Saturday, April 4, 2020

KISAH PENJUAL TELUR DAN PEMBUAT BAULU.


Tersebutlah kisah seorang penjual telur dan pembuat baulu di sebuah kampung. Mereka telah lama berkawan dan berurusan jual beli. Pada suatu hari pembuat baulu telah membeli seratus biji telur dari penjual telur. 

Dipendekkan cerita, bila pembuat baulu nak buat baulunya, didapati sebiji telur yang dibelinya telah rosak. Dia sangat marah dan terus keluar menuju ke gerai tempat penjual telur. Masa itu penjual teluar sedang bersiap-siap hendak menutup gerainya.

Sebaik melihat penjual teluar, dengan muka mencuka dia pun meluahkan kemarahannya.

Pembuat baulu: "Kenapa kau jual telur busuk kat aku"

Penjual teluar:  "Betul ke apa yang kau cakap ini ? Berapa semuanya yang busuk tu?"

Pembuat baulu:  "Sebiji je, tapi rosak habis seluruh adunan baulu aku"

Penjual Telur: "Aku minta maaf banyak-banyak. Aku tak tahu pun ada di antara telur yang aku jual tu yang busuk"

Pembuat baulu: "Lain kali periksalah dulu sebelum jual. Jangan nak cari untung je"

Berdesing telinga penjual telur bila mendengar kata-kata pembuat baulu itu. Segera dia teringat tak berapa lama dahulu dia pernah beli baulu darinya terkurang sebiji. Dia lantas menyebutkan perkara itu kepada pembuat baulu.

Panjual telur: "Aku pun pernah beli baulu dari kau tak lama dulu terkurang sebiji. Tapi aku halalkan je. Aku fikir takkanlah sebab baulu sebiji, rosak habis persahabatan kita selama ini. Lagi pun aku tahu takkan engkau sengaja berbuat begitu"

Mendengar kata-kata penjual telur itu, pembuat baulu terus terdiam dan tertunduk malu.

Pengajaran: Hidup ini kenalah berlebih kurang dan bersangka baik.  Janganlah hanya kerana satu sebab yang mungkin tidak disengajakan oleh kawan atau kenalan kita, habis rosak atau terlerai ikatan persahabatan yang telah terjalin sejak sekian lama.

8 comments:

  1. Yang buat bahulu pun, nape tak pecahkan kat bekas lain dulu sebelum masuk dalam bekas pembuat bahulu tu

    ReplyDelete
  2. Kena sentiasa sangka baik dan bertolak ansur.. Dalam setiap perkara dalam kehidupan. Kecuali yang melibatkan hukum hakam agama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah kita akan selamat dan aman hidup di dunia ini.

      Delete
  3. Replies
    1. Terima kasih cikgu kerana sudi singgah dan meninggalkan jejak.

      Delete
  4. Perlu ada pengorbanan untuk mengekalkan persahabatan

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.