri, duk jengah bilik2 dok jengah dapur ...
    sampaikan terpanjat anak tuan umah tgh nk sediakan air

    ReplyDelete
  3. Terbaik entri ni Pak Ngah, ceq sokong sungguh semua points yang Pak Ngah tulis ni *thumbs up* :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. awak bagi inspirasi utk pakngah kongsi n3 ni kat fesbuk .. ramai yg menyukai dan ada juga yg share. terima kasih.

      Delete
  4. Assalamualaikum Bang Haji... :-)

    Terima kasih atas nasihat dan pedoman..
    Nanti bila saya nak ke rumah Bang Haji, kena sediakan 1-2 kg cendawan busut sebagai buah tangan..hihi

    ReplyDelete
  5. Waalaikumussalam. Tidak perlulah bawak sampai 2 kg, kialau 1/2 kg pun sudah banyak .. hihi.

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.