Sunday, October 27, 2013

PINGGAN CENDERAMATA.

Dulu saya pernah buat entri tentang cenderahati-cenderahati dan barang-barang lain yang telah saya kumpul selama ini. Kali ini saya nak kongsi sebahagian lagi dan kali ini khusus mengenai pinggan pulak. 

 

Tak tahu mana Makngah beli pemegang pinggan tu. Sayangnya dia beli satu sahaja. Dia pulak dah lupa kat mana dia beli. Ada sesiapa tahu kat mana ada jual ? 

Berikut adalah gambar-gambar pinggan cenderamata (ke cenderhati ?) secara individu pulak.

 

Ini pun dah cacat, terbelah dua. Tapi nasib baik tidak berkecai, boleh juga digam semula. Kalau perhati betul-betul akan nampak tempat yang kena gam itu. Mana nak sama yang asal dengan yang dah kena gam kan ?
.

Pinggan yang di atas ini kawan saya yang beri. Pinggan yang lain-lain seperti di bawah semuanya saya beli semasa berada di tempat yang namanya tertulis di atas pinggan itu.


Yang ini saya beli di taman tema Sea World di Los Angeles.

 

Yang ini saya beli kat bandaraya Chicago yang menampilkan dua mercu tanda bangunan tertinggi di bandaraya ini.


 Yang ini saya beli kat Washington D.C.

Yang ini saya beli kat Kanada. Tapi tak ingat nama bandarnya.


Pinggan yang ini tidak tertulis nama tempatnya. Saya beli kat London.


Tak tahulah apa akan terjadi kepada cenderamata2 tersebut selepas saya tidak ada lagi di dunia ini. Malas nak fikir dan tak perlu fikir.

 

17 comments:

  1. Alamak lupa lak nama kedai.yang ingatnya kedai yang ada jual banyak pinggan cawan..cenderahati la..sampaikan alas meja kerusi meja almari pun ada gambar bunga ros pun ada gambar bunga ros tu..
    Banyak jual pemegang pinggan tu.
    Cubo tanyo mak ngah kot dio boleh ingat..kalau kek nilai 3..banyak kodai tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba ingat2kan balik .. makngahnya kompom sudah lupa .. Nilai 3 jauh sangat.

      Delete
  2. Cuba uncle cari pemegang pinggan tu di Nilai 3, Insya Allah ada :)

    Saya suka kumpul fridge magnet, selain ianya tak mudah pecah & mudah dijaga, ianya juga selalunya lebih murah berbanding pinggan! haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. uncle punya FM dok asyik jatuh sahaja sebab besi beraninya dah penakut sekarang .. malas nak kumpul dah.

      Delete
  3. Salam PakNgah,

    Romantika nama kedai, di situ banyak besi pemegang pinggan, tapi sayang dinding berdrill/berpaku utk gantung gambar.

    Dah tak ada didunia, pandai2lah yang hidup nak buat apa dengan barang2 pusaka.


    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kembali.

      kat mana kedai Romantika tu ?

      kalau nak cantik, keranalah ada pengorbanan.

      Delete
  4. Cantik pnggan2 tu..Saya pernah juga beli pemegang pinggan dulu tapi yg biasa2 saja(tak secantik yg makngah punya) Tak silap saya, saya beli kat kedai home deco KK.sebelah tesco Ampang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. umang ai jauhnya .. saya nak beli kalau ada area seremban atau senawang je .. tapi mungkin juga saya minta anak saya yang duduk ampang tolong tengok-tengokkan. tqvm.

      Delete
  5. Romantika boto2 kek simpang 4 matahari heights

    ReplyDelete
  6. A well travelled person macam Pakngah memang sesuai sangat hobi kumpul pinggan ni, buat kenangan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekarang ni dah malas nak travel jauh2 .. dah tak larat .. maka tiada lagilah kegiatan mengumpul .. tengok je lah apa yang ada.

      Delete
  7. Lain pinggan lain lauk nya kan? Berani ker boh lauk Tempoyak dalam pinggan tu Pakngah?

    Saya macam DDZ tu, collect FM jer laaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. pinggan tu pinggan hiasan .. bukan untuk letak makanan .. nanti kena komplen dek persatuan pengguna. hehe.

      Delete
  8. seronok tengok koleksi pinggan bagai-bagai negara ni...

    betul orang cakap, tak sia-sia merantau kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pernah dengar pulak orang cakap sia-sia merantau ..

      Delete
  9. Nnt koleksi pinggan tu ayong nk buat makan nasi dgn ayam kicap...hehehehe

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.