Kalau ada jemputan kenduri kahwin, seboleh-bolehnya saya akan hadir kecuali ada halangan yang tidak boleh dielakkan walaupun kadang-kadang yang mengajak tu saya kenal gitu-gitu sahaja atau pun belum pernah bertemu.
Sejak saya mula bergiat dalam dunia blogging (3-4 tahun yang lepas), saya rajin mengambil gambar, terutamanya gambar semasa menghadiri majlis perkahwinan. Diam tak diam, sudah berpuluh-puluh gambar saya ambil. Kali ini saya cuba nak himpunkan dalam satu entri agar mudah dirujuk. Sayangnya kebanyakan gambar tu saya sudah lupa nama tempat dan tarikhnya secara tepat.
Sejak saya mula bergiat dalam dunia blogging (3-4 tahun yang lepas), saya rajin mengambil gambar, terutamanya gambar semasa menghadiri majlis perkahwinan. Diam tak diam, sudah berpuluh-puluh gambar saya ambil. Kali ini saya cuba nak himpunkan dalam satu entri agar mudah dirujuk. Sayangnya kebanyakan gambar tu saya sudah lupa nama tempat dan tarikhnya secara tepat.
Ada beberapa keping gambar tersebut pernah tersiar dalam entri-entri saya sebelum ini. Bagi anda yang sudah melihatnya, buat-buat tak nampak jer lah.
Cubalah tengok-tengok kalau-kalau ada kenduri yang anda juga turut pergi atau ada orang yang anda kenal (selain dari saya dan Mawi)
Gambar 1: Semasa majlis perkahwinan anak rakan sekursus DEPS, UM @ Shah Alam.
Gambar 2: Perkahwinan sepupu Makngahnya @ Banting, Selangor.
Gambar 3: Bergambar dengan Makngahnya di majlis perkahwinan anak rakan yang pernah bekerja satu pejabat dengan saya @ Ampang.
Gambar 4: Dengan ibu bapa pengantin yang pernah bekerja satu pejabat. Berjumpa semua melalui fesbuk @ Kajang.
Gambar 5: Dah tak ingat di mana dan kawin anak siapa @ Malaysia.
Gambar 6: Kahwin anak rakan setaman perumahan @ Lavender Heights.
Gambar 7: Macam budak-budak @ IPD, Bahau.
Gambar 8: Dengan bapa pengantin yang pernah sama-sama bekerja di INTAN, Bukit Kiara. Bertemu dan berhubung semula melalui fesbuk
@ Shah Alam.
@ Shah Alam.
Gambar 10: Pengantin perempuannya adalah rakan fesbuk saya yang belum pernah bertemu sebelum ini @ Melekek, Melaka.
Gambar 11: Merakamkan gambar sendirian selepas makan kenduri kahwin anak jiran semasa saya duduk di Selayang @ DBP, KL
Gambar 12: Bersama pasangan pengantin, ibu bapa pengantin dan juga sahabat semasa tinggal di Putrajaya @ Wetland, Dengkil.
Gambar 13: Bersama bapa pengantin. Semasa bujang saya pernah duduk menyewa bilik bersama dengan insan yang sangat baik ini di Bangsar @ Putrajaya.
Gambar 14: Perkahwinan anak rakan setaman @ Spanish Villa, Senawang.
Gambar 15: Kenduri kahwin anak sepupu saya @ Menara KL.
Gambar 16: Kenduri kawin anak blogger tersohor Yunus Badawi @ Datuk Keramat, KL.
Gambar 17: Kenduri kahwin anak rakan semasa belajar di UM @ Shah Alam
Gambar 18: Ada masanya saya pergi dengan anak-anak sahaja kerana Makngahnya mungkin pergi kenduri di tempat lain @ Putrajaya
Gambar 19: Kedua-dua pengantin sedang menunjukkan bakat mereka bermain cak lempong @ Serting Ilir, Negeri Sembilan
Gambar 20: Rasanya kenduri kahwin ini dibuat kat sebuah hotel @ Shah Alam.
Gambar 21: Di majlis kenduri kawin anak jiran se taman @ Lavender Heights.
Gambar 22: Dengan bapa pengantin yang juga kenalan semasa berkursus dan bekerja @ USJ.
Gambar 23: Di majlis perkahwinan anak rakan sekerja dan kenalan lama @ Bangi Golf Resort.
Gambar 24: Kenduri kawin anak rakan sekerja. Pertama kali makan nasi Arab semasa kenduri kawin @ Al-Rawsha, Kampung Pandan - KL.
