PEMERHATIAN 19: Perkataan sama tapi makna tak sama.
Saya perhatikan banyak perkataan dari bahasa baku tapi dalam dialek N9 ia memberi makna yang berbeza dan unik.
Contoh:
1. Pahit - Rasa yang tidak sedap seperti biji langsat. N9: Pait - Jangan harap.
2. Jalang - Perempuan tak baik. N9 - Tak pekat atau cair.
3. Cuci - Basuh. N9 - Rosak, musnah.
4. Kawan - Sahabat. N9 - Isteri atau suami
5. Panggilan - Macam panggilan telefon. N9 -Jemputan kawin.
6. Segan - Malu. N9: Sogan - Malas
7. Tindik - Membuat lubang pada cuping teling atau hidung. N9 = Menindas kutu dengan kuku.
8. Bayang - Bentuk hitam yg terjadi daripada sesuatu benda yg menahan cahaya. N9 - Berjalan atau berdiri yang terhuyung-hayang.
9. Korek - Menggali. N9: Kokoghek - Baki makanan dalam bekas.
10.Kelapa. - Sejenis buah atau nyior. N9 - Menyemai anak benih.
11. Pokok - Pohon. N9 -Terpulang, terserah.
12. Teragak - Terfikir (timbul sesuatu fikiran dgn tiba-tiba atau dgn sepintas lalu), terlintas di hati. N9 - Teringin, teringat.
13. Kencang - Laju, deras. N9: Koncang - Mesra.
14. Titik - Tanda N9. Pukul
15. Serik - Tak mahu buat lagi. N9: Soghik - Susah, miskin.
Lama dah saya tak balik Negeri Sembilan.. wuaaaa rindu Kuala Pilah.
ReplyDeleteHabis PKP nanti bolehlah balik.
DeleteLari jauh maknanya
ReplyDeleteTu la. Orang yg tau je yg tau.
DeleteSalam Pak Ngah..an biaso eh cakap nogori...kwn kwn ngamai org nogori 😁
ReplyDeleteBila guna an sebagai ganti nama saya dah tahu ada pengaruh negeri. Sebenarnya awak orang mana?
DeletePak Ngah, saya kelahiran Perak sebenarnya 😁,.tapi dibesarkan di KL, tp dikalangan jiran dan rakan rakan memang ramai orang N9..dah biasa cakap nogori dengan diorang..tapi kdg kdg tergeliat gak lidah 😂
ReplyDeleteTergeliat lidah tak apa, jgn tergeliat leher.
DeleteApa2 pun tahniah atas usaha itu.
Terima kasih 😀
Delete