Ilustrasi hiasan hasil carian Google.
Kata orang tua-tua, ukur baju di badan sendiri. Pilihan sentiasa ada yang bersesuaian dengan kemampuan kita.
Tak mampu beli kereta, naik bas.
Tak mampu masuk hospital swasta, pergi hospital kerajaan.
Tak mampu masuk Tadika Smart Reader, masuk tadika KEMAS.
Tak mampu melancong ke Switzerland, melancong ke Langkawi.
Tak mampu makan nasi kandar Line Clear, makan nasi bajet.
Tak mampu beli kasut Adidas, beli kasut BATA.
Tak mampu mancing kat kolam berbayar, mancing kat lombong tinggal.
Tak mampu pakai gelang Habib, pakai gelang Zhulian.
Tak mampu tengok ASTRO, tengok tv percuma.
Tak mampu pakai Samsung Galaxy 8, pakai Samsung J1.
Tak mampu beli beras wangai cap Naga Mutiara, beli beras biasa cap Rambutan.
Masalah timbul bila kita nak juga beli benda yang kita tak mampu walaupun ada pilihan lain yang membolehkan kita terus bernafas. Jadi jangan merungut kalau hidup sentiasa tertekan kerana kesempitan.
Kalau nak hidup tenang hidup kena ikut kemampuan lah tapi kadang nafsu mengatasi segala-galanya. Itu yang asyik keluh kesah ja sebab layan nafsu yang melebihi kemampuan kita. Apa pun bersyukur lah dengan apa yang ada.
ReplyDeleteMemang sukar untuk melawan godaan nafsu. Cuma orang yang kuat sahaja yang akan menang.
DeleteBenar sekali...ukur baju di badan sendiri.
ReplyDeleteJangan kerana ingin bermewah, orang lain pun sanggup kita biarkan susah...
bagus komen ini .. memang sakit hati bila melihat dia bergaya dan melancong ke sana sini, tapi hutang dia kat kita buat-buat lupa.
DeleteBerbelanja seadanya bersesuaian dengan kemampuan kita.
ReplyDeleteJangan sampai berhutang tak cukup pinggang
hahaha .. terpaksa pinjam pinggang kawan sekejap.
Deletejadi kalau nak baju lebih besar, badan kena besar la ye pakngah?
ReplyDeletehuhu. gurau jer.
ataupun sebaliknya .. kalau nak berbadan besar, baju pun mesti besar.
Delete