.
Wednesday, October 9, 2013
Monday, October 7, 2013
BANYAK UDANG BANYAK GARAM.
Gambar hiasan hasil carian Google.
Banyak udang banyak garam. Banyak orang banyak ragam. Setiap orang ada situasi atau kondisi yang membolehkan mereka bekerja dengan kreatif, produktif dan efisyen. Mungkin secara kasar saya boleh bahagikannya kepada 4 kumpulan seperti berikut:
1. Boleh bekerja di bawah tekanan.
Orang jenis ini kadang-kadang semasa relaks, mereka tidak begitu kreatif dan produktif. Bila keadaan memaksa dan masa semakin suntuk, barulah otak dia ligat dan boleh membuat keputusan dengan pantas. Orang jenis ini diperlukan di dalam suasana dharurat atau kecemasan. Kalau di pejabat, kadang-kadang orang jenis ini selalu menjadi mangsa sebab boss akan pilih dia buat tugasan 'last minute' dan boss boleh tidur nyenyak selepas itu.
2. Tak boleh bekerja di bawah tekanan.
Orang jenis ini akan kelamkabut kalau bekerja semasa tertekan. Misalnya kalau boss suruh dia sediakan ucapan menteri dalam masa setengah jam. Kalau kena orang jenis ni, entah-entah apa yang ditulisnya nanti. Lebih teruk lagi, otak dia terus jem dan langsung tak berupaya nak tulis apa-apa.
3. Boleh bekerja di bawah tekanan mahu pun semasa aman.
Orang jenis ini paling bagus. Dia boleh bekerja dalam semua keadaan. Selalunya orang begini menjadi kesukaan boss dan peluang dia untuk meningkat dalam kerjaya adalah sangat cerah.
4. Tak boleh bekerja samada tertekan atau pun tidak.
Orang jenis ini memang tak guna seduit pun tapi nasib baik bilangan mereka dalam mana-mana organisasi hanya segelintir sahaja. Kadang-kadang mereka boleh hidup (survive) dalam perkhidmatan hanya kerana kepandaian dia membodek dan mengampu. Hendak-hendak pulak dapat boss yang suka diampu 'ibarat bajak makan diangkat'.
Sepanjang perkhidmatan saya dengan kerajaan, saya pernah berdepan dan hidup dengan keempat-empat jenis manusia tersebut. Akan diri saya pulak, saya kadang-kadang lebih suka berada dalam situasi 1. Contohnya bila dah dekat nak periksa baru saya pulun mengulangkaji dan masa tu apa yang dibaca semuanya masuk dan masalahnya kadang-kadang dia tak mahu keluar bila nak jawab soalan.
Anda pula bagaimana agaknya ?
Friday, October 4, 2013
ANDA KINI BERADA DI ZAMAN MANA ?
Gambar hiasan yang ada kena mengena dengan entri ini.
Semua orang yang kini telah bersara atau sudah tidak lagi bekerja mencari pendapatan, saya rasa tidak akan terlepas melalui lima zaman ini.
1. Zaman bayi.
Pada peringkat ini kita diuruskan sepenuhnya oleh ibubapa atau penjaga kita. Makan minum kita disuapkan. Seluar baju kita dipakaikan. Bersuci diri pun dibuatkan oleh orang lain sehinggalah kita berumur 4-5 tahun.
2. Zaman pra-sekolah.
Pada peringkat ini kita sudah boleh mengurus diri sendiri. Kita sudah boleh menyuap sendiri. Kita sudah boleh mandi sendiri dan juga pakai seluar baju sendiri. Masa dihabiskan dengan bermain. Hidup cukup menggembirakan kerana belum ada tanggungjawab. Kalau ada pun tugas, bukanlah sesuatu yang diberikan tanggunjawab. Sekadar membantu atau latihan sahaja.
3. Zaman belajar.
Sudah ada tugas dan tanggung jawab terutamanya yang bersangkutan dengan persekolahan seperti menyiapkan kerja sekolah atau bertanggujawab sebagai ketua darjah, ketua sekolah dan sebagainya. Termasuklah juga zaman belajar di peringkat kolej atau universiti.
4. Zaman bekerja.
Pada zaman ini tugas dan tanggungjawab berada di kemuncaknya. Bagi yang masih bujang tanggungjawab kita adalah kepada tempat kerja dan juga ibu bapa atau membantu adik-adik yang masih bersekolah, jika ada. Bagi yang sudah berkahwin pula, tanggungjawab bertambah besar dengan tanggjawab tambahan kepada isteri/suami dan keluarganya selain dari keluarga sendiri.
5. Zaman bersara.
Saya rasa inilah zaman yang sepatutnya sangat seronok kerana tidak ada lagi tugas sebagai pekerja. Ada kawan saya kata zaman 4D iaitu Duduk Diam Dapat Duit. Cuma ada tanggungjawab kepada diri sendiri dan keluarga. Namun begitu bagi mereka yang tidak cukup pencen atau simpanan, peringkat ini agak sukar kerana badan sudah tidak larat lagi untuk bekerja kuat lebih-lebih lagi kepada mereka yang tiada anak atau pun ada anak-anak tetapi mereka juga susah.
Saya percaya rata-rata follower blog ini atau yang membaca entri ini berada pada zaman 4 atau 5. Ketahuilah dan sedarilah di mana zaman anda berada. Jangan pula ada yang sudah berada di zaman 5 tapi perangai macam masih berada pada zaman 2, atau sebaliknya.
Subscribe to:
Posts (Atom)


