Monday, October 14, 2013

SONYUM SOKOJAP 65 : MALU MENGAKU BUTA HURUF.


Gambar hiasan hasil carian Google.

Satu pagi Hasan (bukan nama sebenar) pergi ke bank untuk memasukan duit. Dia sebenarnya buta huruf  tapi malu nak mengaku.  Bila sampai nombor gilirannya, dia pun menyerahkan duit serta borang yang belum diisi ..

Petugas kaunter: Sila tulis nama encik, nombor akaun dan jumlah kat sini !

Hasan: Maaf saya tak bawak cermin mata. Boleh encik tolong tuliskan !

Petugas kaunter merenung muka Hasan sebentar dan dalam hatinya tak percaya alasan itu dan dia ingin menguji.

Petugas kaunter: O.k. Nama encik siapa ? 

Hassan: Hasan ..

Petugas kaunter:  Ejaan Hasan tu  ada satu e atau dua e?

Hasan:  Emmm .. dua e ..

Petugas kaunter: Dah agak dah !

Hasan: Apa dia ?

Petugas Kaunter: Tak ada apa-apa .. hehe.


Moral cerita: Usah malu mengaku kelemahan atau kekurangan kita.






12 comments:

  1. Hahaha bijak sungguh pegawai kaunter tuh. Anak sapa la agaknya tu? hahaha bila masa eja nama Hassan tu ada ‘e’? hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kerana ketawa walaupun saya minta sonyum jo ..

      Delete
  2. Ala... pakcik Hassan panik kot kat tempat awam, tu yang main jawap jer. Hehehe at least pakcik Hassan ada perasaan segan, tak macam certain people yang memang tak tahu apa tapi mengarah sesuka hati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat sana pun ada orang macam tu ke i.e yang mengarah sesuka hati ?

      Delete
  3. Hahhaaaa...tp zaman sekarang tak ramai yang buta huruf ni tp yang nak mengaku kelemahan diri tu ramaiii sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mohon penjelasan .. nak mengaku atau tak mengaku kelemahan diri ?

      Delete
  4. Heheheheh....pndi betul petugas kaunter tu. Salam Aidiladha Pakcik! Ada bt korban tak thn ni?

    ReplyDelete
  5. Salam Aidil Adha Pakngah dan Makngah... :)

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.