Friday, January 4, 2013

BERGOPOH GAPAH ITU DARIPADA SYAITAN.



Kerapkali kita kecewa dan menyesal selepas membuat sesuatu pekerjaan secara tergesa-gesa. Umpamanya membeli kereta tanpa meneliti harga di tempat lain, kemudahan mendapat alat ganti, penggunaan minyak, harga sekenhen dan sebagainya. 

Begitu juga dengan beribadat, kita mahu ia segera selesai. Misalnya sembahyang nak cebat habis, bertadarus nak cepat khatam dan sebagainya. Dalam hal ini mungkin kita tidak menyesal di dunia ini tetapi menyesal di dunia sana kerana pelaburan kita tidak mendatangkan hasil seperti yang diharapkan.
 
Namun begitu ada juga pekerjaan yang perlu disegerakan. Untuk itu saya petik pesan Imam al Ghazali dalam kitabnya "Minhaj al-'Abidin" seperti di bawah:


"Bermula segera (bergopoh gapah) itu daripada syaitan melainkan pada lima tempat:

1. Mengawinkan anak perempuan yang bikir (anak dara) apabila baligh dia.

2. Membayar hutang apabila sampai masa membayarnya.

3. Mentajhizkan (menyelenggarakan) mayat apabila yakin matinya.

4. Menghormatkan (menjamu) tetamu (dif) apabila datang ia.

5. Bertaubat daripada dosa dengan segera apabila ia mengerjakannya"

Saya kira sudah tentulah syaitan tidak gembira kalau kita menyegerakan tindakan ke atas 5 perkara di atas.


Semoga entri ini ada manfaatnya.

Wednesday, January 2, 2013

WW # 57: KALAU LEMAH SEMANGAT, JANGAN TENGOK !











Tuesday, January 1, 2013

TERKENANG SEMASA DULU 68 : PETRA, JORDAN.

Beberapa tahun dulu saya ada cerita sepintas lalu mengenai lawatan saya ke 4 buah negara Timur Tengah di sini. Kali ini saya hendak fokuskan kepada satu tempat bersejarah yang sangat menarik  iaitu Petra di Negara Jordan.  Kini Petra telah tersenarai sebagai salah satu keajaiban dunia. Saya rasa sangat bertuah kerana diberi kesempatan melawat tempat ini.



Gambar 1: Kami tidak bermalam di sini cuma singgah makan tengah hari sahaja yang telah diaturkan oleh agen pelancongan kami.




Gambar 2: Awatnya saya serabai sangat .. selendang tu pinjam dair Makngahnya, tu sebab jadi lagu tu  .. sejuknya sampai ke tulang.


Gambar 3: Makngahnya sempat bermesra dengan kuda yang akan ditungganginya.


Gambar 4:  Menunggang kuda bukan kerana tak larat berjalan, tapi nak rasa. Kuda yang saya tunggangi dipimpin oleh penjaganya - takut kuda itu bertindak di luar kawalan agaknya !


Gambar 5: Makngahnya steady je tanpa kudanya perlu di pimpin.

 


Gambar 6: Di belakang sana kelihatan bangunan Al Khazneh mengintai kami.


Gambar 7:  Al Khazneh (Khazanah) atau The Treasury di Petra. Mengikut Wikipedia  ia dipercayai dibina sekitar 100SM hingga 200M dan masih utuh hingga sekarang.
................................................................................................................................................

Selingan: Bukit Setiawangsa runtuh.


 Berita yang tengah hangat sekarang. Tembok yang menahan Bukit Setiawangsa runtuh walaupun usianya belum pun sampai 100 tahun  lagi !

...........................................................................................................................



Gambar 8: Gambar kami dari sudut yang lain.


\
Gambar 9: Di belakang kami (tak berapa kelihatan) adalah tapak membuat Jom Heboh pementasan terbuka.


Gambar 10: Makan nasi Arab kat Petra.


Gambar 11: Di beranda restoran tempat kami makan tengah hari. Kelihatan di belakang sana gunung-ganang yang gondol.

Gambar 12: Bergambar di depan gambar Raja Abdullah yang memerintah sekarang di samping almarhum ayahandanya.


Gambar 13: Sebuah mug yang dibeli sebagai tanda dan kenangan kami sudah sampai di Petra.


Pada masa lawagtan kami, cuaca amat sejuk menghampiri paras beku. Nasib baik kami cepat keluar. Esoknya kami dengar berita salji turun dengan lebatnya hingga ada pelancong yang terpaksa dikeluarkan menggunakan helikopter.