Wednesday, April 23, 2014

WW # 106: SEPAGI DI NAT KOPERASI KAUM IBU PADANG LATI.







 







.

Saturday, April 19, 2014

TIBA-TIBA DIA SUDAH MENYERANG TEMPAT PALING SENSITIF DI TUBUH SAYA.


Saya sudah jadi orang kampung pada masa ini di rumah mertua saya kat Perlis. Bagi yang tidak tahu hujung pangkalnya, bolehlah rujuk kat entri ini kejap.

Beberapa hari lalu, saya menebang pokok kari yang sudah terlalu banyak pokok dedalu melekat di dahannya hinggakan bilangannya sudah menjadi majoriti. Sang kerengga pula turut tumpang membuat sarang dan menjadikan pokok ini tanah airnya.

 

Gambar 1: Pokok kari yang telah berjaya ditumbangkan. Kelihatan daun dedalu lebih banyak dari daun kari.



Gambar 2: Sarang kerengga terpaksa dibakar kerana ia telah dijadikan pengkalan untuk menyerang saya bertubi-tubi tanpa belas kasihan. Peliknya dia pandai pula mencari tempat yang sensitif untuk diserang hingga menyebabkan saya mengelinjang kesakitan.



Gambar 3: Tapi saya kagum dengan keberanian dia. Walaupun dia hanya bersenjatakan kaki dan giginya sahaja, namun dia tetap menyerang dan mempertahankan rumah tangga dan anak-anak serta telurnya hingga meninggal dunia tanpa sedikit pun mengenal rasa takut.


Gambar 4: Inilah adalah sebahagian dari senjata saya yang tidak langsung ditakuti oleh kerengga-kerangga itu.


Moral cerita:

1. Kalau kita menumpang di rumah orang, jangan buat macam rumah sendiri.

2.  Pertahankan tanah air, harta benda dan keluarga kita walaupun sampai ke titisan darah yang terakhir (dengan syarat kita bukan PATI)



Nota tambahan.

Anak bongsu saya, Haiqal sudah mula dapat menyesuaikan diri dengan sekolahnya. Cuma yang dia bermasalah sikit adalah untuk bercakap dalam loghat orang sini. Saya sungguh gembira bila melihat dia dan kakaknya berkejar-kejar ke kereta saya kerana ingin berdahulu-dahuluan untuk duduk di hadapan. Sebaik menutup pintu, masing-masing berebut-rebut nak bercerita mengadu apa berlaku kat sekolah.



Saya tidak nampak Haiqal tidak gembira tinggal di sini. Gambar dalam kereta semasa balik dari sekolah.

Saturday, April 12, 2014

SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN KAKNGAH DAN MAKNGAH.

Anak kedua saya (Kak Ngah) lahir pada 12/4 dan isteri saya pula lahir pada 13/4. Tetapi saya menganggap mereka lahir pada hari yang sama. Saya telah menjelaskan kenapa saya kata begitu dalam entri  ini.

Apa yang saya nak ceritakan di sini ialah tentang usaha jurugambar bebas, yang hasil kerjanya susah atau tak sampai hati nak ditolak kerana ia cukup menarik dan berkualiti serta kreatif. Kalau tak beli pun, tak jadi apa-apa. Mereka tak marah, tapi hati saya segera berkenan bila ditunjukkan dan terus membelinya. Saya tidak tahu bila dia mengambil gambar tersebut. Harganya pulak saya dah lupa. Tapi tak adalah mahal sangat rasanya.

Jemput lihat 3 keping gambar di bawah sebagai contohnya.



                                            Gambar 1:  Photo Birth Certificate.
 

Gambar 2:  Termasuk juga sarung khas untuk dihantar kepada Tok, Wan, Makcik dan Pakcik. Gamnya dah tersedia. Tulis nama dan alamat, bubuh stem dan poskan. Mudahkan ?


Gambar 3: Untuk dibingkaikan - gantung atau letak atas meja.

Selamat ulangtahun kelahiran Kak Ngah dan Mak Ngahnya (walaupun cepat sehari untuk Makngahnya) dengan ucapan yang sama seperti dalam entri ini.


.

