Gambar hiasan hasil carian Google.
Kadang-kadang secara tidak serius, melihat situasi semasa masyarakat kita, saya terfikir juga untuk membuat peribahasa versi baru berasaskan peribahasa lama pusaka nenek moyang kita, seperti berikut:
1. Asal: Seekor kerbau membawa lumpur habis semuanya terpalit.
Versi baru: Banyak kerbau membawa lumpur, yang seekor pun turut terpalit.
Maksudnya: Kalau kita seorang tak buat salah dan ramai orang yang buat salah, pasti kita akan turut terlibat sama.
Maksudnya: Kalau kita seorang tak buat salah dan ramai orang yang buat salah, pasti kita akan turut terlibat sama.
2. Asal. Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.
Versi baru: Kerana nila secerek rosak susu sebelanga.
Maksudnya: Kalau ramai yang buat masalah, tentulah habis orang lain pun terlibat sama.
3. Asal: Kalau seekor ayam tidak berkokok, hari siang juga.
Versi baru: Kalau semua ayam tak berkokok, hari siang juga.
Maksudnya: Kalau semua orang tak buat perkara itu, perkara itu tetap terjadi juga.
Maksudnya: Kalau semua orang tak buat perkara itu, perkara itu tetap terjadi juga.
No comments:
Post a Comment
Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.