Lama dulu saya pernah menonton filem Hollywood bertajuk The Killing Fields yang mengesahkan kekejaman rejim Pol Pot di Kemboja. Kini saya berpeluang melihat sendiri lokasi serta kesan peninggalannya sebagai bukti sejarah akan kekejaman rejim tersebut.
Saya percaya sudah terlalu banyak tulisan tentang kekejaman rejim berkenaan yang telah menyebabkkan kematian hampir 3 juta rakyatnya sendiri semasa pemerintahannya dari Oktober 1976 hingga Januari 1979 akibat disiksa, dibunuh termasuk yang mati kerana sakit, kurang makan, terlebih kerja dsb. Mungkin ramai yang sudah tahu cerita ini dengan lebih mendalam. Dan kalau pun tidak tahu, boleh dicari di internet kerana banyak sekali kisah rejim Pol Pot ini dimuatkan.
Akan tetapi kalau saya tak tulis dan tunjuk gambar yang saya ambil sendiri, rasa tak lengkap pulak cerita saya melawat Kemboja. Makanya dalam entri ini, saya cuma nak tunjuk beberapa keping gambar yang berkaitan untuk dijadikan renungan dan iktibar kepada kita semua.
Saya percaya sudah terlalu banyak tulisan tentang kekejaman rejim berkenaan yang telah menyebabkkan kematian hampir 3 juta rakyatnya sendiri semasa pemerintahannya dari Oktober 1976 hingga Januari 1979 akibat disiksa, dibunuh termasuk yang mati kerana sakit, kurang makan, terlebih kerja dsb. Mungkin ramai yang sudah tahu cerita ini dengan lebih mendalam. Dan kalau pun tidak tahu, boleh dicari di internet kerana banyak sekali kisah rejim Pol Pot ini dimuatkan.
Akan tetapi kalau saya tak tulis dan tunjuk gambar yang saya ambil sendiri, rasa tak lengkap pulak cerita saya melawat Kemboja. Makanya dalam entri ini, saya cuma nak tunjuk beberapa keping gambar yang berkaitan untuk dijadikan renungan dan iktibar kepada kita semua.
Gambar 1: Mereka yang dianggap musuh atau penentang rejim Pol Pot di bawa ke sini untuk disoal siasat dan didera untuk mendapatkan maklumat dan pengakuan. Setelah keterangan mereka direkodkan, mereka akan di bawa ke Choeung Ek (Killing Fields) untuk dibunuh. Bangunan ini asalnya adalah sebuah sekolah menengah di kota Phnom Penh yang diubahsuai untuk dijadikan tempat tahanan.
Gambar 2: Inilah peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa di sini yang mana teks asalnya adalah dalam tulisan Khmer yang dilekatkan pada dinding bahagian dalam bangunan ini.
Gambar 3: Kawat-kawat besi itu dikekalkan dalam keadaan asal sebagai bukti sejarah kepada generasi kemudian dan juga pelawat-pelawat dari luar negara.
Gambar 4: Bilik-bilik kecil untuk menempatkan tahanan seorang sebilik sementara menunggu giliran untuk disoal siasat untuk mendapatkan bukti dan pengakuan. Tahanan yang tidak tahan penyiksaan akan mengaku sebagai penentang kepada rejim Pol Pot yang kemudiannya digunakan untuk menghalalkan pembunuhan mereka.
Gambar 5: Bilik tahanan Chum Mey yang terselamat kerana kepandaian beliau memperbaiki mesin taip. Kepandaian itu diperlukan oleh pihak rejim Pol Pot yang akhirnya dia terselamat bila Pol Pot berjaya dikalahkan oleh pasukan Hun Seng, Perdana Menteri negara Kampuchea sekarang.
Gambar 6: Inilah rupa Chum Mey sekarang, salah seorang tahanan yang terselamat yang kini berumur 88 tahun. Beliau telah menghasilkan sebuah buku bertajuk "Survivor" yang menceritakan pengalaman beliau dan beliau jual sendiri berhampiran pintu keluar pusat ini.
Gambar 7: Gambar di hari pembebasan tahanan oleh tentera pimpinan Hun Sen yang menunjukkan ada bayi yang terselamat.
