Monday, October 7, 2013

BANYAK UDANG BANYAK GARAM.



 Gambar hiasan hasil carian Google.

Banyak udang banyak garam. Banyak orang banyak ragam. Setiap orang ada situasi atau kondisi yang membolehkan mereka bekerja dengan kreatif, produktif dan efisyen. Mungkin secara kasar saya boleh bahagikannya kepada 4 kumpulan seperti berikut:

1. Boleh bekerja di bawah tekanan.

Orang jenis ini kadang-kadang semasa relaks, mereka tidak begitu kreatif dan produktif. Bila keadaan memaksa dan masa semakin suntuk, barulah otak dia ligat dan boleh membuat keputusan dengan pantas. Orang jenis ini diperlukan di dalam suasana dharurat atau kecemasan. Kalau di pejabat, kadang-kadang orang jenis ini selalu menjadi mangsa sebab boss akan pilih dia buat tugasan 'last minute' dan boss boleh tidur nyenyak selepas itu.

2. Tak boleh bekerja di bawah tekanan.

Orang jenis ini akan kelamkabut kalau bekerja semasa tertekan. Misalnya kalau boss suruh dia sediakan ucapan menteri dalam masa setengah jam. Kalau kena orang jenis ni, entah-entah apa yang ditulisnya nanti.  Lebih teruk lagi, otak dia terus jem dan langsung tak berupaya nak tulis apa-apa.

3.  Boleh bekerja di bawah tekanan mahu pun semasa aman.

Orang jenis ini paling bagus. Dia boleh bekerja dalam semua keadaan. Selalunya orang begini menjadi kesukaan boss dan peluang dia untuk meningkat dalam kerjaya adalah sangat cerah.

4. Tak boleh bekerja samada tertekan atau pun tidak.

Orang jenis ini memang tak guna seduit pun tapi nasib baik bilangan mereka dalam mana-mana organisasi hanya segelintir sahaja. Kadang-kadang mereka boleh hidup (survive) dalam perkhidmatan hanya kerana kepandaian dia membodek dan mengampu. Hendak-hendak pulak dapat boss yang suka diampu 'ibarat bajak makan diangkat'.

Sepanjang perkhidmatan saya dengan kerajaan, saya pernah berdepan dan hidup dengan keempat-empat jenis manusia tersebut. Akan diri saya pulak, saya kadang-kadang lebih suka berada dalam situasi 1. Contohnya bila dah dekat nak periksa baru saya pulun mengulangkaji dan masa tu apa yang dibaca semuanya masuk dan masalahnya kadang-kadang dia tak mahu keluar bila nak jawab soalan.

Anda pula bagaimana agaknya ?


20 comments:

  1. Kategori ke 4 tu...mmg payah. APTB ----> Apa Pun Tak Boleh. Penyudahnya boleh blah! Heheheh.

    Saya lebih suka nampak cool dan relax. Yang penting bila due date...semua report up to date. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya memang perangai hodoh .. suka last minute .. tak fasal2 menyesakan dada sendiri. hehe.

      Delete
  2. impian saya tahun depan nak jadi macam no.3...

    tp buat masa ni saya stay nombor 1...

    huhuhu.

    ReplyDelete
  3. KADANG-KADANG SAYA NI BOLEH SERAP TEKANAN., TETAPI APABILA ORANG ATAS YANG TAK BOLEH SERAP TEKANAN, LEPAS TU BUAT KELAM KABUT, DIA PUN SURUH KITA BUAT ITU, BUAT NI, LAST-LASTI KITA PULAK KELAM KABUT..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu lumrah ditemui .. tapi bukanlah semua boss macam itu .. ada juga yang sebaliknya.

      Delete
  4. 1 & 3 bertukar ganti.. depend on mood.. blh?

    ReplyDelete
  5. Saya boleh dikategorikan berada di nombor tiga sebab dah biasa kena kejar bila ada drawing nak isue bukan satu tp bila dah ratus2 nak keluar tertekan pun saya tetap rilkes ja sampai kerja siap...tp mulut saya tetap membebel!

    ReplyDelete
  6. Pak ngah, masa kerja dengan kontraktor dulu saya dok dlm kumpulan 1.. tapi bila masuk bidang perguruan ni.. mmg dah tak boleh maintain dalam kumpulan 1.. boleh terbawa balik tekanan ke rumah.. tak sanggup..~!

    ReplyDelete
    Replies
    1. bahaya tu .. boleh tak tinggalkan tekanan tu kat pintu pagar rumah ?

      Delete
  7. saya surirumah hehe...jgn ada yg datang rumah,ajar saya itu ini...begitu begini..:)

    ReplyDelete
  8. hehe sy jenis 1 time buat asg..awal2 ni takde idea langsung.otak kosong..tengok nanti dah tinggal 1-2 hari nak submit baru la idea mencurah2 di ladang gandum..agaknya bila stress baru otak bekerja kot hehe

    untuk kerja pejabat, rasanya kategori 3..tapi keja gomen biasalah mana bleh promote sesuka hati.priority based on seniority:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita dalam satu kumpulan ..

      bukan kah kerja kerajaan sekarang naik pangkat berdasarkan merit ?

      Delete
  9. banyak jenis manusia hidup di dunia ini, namun itu perlu supaya kita bisa menyesuaikan diri dengan segala macam orang

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul lah saya kata banyak udang banyak garam ..

      Delete
  10. mcm2 ragam ye
    sy pun xleh keje bawah tekanan
    nnti muka takde senyum ;(

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus juga sekali ada tekanan .. boleh eksesais jantung. hehe

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.