Gambar hiasan yang ada kena mengena dengan entri ini.
Semua orang yang kini telah bersara atau sudah tidak lagi bekerja mencari pendapatan, saya rasa tidak akan terlepas melalui lima zaman ini.
1. Zaman bayi.
Pada peringkat ini kita diuruskan sepenuhnya oleh ibubapa atau penjaga kita. Makan minum kita disuapkan. Seluar baju kita dipakaikan. Bersuci diri pun dibuatkan oleh orang lain sehinggalah kita berumur 4-5 tahun.
2. Zaman pra-sekolah.
Pada peringkat ini kita sudah boleh mengurus diri sendiri. Kita sudah boleh menyuap sendiri. Kita sudah boleh mandi sendiri dan juga pakai seluar baju sendiri. Masa dihabiskan dengan bermain. Hidup cukup menggembirakan kerana belum ada tanggungjawab. Kalau ada pun tugas, bukanlah sesuatu yang diberikan tanggunjawab. Sekadar membantu atau latihan sahaja.
3. Zaman belajar.
Sudah ada tugas dan tanggung jawab terutamanya yang bersangkutan dengan persekolahan seperti menyiapkan kerja sekolah atau bertanggujawab sebagai ketua darjah, ketua sekolah dan sebagainya. Termasuklah juga zaman belajar di peringkat kolej atau universiti.
4. Zaman bekerja.
Pada zaman ini tugas dan tanggungjawab berada di kemuncaknya. Bagi yang masih bujang tanggungjawab kita adalah kepada tempat kerja dan juga ibu bapa atau membantu adik-adik yang masih bersekolah, jika ada. Bagi yang sudah berkahwin pula, tanggungjawab bertambah besar dengan tanggjawab tambahan kepada isteri/suami dan keluarganya selain dari keluarga sendiri.
5. Zaman bersara.
Saya rasa inilah zaman yang sepatutnya sangat seronok kerana tidak ada lagi tugas sebagai pekerja. Ada kawan saya kata zaman 4D iaitu Duduk Diam Dapat Duit. Cuma ada tanggungjawab kepada diri sendiri dan keluarga. Namun begitu bagi mereka yang tidak cukup pencen atau simpanan, peringkat ini agak sukar kerana badan sudah tidak larat lagi untuk bekerja kuat lebih-lebih lagi kepada mereka yang tiada anak atau pun ada anak-anak tetapi mereka juga susah.
Saya percaya rata-rata follower blog ini atau yang membaca entri ini berada pada zaman 4 atau 5. Ketahuilah dan sedarilah di mana zaman anda berada. Jangan pula ada yang sudah berada di zaman 5 tapi perangai macam masih berada pada zaman 2, atau sebaliknya.
kalau tanya bapak mertua saya,dia jawab RTM.
ReplyDelete.
.
.
.
.
.
.
rehat tunggu mati.keh keh~
semua orang pun sama .. tak kira kecik atau besar.
Deletesemua zaman di atas telah dan akan di tempuh. sekarang aye berada di zaman 3 dan 4 bakal berada di zaman ke-5. selamat untuk semuanya !!
ReplyDeletejangan lupa, selepas zaman ke 5 ada lagi zaman yang menunggu di sana ..
DeleteJujurnya saya tak sabar nak berada di zaman ke 5
ReplyDeletetakkan lari gunung di kejar Kakcik ..
DeleteZAMAN BERSARA SAYA CUKUP PANJANG LAGI.. TUGAS SEKARANG BEKERJA, BEKERJA DAN BEKERJA BAGI MENAMPUNG KEPERLUAN KELUARGA..
ReplyDeletebekerjalah .. dan teruslah bekerja selagi tenaga diperlukan.
DeleteAina masih di zaman 4 tapi hati tu rasa dok di zaman 3 pualk...ahahaaaa...
ReplyDeleteSalam pagi Jumaat Pak Ngah.
biasalah tu .. saya pun kadang2 rasa cenggitu walaupun dan zaman 5 .. hehe.