Gambar 25: Bapa pengantin sebelah kiri sekali. Dia aalah rakan sekursus semasa kami belajar di UM. Kat dewan ntah apa ntah @ Gombak.
Gambar 26: Kadang-kadang saya juga dijemput menyaksikan upacara akad nikah @ Lavender Heights
Gambar 27: Kawin anak saudara Makngahnya. Yang ini saya ingat tarikhnya @ Manjung, Perak.
Gambar 28: Di majlis perkahwinan anak teman se universiti dan sekerja @ Hotel Singgahsana, Petaling Jaya.
Gambar 29: Di majlis perkahwinan anak kepada sepupu saya @ Gombak.
Gambar 29: Di majlis perkahwinan anak kepada sepupu saya @ Gombak.
Gambar 30: Di majlis perkahwinan pangkat cucu saya @ Tampin
Gambar 31: Sekali sekali terserempak dengan selebiriti dan saya tak lepas peluang kerana ia boleh jadi bahan entri. Bersama Mawi di majlis perkawinan adik beradik isteri dia @ IPD Bahau.
Gambar 32: Kenduri kahwin anak bekas guru saya dan kini menjadi Menteri Kabinet @ Hotel Seremban.
Gambar 33: Kenduri kahwin pegawai di tempat saya pernah bertugas. Kita pergi naik bas ramai-ramai @ Taiping.
Gambar 34: Kenduri kahwin anak rakan sekursus dan pernah menjadi rakan sekerja @ Shah Alam.
Gambar 34: Kenduri kahwin anak rakan sekursus dan pernah menjadi rakan sekerja @ Shah Alam.
Gambar 35: Kembali dari kenduri kawin anak rakan setaman @ Pusat Dakwah - Paroi.
Gambar 36: Sudah lupa di mana - tapi kalau tak silap (melihat dari siling dewan) @ Klana Resort, Seremban.
Gambar 37: Kenduri di rumah jiran setaman @ Lavender Heights, Senawang.
Gambar 38: Makngahnya (gambar curi) sedang menikmati cendol - kalau tak silap kenduri ini @ Shah Alam.
Gambar 39: Bersama ibu bapa pengantin yang pernah sama-sama tinggal di Presint 8, Putrajaya @ Bangi.
Gambar 40: Bersama dengan pereka kasut terkenal, Dato' Jimmy Choo di majlis perkahwinan di gambar 41 @ Dewan PUSPANITA, Putrajaya.
.
Gambar 41: Rombongan dari Lavender Heights, di majlis perkahwinan anak teman yang dulunya sepejabat dan kini sudah menjadi teman setaman @ Dewan PUSPANITA, Putrajaya.
Gambar 42: Bersama Ustadz Mohamad Surol yang mengajar di surau saya di majlis perkahwinan anakanda beliau @ Paroi, Seremban.
Gambar 43: Kenduri kawin anak kakak rakan fesbuk yang juga sekampung yang kakaknya pernah satu darjah dengan saya semasa bersekolah rendah @ Serting Ilir, Negeri Sembilan.
Gambar 44: Kembali dari menghadiri majlis kenduri kawin anak jiran setaman @ Seremban 2.
Gambar 45: Majlis perkahwinan anak rakan setaman @ Kelana Resort, Seremban.
Gambar 46: Berjumpa rakan semasa di Universiti di rumah kenduri kahwin anak saudara saya. Dia sudah popular sekarang ini @ Kota, Negeri Sembilan.
Gambar 48: Bersama bapa pengantin yang merupakan orang kampung saya yang sudah menetap di Gombak pada 29/9/2013.( Selepas kenduri di sini, saya pergi ke kenduri di Gambar 49) @ Gombak, Selangor.
Gambar 49: Bersama ibu bapa pengantin yang merupakan kenalan lama. (Gambar ini ada frame sebab gambar terbaru iaitu pada 29/9/2013) @ Taman Melawati
Gambar 50: Kita pun teringin juga nak bersanding semula @ Alor Star.
Gambar 46: Berjumpa rakan semasa di Universiti di rumah kenduri kahwin anak saudara saya. Dia sudah popular sekarang ini @ Kota, Negeri Sembilan.
Gambar 47: Berjumpa sahabat lama semasa duduk di Selayang di kenduri kahwin pada 28/9/2013
@ Taman Tasik Jaya SenawangGambar 48: Bersama bapa pengantin yang merupakan orang kampung saya yang sudah menetap di Gombak pada 29/9/2013.( Selepas kenduri di sini, saya pergi ke kenduri di Gambar 49) @ Gombak, Selangor.
