Sunday, April 26, 2020

GANJARAN TAK LANGSUNG DARI PEMOTONG RUMPUT.


Gambar 1: Sebelum.


Gambar 2: Selepas

Petang semalam ada orang datang potong rumput kat rumah saya.  Saya bayar lebih sedikit darapada biasa. "Duit raya", kata saya.

Nak jadikan cerita,  tak sampai setengah jam kemudian, saya terima mesej dari seseorang beritahu dia ada transfer duit ke akaun saya. Dia pernah pinjam duit saya kira2 tiga tahun lalu. Saya tak pernah pula minta atau ingatkan dia suruh bayar balik hutangnya. Tapi bila orang dah nak bayar,  takkan saya nak tolak pulak.

Saya cerita ini bukan nak riak. Jangan silap faham. Saya cuma nak tunjuk melalui kisah saya ini akan kuasa sedekah. Tak semena2 tergerak hati orang yang pinjam duit saya tu untuk bayar balik hutangnya. Siapakah yang menggerakan hati orang itu kalau bukan Allah.

Kemudiannya hati kecil saya berkata,  "Itulah kau berkira sangat nak sedekah kat Bangla tu tadi. Kalau kau tak berkira, entah-entah orang yang pinjam duit kau lebih lama dan lebih banyak daripada tu tergerak pulak hatinya nak bayar"



4 comments:

  1. Alhamdulillah... rezeki yang telah ditentukan Allah... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang rezeki dariNya. Dan kalau Dia nak ambil semula, bila2 masa pun boleh.

      Delete
  2. Cantik dia potong rumput tu
    tentu puas hati.
    Sedekah membuka pintu rezeki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg puas hati. Dia memang pemotong rumput yg regular

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.