Ini bukan gambar hiasan tapi benar-benar kejadian.
Hari Selasa lepas saya minum pagi di gerai biasa kat Terachi tak jauh dari Ulu Bendol. Ada seorang pelanggan yang duduk di belakang saya tu, dah naik motor menghala ke jalan besar, tapi patah balik. Selepas menongkat motornya, dia pun datang semula ke meja tempat dia minum tadi sambil tersengih-sengih berkata ..
"lupa pulak nak minum .."
"lupa pulak nak minum .."
Kita orang semua ketawa kerana dia dah selesai makan roti canai, habis hisap rokok dan sudah beredar dengan menaiki motorsikal, boleh pulak lupa nak minum. Nasib baik air dia tu belum diangkat dan dimasukan ke dalam sinki untuk dibasuh oleh petugas gerai tersebut.
Memang teruk sungguh tahap kelupaan beliau. Saya rasa dia lebih muda dari saya. Jadi tak heranlah kalau orang yang lebih tua dari dia, sekali sekala terlupa. Kan kan ?
kah.
ReplyDeletecomel pulak rasanya...
Boleh pulak macam tu... :)
ReplyDeleteTapi kalau dah nak lupa, nak buat macamana...
banyak sangat fikir kot...
ReplyDeletehuhuhu.
ReplyDeletesah tengah layan perasaan dan rasa diri mcm ada kat rumah la tu.
saya pun pernah lupa nak minum. lepas makan waktu pagi terus tak minum sampai malam. lupa.
ReplyDeletetapi itu dulu masa kecik. dah tua ni tahu pentingnya air, satu hari paling kurang 2L minum.
itu lupa kerana nak cepat pergi bermain dengan kengkawan yang dah tunggu .. kan ?
DeleteNtah-ntah la kan..harus jugak faveret makanan dia kari kepala ikan. :D
ReplyDeletebetul ke makan kepala ikan, boleh jadi pelupa .. sey tengok kucing tak lupa pun !
DeleteAgaknya banyak dok memikir tu Pak Ngah.
ReplyDeleteHahahaha pagi2 dah sakit perut saya Pakngah, aduhhh macam tu sekali lupa nya.
ReplyDeleteTanda2 nk kena stroke tu..bahaya tu
ReplyDeletesesekali memang jadi macam tu..saya memang selalu lupa nak minum..nasib baik la dirumah..bukan minum dikedai hi hi.
ReplyDeletetak tocokik ko ?
Deletesaya punya kakak ipar...kdg2 ke masjid...baca kitab,mengaji...pergi naik basikal..balik jalan kaki..lupa basikalnya..kdg2 pergi tak bawak payung..balik pulak berpayung...
ReplyDeletehahahahahaha ... komen terbaik .. tak berhenti2 saya ketawa sensorang.
DeleteTERUK BETUL PELUPANYA TU..
ReplyDeleteKesian dia...hehe.
ReplyDeleteCute pulak bila bayangkan keterlupaan pakcik tersebut hehehe.
ReplyDeletekelakar juga ni...siap patah balik minum air yek hehe
ReplyDeletehahahha.. terang sikit mata cikda baca lawak lupa nih.. adehh.. ini kira lupa pesen baru nih... hahahaha
ReplyDeleteBaik-baiklah Tuan al-lavendari. Teh tarik kedai tu ada peranannya..... atau dia mengintip tuan?
ReplyDeletetak ada faedahnya dia dapat mengintip saya .. hehe.
DeleteSoh dia minum dulu sebelum merokok! hahaha
ReplyDeletenanti nak minta taukeh kedai pasang papan tanda ..
DeleteAssalam,
ReplyDeleteTak pernah lupa nak minum lagi lah setakat ni, tapi selalunya tersilap atau terlaju cakap dengan anak2
"Bawak turun baju2 kotor, masuk dlm fridge mama nak basuh"...hihihi
hahaha .. mungkin fridge yang ada pelabagi fungsi kot !
Delete