Saturday, October 19, 2013

KISAH TOK NGAH YANG LAMBAT BERCERITA.


 Gambar hiasan hasil carian Google.

Di taman perumahan saya ada seorang warga emas yang suka mengikuti semua aktiviti kemasyarakatan yang kita buat. Dia juga tanpa mengira masa sentiasa sedia menyumbang tenaga tuanya bila diminta. Kita pun tak suruh dia buat kerja yang berat-berat. Kita panggil dia Tok Ngah tapi itu bukan nama dia yang sebenar.

Dia juga gemar untuk turut serta dalam perbualan kita. Tapi saya kesian kat dia dan kadang-kadang marah kat orang yang selalu potong cakap dia bila dia  bercerita kerana kelajuannya bercerita cuma 5 Km/J.

Saya buat contoh macamana dia bercerita  yang membuatkan ramai yang hilang sabar atau malas nak dengar cerita dia sampai habis.

"Hari tu saya pergi rumah si Sudin nak pinjam tangga nak cat siling rumah saya. Sampai kat rumah dia, saya beri salam, tak berjawab. Kemudian saya beri lagi salam. Tak juga berjawab. Saya tengok pintu pagar rumah dia tak berkunci. Saya masuk ke dalam kawasan rumah dia. Saya beri salam lagi sekali. Senyap juga tak berjawab. Saya pergi belakang rumah dia, kot-kot dia ada kat belakang. Tak ada. Saya tengok pintu dapur dia terbukak. Saya syak sesuatu yang tak baik berlaku. Saya pun masuk ke dalam rumahnya ikut pintu dapur. Tengok dia tak ada kat dapur. Langsung saya pergi ke ruang makan, dia pun tak ada kat situ. Kemudian saya terdengar bunyi tv kat ruang tamu. Lalu saya terfikir entah-dia dia ada kat ruang tamu menengok tv. Saya terus ke ruang tamu. Laaa .. kat sini rupanya dia. Elok je dia tidur kat sofa dengan tv terbuka sedang memainkan cerita Hindustan. Patutlah dia tak jawab salam saya dari tadi. Saya pun bagilah salam sekali lagi dengan tujuan untuk mengejutkan dia. Saya nampak dia macam terperanjat tapi terus menjawab  salam saya separuh sedar dan bertanyakan hajat saya. Saya pun beritahulah hajat saya nak pinjam tangga. Dia kata nasib saya tak baik, sebab pagi tadi baru je Tok Penghulu datang pinjam. 

Bukan ke cerita tersebut boleh diringkaskan ?

Saya pulak sebaliknya, terlalu cepat bercakap hinggakan kadang-kadang Makngahnya yang telah hidup bersama dengan saya lebih 30 tahun pun kadang-kadang tak faham apa buah butir yang saya cakapkan.




23 comments:

  1. Salam Pak Ngah,

    Okaylah tu jika orang tua bercakap lambat, bolehlah lagi sabar.

    Tapi jika sesaorang itu gagap atau sengau..hahahaha
    kenalah doublekan kesabaran, nani pernah berbual dengan sengau
    amat sedikit yang boleh 'pick up' utk memahami apa yang diceritakan
    haru betul..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun pernah ada anak buah yg sengau yg agak teruk .. dapat bayangkan.

      Delete
  2. detail cerita Pak Ngah tu. kita yang mendengar boleh buat gambaran cerita..hee
    saya pun terasa "macam makan cili" sebab kadang2 orang potong cakap saya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang2 tu tak apalah .. Pak Ngah yg cakap laju ni pun selalu kena potong. Pernah Pak Ngah buat entri mengenainya.

      Delete
  3. Salam Abg,

    Mungkin abg boleh beritahu dia secara hikmah utk mengubah cara dia bercerita sebab ramai org yg hilang sabar mendengar cara dia sekarang. Takut kalau dia tak berubah, nanti tiada siapa nak berkawan dgn Tok Ngah.

    ReplyDelete
  4. Kalau buat novel tebal jadinya.. tapi kalau nak jawab soalan peksa sure tak cukup masa...

    ReplyDelete
  5. detail tok ngah ni.... selalu orang macam ni buat kerja teratur dan kemas.... betul ke...?!..cuma lambat siap la tapi... ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tepat sekali .. kalau dia buat kerja memang teliti dan kita kena banyak bersabar menunggu ia siap.

      Delete
  6. Tengah membayangkan mcm mana la wan ngah eh bersabar tunggu tok ngah abih beceghito setiap hari. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin juga Wan Ngahnya tak layan menyebabkan Tok Ngahnya jadi begini .. hehe.

      Delete
  7. Kena bawa bantal peluk kalau ada tok ngah bercerita lain kali..!

    ReplyDelete
  8. Kna tumpu penuh perhatian bila dia bercerita ni..hehe

    ReplyDelete
  9. saya kalau beli novel suka beli yang jalan ceritanya macam tok ngah bercerita tu sebab boleh menjiwai watak. kalau dengar orang bercakap macam tak sabar pula kalau dengar yang macam ni.

    ReplyDelete
  10. hahahha.. saya pun ada kawan serupa ini. Dia suka bercerita secara terperinci walhal intipati cerita dia takdelah panjang mana.. hahaha

    ReplyDelete
  11. Sangat terperinci orangnya. Ingatannya masih kuat menceritakan semula setiap kejadian. Kalau jadi saksi dlm mahkamah mmg tak berselindung. Nasib baik tak masuk kan waktu nya dlm setiap kejadian masa bercerita tu. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dia masukan waktunya .. mungkin dia bercerita seorang dirilah. hihi.

      Delete
  12. MACAM SEORANG KAWAN SAYA.. DAHLAH CAKAP SLOW N STEADY, BERCERITA DETAIL PULAK TU..

    ReplyDelete
  13. Saya jenis tak sabar memang suka sangat potong cakap org tapi sebenarnya dalam banyak keadaan saya lebih suka jadi pendengar je.

    Sebenarnya Tok Ngah tu nak cerita detail supaya org tak banyak tanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi jarang ceitanya dapat dihabiskan sebab orang lain dah buka bab baru ..

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.