Gambar hiasan hasil carian Google.
Tipikal orang Malaysia suka dan cepat menghukum. Contoh, kalau ditularkan kisah seorang ibu tunggal yang miskin beranak lima sudah tidak makan nasi tiga hari, maka akan tersemburlah komen-komen dari mereka yang sangat prihatin kepada pusat pungutan zakat. Antaranya yang biasa kita baca atau dengar ialah:
"Pusat Zakat tidur ke ?"
"Kutip je pandai. Jawablah di akhirat nanti"
"Janganlah asyik nak mesyuarat je"
Mereka tidak pernah bertanya dan menyelidik apa puncanya ibu tumggal tu jadi demikian tapi sebaliknya terus menjatuhkan hukuman kepada pusat zakat. Mereka terima bulat-bulat cerita yang ditularkan itu tanpa usul periksa.
Sebelum beri komen, tahukah kita berapa jumlah kutipan zakat setahun dan berapa dan untuk apa dan kepada siapa ia telah dibelanjakan? Yang lebih menjengkilkan kebanyakan mereka yang buat komen tu satu sen pun tak hulurkan bantuan.
Mungkin juga yang buat komen itu ada yang akan berkata bahawa mereka tidak ada masa nak menyiasat itu semua, tapi mahu tidak mahu kita wajib dengar cerita dua belah pihak dahulu. Kalau tidak, simpan sahaja komen sedemikian atau beri komen dalam bentuk pandangan atau cadangan dan bukannya dalam bentuk menilai atau menghukum.
.
Ramai yang tulis komen ikut sedap lutut aje
ReplyDeleteTak tanya otak.
Ikut sedap lutut. Hihi.
Delete