Tuesday, October 15, 2013
KALAU MENCARI REDHA ILAHI ..
Sebentar tadi ramai sungguh penduduk di taman perumahan saya datang menyempurnakan sembahyang sunat Aidiladha di surau kami. Macam biasa tempat meletak kenderaan tidak cukup untuk menampung bilangan kenderaan yang melimpah ruah. Ada yang terpaksa meletak kereta di tepi bulatan (seperti gambar di atas) yang membahayakan pemandu kenderaan lain.
Berikut adalah gambar-gambar sebahagian dari jemaah yang tidak dapat masuk ke dalam surau kerana ruangan yang terhad. Kalau kedatangan boleh dikekalkan seramai ini pada setiap hari, tentu pihak pengurusan surau akan berusaha mencari dana untu membesarkan surau ini. Tapi sayangnya fenomena ini hanya berlaku dua kali sahaja dalam setahun. Saya rasa mana-mana tempat pun serupa.
Selamat hari raya Aidiladha dari saya serta maaf zahir dan batin. Saya beraya di rumah sahaja tahun ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Selamat Hari Raya PakNgah. Best tengok surau crowded macam tu, takper la tak cukup tempat pun kan, lagi meriah.
ReplyDeletememang meriah .. tapi cuma sebentar sahaja.
DeleteSelamat Hari Raya Pak Ngah. Saya beraya bersama lembu-lembu di surau kami.
ReplyDeleteAlhamdulillah, surau saya mampu menampung jumlah jemaah sebab surau saya dua tingkat.
kalau sembahyang imam duduk tingkat berapa ?
DeleteMEMANG MANA-MANA PUN BEGITU... KALAU TAK SETAHUN 2 KALI, MUNGKIN SEMINGGU SEKALI..
ReplyDeleteseminggu sekali pun tidak kerana surau kami tidak mengadakan sembahyang Jumaat.
DeleteKek ttj ni masjid bosar pun molempah gak keluar..
ReplyDeleteKalau bulan poso tarawikh pun ramai kono datang copek cuma tK sampai ado khemah lah macam solat sunat rayo
memang patut pun melimpah sebab kawasan TTJ sangat luas .. patut kat situ ada 2-3 buah masjid.
Deletemoga2 sentiasa penuh lepas2 ni....
ReplyDeleteer.. tempatan ke import y lebih ni?
99 % tempatan .. orang luar cuma 4-5 kerat yang bekerja di projek perumahan berdekatan.
Delete