Gambar hiasan hasil carian Google.
Cara Allah memberi rezeki, kalau boleh diibaratkan, ia seperti kita memberi ayam makan. Katakanlah segenggam gandum. Kita boleh beri samada dengan ditabur atau dimasukkan ke dalam satu bekas. Banyaknya tetap sama, tetapi di manakah lebih mudah dan cepat bagi ayam memakannya?
Kalau ditabur, gandum itu bersepah dan pastinya ayam akan terpaksa ke hulu ke hilir mematuk butiran gandum tersebut untuk mengisi perut. Tentulah ia lambat dan meletihkan. Tetapi kalau dimasukkan dalam suatu bekas, pasti ia lebih mudah dan cepat.
Selalunya ayam yang diberi makan dalam bekas adalah ayam yang terpilih. Apa lagi yang diberi makan di tapak tangan. Begitulah juga kita, kadang-kadang terpaksa bersusah payah ke hulu ke hilir mencari rezeki sedangkan ada orang lain dengan usaha yang tak seberapa tetapi mendapat hasil yang sama malah lebih banyak lagi dari kita.
Allah itu maha adil, berkehendak dan berkuasa dalam memberi rezeki kepada makhluknya. Siapakah kita yang ingin mempersoalkan caraNya ?
Selalunya ayam yang diberi makan dalam bekas adalah ayam yang terpilih. Apa lagi yang diberi makan di tapak tangan. Begitulah juga kita, kadang-kadang terpaksa bersusah payah ke hulu ke hilir mencari rezeki sedangkan ada orang lain dengan usaha yang tak seberapa tetapi mendapat hasil yang sama malah lebih banyak lagi dari kita.
Allah itu maha adil, berkehendak dan berkuasa dalam memberi rezeki kepada makhluknya. Siapakah kita yang ingin mempersoalkan caraNya ?
usaha tapi beroleh kejayaan...
ReplyDeleteIn Shaa Allah
Itu sebaiknya di samping memberi kepuasan dan menaikan martabat diri.
DeleteMasha Allah..bagusnya tamsilan yang Pak Ngah berikan..jazak Allahu khair.
ReplyDeletehasil pemahaman dari kuliah2 agama yg diikuti.
DeleteItulah... terpilih atau tidak, kedua-dua kesusahan dan kesenangan itu adalah jenis-jenis ujian Tuhan kepada manusia, di mana ujian yang dalam bentuk kesenangan itu lebih mudah nak gagal sebab manusia ni kebiasaannya cepat lupa diri dan jadi bongkak sombong bila berada di atas dalam satu jangka masa yang agak lama. Bila diuji dengan sedikit kesusahan, baru nak ingat Tuhan semula. Peringatan kepada diri saya sendiri juga ni :)
ReplyDeleteBetul sangat tu ..
Delete"Sesungguhnya bukan orang miskin sahaja yang sedang diuji oleh Allah SWT tetapi kita yang sedang menikmat kemewahan hidup ini juga sedang diuji oleh Allah SWT, bahkan lebih berat lagi".
ثُمَّ لَتُسْأَلُنَّ يَوْمَئِذٍ عَنِ النَّعِيمِ
8:102.
setuju sangat2
ReplyDeletesentiasa yakin dengan Allah
dgn keyakinan yg putus ..
DeleteAllah beri apa yang kita perlukan bukan apa yang kita berkehendakkan.
ReplyDeleteWallahualam.
benar .. Allah beri apa yang kita perlu (need) bukan apa yang kita mahu (desired) kerana Allah tahu apa yang kita mahu itu tidak elok untuk kita dan sebaliknya.
Deleteterima kasih atas peringatan pak ngah.
ReplyDeletedan perlu diingat juga, rezeki bukan datang dalam bentuk wang sahaja.
cuma boleh relate juga, ragam manusia berbagai sebab tu dalam cerita ayam tu Allah jadi Maha Adil kerana boleh membezakan cara memberi rezeki mengikut ragam manusia tadi.
wallahualam.
benar .. Dia maha adil, maha mengetahui serta maha pemurah lagi penyayang.
Delete