Monday, August 11, 2014

HURUF APA YANG ORANG PERLIS SELALU DOK SEBUT ?




Setelah lebih 4 bulan saya tinggal di Perlis, saya dapati satu huruf yang paling kerap digunakan oleh orang Perlis ialah huruf 'p'

Contoh perbualan dua orang sahabat selepas sembahyang Zohor di surau ..

"Hang p dah rumah Karim ?"

"Dah .. aku p sebelum Zohor tadi lagi. Hang p dah ?"

"Aku tak p lagi .. cadang nak p lah ni. Jom p sekali lagi .."

"Uish ..takkan aku nak p dua kali pulak .."

"Hahaha .. aku melawak je .. aku nak p dah ni"

"P jangan tak p. Aku rasa geng kita pun ramai yang p lepas Zohor ada kat sana la ni .."

"o.k  .. aku p dulu naa !"


19 comments:

  1. Hihi... kakak ingatkan P yg tampal di kereta macam anak kakak yg baru dapat lesen:)

    Selamat Hari Raya dari kakak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saja je nak bagi gempaq .. hehe.

      Selamat hari raya juga dari saya. Terima kasih kerana sudi singgah.

      Delete
  2. Hang kata hang terra, P la... :)

    ReplyDelete
  3. sayup ja dengaq pasal p sana mai sini...... dah nk p tu, p ja la.. do kalut tang ni lagi buat apa kannnnnnn...
    hehhehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha . Saya kalah. Belum pas lagi cakap Peghelih .. masih taraf p lagi.

      Delete
  4. Replies
    1. Itulah lambat sangat .. p q kat belakang.

      Delete
  5. hahahaha..

    Ada 2 huruf pulak yg famous digunakan di Negeri Sembilan tau uncle:

    - RembAU
    -MambAU
    - ChengkAU

    sila sambung list ini

    ReplyDelete
  6. PakNgah p beraya mana raya aritu? Perlih ni kecik ja, p mai p mai tang tu jugak... heheh ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Paling jauh Pak Ngah p kat Alor Star .. rumah besan.

      Delete
  7. hahahah pak ngah dah pandai ka jadi org Peghelih?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belajar kerana keadaan yg mendorong utk memudahkan berkomunikasi dgn org tmptn.

      Delete
  8. saya suka idea org2 lama yg bijak2. kata2nya lembut tapi maknanya dalam. selalu jd silent reader tp bila baca dlm senyum saja ada sengih....hahaha, uncle teruskan menulis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib baik awak cakap camtu .. kalau tidak saya dah nak berhenti menulis.

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.