Sunday, August 17, 2014

AKTIVITI ORANG PENCEN DI KAMPUNG MERTUANYA.

Saya  memenuhi masa lapang saya dengan bercucuk tanam dan memelihara ikan. Saya mengaku tidak ada asas ilmu pertanian. Semuanya main cuba-cuba berdasarkan komensen. Alhamdulillah hasilnya adalah sangat memberangsangkan. Di samping itu badan pun bertambah sihat dan sayur-sayuran segar petik sendiri dan yang lebih seronoknya dapat pula memberi jiran keliling-kelalang sayuran hasil tanaman sendiri kerana tak habis makan.

Ada cerita lanjut di bawah setiap gambar di bawah ini. Sudikan baca. Kalau tidak, penat sahaja saya ambil gambar, muatnaik dan buat cerita tentangnya.


Gambar 1:  Ini anak pokok rebung madu .. ke anak buluh madu ? Baru seminggu saya tanam. Insyaallah 2-3 bulan lagi kata tuan yang menjual benihnya sudah boleh dipungut hasilnya. Selama ini saya beli atau orang beri sahaja. Rebung ini berbeza dengan rebung di Negeri Sembilan dan saya sudah mula gemar memakannya. Nak tengok rupa gulai rebung madu, silalah baca sampai habis entri ini.


Gambar 2: Ini pokok dan buah Bendi. Saya cuma tanam 10 pokok sahaja. Tapi ia tak berhenti berbuah sampai tak larat nak makan. Hari-hari saya petik kerana dia cepat membesar. Kalau lambat dia jadi tua dah tak laku sedap makan.



Gambar 3: Saya beli benih anak ikan tilapia ni dengan harga cuma 10 sen seekor. Mereka pun cepat besar dan kuat makan. Sungguh seronok tengok dia orang makan. Pijak je tebing kolam, mereka dah bersedia untuk menerima habuan. Buat masa ini ikan-ikan tersebut masih belum boleh dibuat lauk kerana masih belum akil baligh. Rasa tenteram di jiwa bila melihat depa berenang-renang. Macam satu terapi pulak.


Gambar 4: Terung telunjuk. Benihnya saya bawa dari Seremban. Yang ini kalau berbuah pasti tak habis makan. Semasa saya di Seremban saya ada tanam di belakang rumah sebanyak 3 pokok sahaja. Kadang-kadang adik saya dari kampung pun bila datang ke rumah saya ambil bawa balik.


Gambar 5: Buah harum manis sebiji ni sesat agaknya sebab sekarang bukan musimnya. Jiran saya pun hairan macaman dia boleh berbuah sebab baru sahaja di tanam. Tapi itu adalah kuasa dan kehendak Allah yang boleh buat apa sahaja yang tidak terfikir oleh kita.


Gambar 6: Saya juga ada menanam betik/papaya lebih kurang 50 pokok. Kelihtan kebun saya agak semak sikit sebab bulan puasa dulu saya bercuti kejap dari meracun dan mencangkul.

  
Gambar 7. Ini salah sebatang pokok harum manis yang saya tanam. Ada pun tujuan saya tunjuk gambar ini ialah betapa cepatnya dia membesar. Setiap kali tunas baru keluar, panjangnya melebihi satu kaki. Sekarang ada yang sudah lebih tinggi dari saya dan saya tidaklah tergolong dalam orang yang rendah.


Gambar 8: Pokok petola (kotolo kata orang N9) juga cukup rajin berbuah. Saya cuma tanam 3 pokok sahaja. Semua jiran sudah merasa bahkan besan saya kat Gopeng pun sudah saya kirimka melalui anak saya. 


Gambar 9: Turut saya tanam ialah beberapa batang pokok pisang berangan. Mulai sekarang saya dah mula berangan-angan nak buat apa dengan buah pisang itu nanti.

Entri mengenai aktiviti orang pencen sebelum ini ada di sini dan di sini. Kok nak nengoklah .. hehe.

Berikut adalah gambar rebung madu yang telah siap dimasak dengan daging:


Gambar hiasan hasil carian Google.


36 comments:

  1. Boleh masuk geng blog bertani dah ni. Bravo Pak Ngah!!!!

    ReplyDelete
  2. Memang rasi boto jadi petani moden.sumo e menjadi..rebung camtu tu pun se goma..dah biaso makan dari tahun 80 an laie.jiran maso dok tg.karang tu orang perlis.dio la yang rajin bawak an kok balik kg..siap masak an laie..tinggal makan yo..sekarang ni omak kawan tu tanam maman ngan rebung madu..buek jual

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya dah mula gemar makan rebung sini sebab kualitinya terjaga. Rebung yg beli kat Seremban kengkadang dah keras .. dekat nak jadi buluh.