Gambar 49: Bersama ibu bapa pengantin yang merupakan kenalan lama. (Gambar ini ada frame sebab gambar terbaru iaitu pada 29/9/2013) @ Taman Melawati
Gambar 50: Kita pun teringin juga nak bersanding
Saya gembira kerana dapat menghadiri kebanyakan jemputan dan sangat berdukacita kalau tidak dapat menghadirinya. Saya sendiri sudah 3 kali membuat kenduri menerima menantu dan dapat merasakan betapa gembira dan bahagianya kalau rakan yang diundang dapat menghadirkan diri.
ReplyDeleteGambar 25: Kat dewan ntah apa ntah @ Gombak. - Rasanya Dewan Beringin kot...:)
betul sangat .. Dewan Beringin yang terletak di sebelah kiri jalan sebelum pendakian, Jalan tu boleh tembus ke Kampung Laksamana.
DeleteBANYAK SUNGGUH GAMBAUNYA.. KALAU DICUCI LAGI MEMBAWA KESAN MENDALAM..
ReplyDeleteSeronok saya tengok gambar-gambar Pakngah ni, saya sendiri tak banyak hadir majlis kahwin.
ReplyDeletesebenarnya ada banyak lagi gambar tapi entah simpan kat mana ..
Deletedh macam rutin pulak hadir kenduri ye pak ngah ye...
ReplyDeletetp meriah je tengok suasana kenduri tu
:)
memang pakngah tak suka menghampakan permintaan orang .. seboleh-bolehnya akan pergi juga.
Deletebanyaknya majlis kawen pak ngah attend yer..saya tahun ni baru dua kali tak silap :p
ReplyDeletebiasalah bila dah tua ni .. ramai kenalan. harap-harap panjang umur, dapatlah menghadiri kenduri kawin cucu mereka pulak.
DeleteBetul tu bang. Semakin usia meningkat semakin banyak jemputan kahwin yg kita terima. Bagi orang yang rajin bergaul dgn orangramai macam abg ni, lagilah banyak jemputan.
DeleteBerkawan biar beribu ...
gambar 50 tu kemain #sajak..btol2 mencabar pengantin..heheheh
ReplyDeletegambar itu adalah atas kehendak jurugambar dan desakan kedua pengantin .. dan kami pun teringin. hehe.
Deletebanyaknya gambar... tak terkumpul aye.... selalunya pergi kenduri kahwin... dah makan salam tuan rumah tengok pelamin lebih kuran... balik jer
ReplyDeletesejak ada henfon berkamera ni kerja mengambil gambar ini sangat mudah .. dan transfer ke komputer melalui 'dropbox' .. cuma kengkadang lupo je. hehe.
Deletebyknya smpi 50 gmbr ....tape nanti time sy kawen jemput dtg la yer...bole cukupkan smpi 100 gambar plak...eheheh
ReplyDeletekalau nak ikut mungkin sudah ada 100 gambar tapi tak tahu terselit kat mana ..
Deletebila nak kawin tu ?
Salam Pakcik! Suka tgk gambar ni pakcik. Sbnrnya, suke tatap gambar pakcik yg cool ni. Heheheheh.....
ReplyDeletesalam kembali. sekarang dah cool .. masa muda-muda dulu - hot. hehe
DeleteAssalamualaikum bang.
ReplyDeleteMemang saya tak mengenali hampir kesemua orang yg di dalam gambar abg tu kecualilah Abg sendiri, Makngah, Mawi, Datuk Jimmy Choo dan rakan abg yg satu universiti di gambar No 46 tu..... hehehe
Oh ya. Blogger yang abg kata tersohor dalam Gambar no 16 tu saya rasa taklah tersohor manapun ...... ngeeeee
alaikumsalam.
Deletepenilaian tersohor itu abang buat berdasarkan kritirea yang abang buat sendiri .. hehe.
Gamba 7 ( yg macam budak2 tu) mmg best!
ReplyDeleteSaya perasan, ada kala nya uncle bersongkok, ada kalanya tidak. Adakah ikut suka suka aja uncle mengenakan songkok, atau ikut priority majlis itu? :)
selalunya (bukan semestinya) kalau kenduri kawin tu dibuat kat hotel waktu malam, uncle akan mengenakan songkok. Pada masa-masa lain tu, ikut teringat je. hehe.
Delete