Selanjutnya saya akan cerita serba sedikit dan tunjukkan gambar pusat pembunuhan (killing fields) di Choeung Ek. Tempat ini merupakan perhentian terakhir tahanan dari pusat penyiksaan di Tuol Sleng yang saya ceritakan di atas tadi.
Gambar 8: Di pintu masuk pusat pembunuhan. Seterusnya jika ingin melihat gambaran kekejaman yang dilakukan, bolehlah mencari VCD atau muat turun filem "The Kililing Fields" di mana dalam filem tersebut melakonkan semula peristiwa penyiksaan dan pembunuhan tahanan.
Gambar 9: Tempat (spot) di mana tahanan diturun dan dikumpulkan dari tempat penyiksaan Tuol Siang sebelum mereka semua dibunuh di kawasan ini.
Gambar 10: Bangunan pusat pengumpulan tahanan sebelum dibunuh dengan kejamnya.
Gambar 11: Tapak stor penyimpanan bahan kimia yang digunakan untuk memastikan tahanan yang belum mati benar-benar mati.
Gambar 12: Gambar peralatan yang digunakan untuk membunuh mangsa. Ngilu seluruh anggota saya bila melihat dan membayangkannya.
Gambar 13: Salah sebuah kubur tempat menanam mangsa yang telah dibunuh.
Gambar 14: Di pohon kayu inilah kanak-kanak kecil yang tidak berdosa dibanting untuk membunuh mereka. Kalau di tembak memakan masa dan menggunakan belanja untuk membeli peluru. Masih terdapat kesan serta darah di pohon kayu ini. Tergamak mereka berbuat demikian.
Gambar 15: Tengkorak dan tulang belulang mangsa kekejaman disimpan di dalam bangunan ini. Seram juga saya memasukinya.
Gambar 16: Dalam bangunan seperti gambar di atas.
Saya seakan-akan tidak percaya, bila melihat kesan serta mendengar sendiri cerita dari mulut pemandu pelancong kami bahawa mereka yang sama sebangsa sanggup memperlakukan kekejaman sedemikian rupa kepada bangsanya sendiri. Suatu perbuatan yang tidak terbayangkan oleh akal yang sihat boleh dan tergamak dilakukan. Peristiwa itu tidak mustahil boleh terjadi kepada kita yang sebangsa dan seagama jika kita membiarkan faktor berlainan ideologi menguasai kita dan membenar atau membiarkan campurtangan asing dalam hal dalaman negara kita.
AllahhuAkbar...
ReplyDeletebiarlah segalanya menjadi sejarah sahaja dan tidak akan berlaku lagi kekejaman begitu... :(
sejarah akan berulang jika kita tidak belajar dari sejarah ..
DeleteTak terbayang dek akal keganasan mereka sehingga sanggup membanting bayi di pokok....zalimnya. Ya Allah semuga Malaysia aman sentosa selalu daripada keganasan pimpinan yang tidak berperi kemanusiaan seperti itu hanya kerana ada kuasa. Di jauhkan lah hendaknya.
ReplyDeletePada masa ini pun keganasan yg serupa sedang berlaku di Syria dan Myanmar.
Deletetakutnya...
ReplyDeleteberapa banyak tengkorak yg ada tu??
entahlah .. lupa pulak nak tanya.
DeleteSetiap kali membaca kisah kekejaman rejim Pol Pot di rencana/blog terutama tentang bagaimana mereka membanting kanak kanak/bayi tidak berdosa sehingga mati pun buat saya cukup sebak walau telah membaca berulang kali...tapi saya masih tidak puas hati cara kematian Pol Pot di saat akhirnya...sepatutnya dia mati dengan cara yang paling hina setara dengan kezaliman yang pernah dibuatnya dulu...
ReplyDeleteKalau ikutkan perasaan marah, saya pun begitu. Tapi di sini rasanya Hun Sen telah bertindak bijak dengan menyerahkan kepada mahkamah untuk mengadilinya serta menyerap semua anggota tentera Pol Pot ke dalam tentera kerajaan untuk mengelakan perang saudara yang berpanjangan.
Delete