Deleteramai yang ada di zaman 4, tapi masih rindukan dan nak kembali ke zaman 1 dan 2. (saya contohnya)
ReplyDeletesaya tak boleh kata apa .. kalau awak menjadikan diri sendiri sebagai contoh .. hehe.
DeleteSaya rasa mcm dah terlalu lama menunggu untuk tamatkan zaman 4...:D
ReplyDeleteBerada di zaman 5 tp perangai masih mcm di zaman 2 boleh dimaafkan lagi sekurang-kurangnya boleh menguruskan diri sendiri. Macam mn pulak yang belum sampai ke zaman 5, tapi status kesihatan kurang baik dan terpaksa berbalik ke zaman 1.
Semoga saya dan rakan2 semua sentiasa diberikan kesihatan yang baik walaupun ajal datang menjemput. Aminn
entri ini lebih kepada sikap dan tanggungjawab dan bukannya keadaan fizikal sebenarnya.
DeleteSaya baru beberapa tahun berada dalam zaman 4. Tak sabar rasanya nak duduk dalam zaman 5 dan merasai 4D.
ReplyDeleteTapi nak dapatkan 4D tu kena mula dari sekarang...
ye ke .. saya ingatkan awak baru berada di zaman 2 .. kalau tengok gambar profil.
DeletePak ngah,
ReplyDeleteSekarang saya di zaman 4.. walaupun baru saja masuk bidang ajor orang ni.. tapi sejak kebelakangan ni rasa tak sabar nak masuk zaman 5.. terlalu banyak beban kerja sampai kadang2 rasa cam tak sanggup nak teruskan.....
:((
perasaan itu kena lawan .. nanti alah bisa tegal biasa.
Deletetuan,
ReplyDeletezaman 5 , zaman di mana kita boleh banyak menyumbang
buah fikiran, pengalaman untuk masyarakat
zaman 5 kalau asyik makan tidur bahaya tuan.
betul .. saya juga hari2 makan dan tidur tapi tak pernah asyik .. hehe.
DeleteSaya berdoa, andai panjang umur masuk ke Zaman 5, saya boleh lah 4D
ReplyDeleteinsya-Allah .. jangan main 4D pulak .. harammmm. hehe.
Deletesudah di tahap empat...
ReplyDeletesusahnye duduk di alam ni... semua serba tak kena...
haha!
tak susah sebenarnya .. uncle dah melaluinya .. mungkin lebih susah di zaman selepasnya di sana nanti.
Deleteooo ye ke...
Deleteboleh la uncle bagi tips kat kite mcm mana
:)
mudah jer .. sentiasa ikut peraturan dan bersyukur dengan apa yang ada.
Deleteterima kasih atas nasihat pak ngah...
Deletewalaupun ringkas tp banyak yang perlu difikirkan...
SEMUA ZAMAN SUSAH, SELAGI BERNYAWA SELAGI TU ADA MASALAH.ZAMAN MASING-MASING ADA MASALAH NYA TERSENDIRI TAPI BILA DAH BERALIH ZAMAN KITA LUPA, MANUSIA KAN SENTIASA LUPA FITRAH-NYA KEJADIAN MANUSIA BERSIFAT LUPA HANYA ORG2 YG BERIMAN SAJA MENGAMBIL SETIAP PERKARA SEBAGAI PENGAJARAN SEPERTI SABDANYA NABI SAW MANUSIA YG BAIK ADALAH ESOK HARINYA LEBIH BAIK DARI HARI INI DAN SETERUSNYA.ALLAH SWT DUGA KITA SEBAB SAYANG, NAK KITA JADI YG TERBAIK, BERTAMBAH KEIMANAN SEHARI KE SEHARI.MAKA GANJARANNYA SYURGA.
ReplyDeleteassalamualaikum.
Deleteterima kasih atas nasihat dan padangan puan itu dan terima kasih juga kerana sudi singgah. saya amat menghargainya.