Saturday, April 5, 2014

SONYUM SOKOJAP 68: BELA ANAK BINATANG APAKAH YANG PALING LECEH ?

"Emmm..emmmm...bela anak ulat gonggok kot! sebab..sebab..errr.kaki dia banyak,kalo nak gi jenjalan kena beli kasut banyak..kan ker dah rugiiiii...

pastu..pastuuuukan..kalo dia nak gi sekolah,kompom kena tinggal bas,sbb lambat nak pakai kasut.. dah pakai kasut tu nak naik bas pun lambat..sebab..sebab..panjat tangga bas satu -satu...lepas tu kan..kalo sampai kat sekolah ada asembly kan..hahahhaaa...dia kena beratur paling bakang sekali sbb panjang sangat..pastu kan..pastu..emm...ak Ngah tambah lagi ... Bukan saja kasut dia kena beli banyak, stoking pun sama. Nak basuh pulak, lagi leceh. Tak cukup satu mesin basuh. Nak jemur satu hal lagi, sampai masuk rumah orang sebelah.

Bila jam nak potong kuku kaki dia, lagi seksa! Lepas tu kalau dia komplen kaki terseliuh, jenuh nak cari kaki mana ... Kalau semuanya sakit ... nak urut dua hari baru selesai. Habis minyak gamat 5 botol. Lepas tu tukang urut pula kena urut.

Satu lagi yang paling leceh. Dia tak boleh kena marah. Sikit-sikit merajuk, sikit-sikit merajuk. Bila merajuk ... terus bergulung. Pasti tak dengar. Punyalah leceh nak pujuk dia." 




 Jawapan di atas saya jumpa kat internet. Kelakar tak ?



 Kalau ada yang belum kenal ulat gonggok, inilah rupanya.


Tuesday, April 1, 2014

CERITA SEMINGGU DI PERLIS.

Hari ini genap seminggu saya tinggal di negeri Perlis. Banyak perkara yang kena belajar dan adjust. 

Pertama - cuaca hangat yang amat. Airkon 16 darjah 'full blast' pun tak rasa apa. Petang semalam ada hujan renyai sikit dan cuaca ada sejuk sikit.

Kedua- kena belajar untuk faham loghat orang sini.

Ketiga - mencari tempat yang sesuai untuk membeli barang keperluan rumah , servis kereta, gunting rambut dsb.

Berikut adalah beberapa keping gambar dengan sedikit cerita di bawahnya. Sesetengah gambar itu sudah tersiar dalam fesbuk saya.


Gambar 1: Nasi lemak ni berharga 30 sen sebungkus. Kata taukeh, harganya baru naik seminggu lalu dari 20 sen.


Gambar 2:  Rupanya Perlis ada gula sendiri.  Bertapis pulak tu ..


Gambar 3: Hari ke dua (Rabu) saya ke nat (pekan sehari) di Beseri. Banyak barang-barang yang eksotik yang tidak jumpa kat Seremban ada dijual di sini. Antaranya pekasam, kuih tepung bungkus dan pulut dakap.


Gambar 4: Ada sesiapa yang tak faham maksudnya ? Nombor telefon Pak Itam saya gelapkan sebahagiannya untuk mengelakan dia diserbu oleh pembeli.


Gambar 5: Hari Ahad, saya pergi memancing di Kuala Perlis dengan kawan yang berasal dari Perlis tapi duduk di Putrajaya yang pulang sekejap ke Perlis.



Gambar 6: Nampak tak budak yang naik motor tu sambil berdiri. Sebenarnya mereka memandang ke laut untuk memerhati belangkas dari atas motor. Cekap betul mata mereka mengalahkan burung helang ..


Gambar 7: Saya makan bihun sup dengan abc di restoran dalam setting yang asli dalam hutan nipah.


Gambar 8: Sudah seminggu saya tidak dapat memeluk cucu-cucu saya ...

Walaupun hati sayu bila terkenang dan terbayang  keletah dua orang cucu saya dan juga keadaan rumah dan tanaman yang ditinggalkan, namun perasaan itu semua menjadi kecil berbanding kegembiraan dapat kembali tinggal sebumbung dengan Makngahnya dan anak-anak yang masih bersekolah.