      Delete
  3. Diusia begini masih boleh berkebun kira orait lagi la pinggang tu!

    ReplyDelete
  4. Kagum sy..bila tgn yg biasa pegang pen dan gadget menjadi juga bila pegang cangkul. Ada satu lagi yg patut diusahakan Tn Hj...kolam menternak udang :)
    Lg satu...dah boleh buka gerai sayur2an mcm kat Paroi-Kuala Pilah tu...kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menternak udang bukanya mudah dan perlukan perhatian sepenuh masa. Saya tak sanggup.

      Delete
  5. Wa bestnya dapat tuai hasil sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syukur kepadaNya .. ini semua anugerahNya.

      Delete
  6. Tera la PakNgah berkebun, baguih sungguh PakNgah ni :D

    Pokok Harumanis tu nanti bila dia besar sikit, PakNgah kena selalu prune dan trim cabang2nya, baru dia akan elok, insyaAllah setiap tahun akan berbuah dengan lebat bila tiba musimnya dan jika cuaca cukup cun mcm tahun ni punya musim Harumanis. Tahun ni cuaca memang cun extra sikit utk Harumanis, sebab tu agaknya ada jugak buah sesat di luar musim tu. PakNgah kena cepat2 balut dengan sarung suratkhabaq buah tu sebelum kena serang dengan serangga buah ;)

    Saya pun suka tanam2 jugak bila ada masa lapang, kat rumah ada pokok avocado dan kopi, dah tinggi nak sama dengan saya hehee ;3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takat ni cuma potong pucuk baru nak bagi dia bercabang dan tak mahu tinggi sgt.
      Buah yg sebutir tu baru balut kejap tadi spt disyorkan. Tapi tak dpt nak tengok dia membesar.

      Delete
  7. Tanah besar, bolehlah bertani.. Untung le..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Besar kecik bukan soalnya .. ada juga orang tanahnya kecik, tak buat apa pun.

      Delete
  8. saya suka tengok kebun pak ngah... semoga terus banyak hasilnya nanti... kebiasaannya hasil kebun kalau dikongsi makin menjadi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah saya akan terus berkongsi kerana ia memberikan satu kepuasan.

      Delete
  9. Berbudi pada tanah hasilnya boleh buat tersenyum puas, boleh buat tambah pahala bila jiran2 dapat merasa. Seronok duduk kampung kan Pak Ngah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg seronok .. tapi cucu duduk jauh timbul tak seronoknya.

      Delete
  10. pakngah, saya sangat kagum.. pakngah sangat merendah diri...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Meninggi diri buat apa .. saya orang kg bukan golongan aristokrat.

      Delete
  11. Pakngah, saya rasa sangat kagum. Punyalah best dapat bercucuk tanam. Nak apa-apa semua boleh petik sendiri hehehe. Pakngah, sama macam ayah mertua saya. Lepas pencen, dia banyak bercucuk tanam, bela ayam dan itik, tanam pisang, memancing. Setiap kali saya balik, ada saja buah tangan untuk dikirimkan kepada keluarga saya di Perak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampaknya pak ngah mmg mcm ayah mentua awak.. cumanya pak ngah tak bela ayam itik je.

      Delete
  12. sejuk tangan yg menanamnya . semua menjadi. kalau duduk dekat boleh pergi mengendeng

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dipersilakan mengendeng sementara masih ada.

      Delete
  13. Sdr al-Lavendari,

    Tuan dah menetap di Perlis kah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak adalah rancangan nak menetap .. cuma berpindah sementara shj.

      Delete
  14. Subhanallah Uncle, cantiknya kebun... sukanya saya tengok. InsyaAllah akan terus sihat dan menulis. Kalau tak komenpun saya akan baca. Moga Uncle terus sihat dan bahagian menjalani hidup dar seorang pegawai tinggi kini jadi petani moden. Tahniah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya bertani hanya memenuhi masa lapang untuk manfaatkan tanah yang ada.

      Delete
  15. Tahniah tuan haji... seronoknya bercucuk tanam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih .. mmg betul setonok bila melihat hasilnya.

      Delete
  16. Yang pastinya... saya sangat sangat jeles Pak Ngah. Ini membuatkan semangat saya berkobar2 ... kih kih kih... seronokkan bila tanam ... menjadi pula ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sangat seronok bila melihat hasilnya .. awak boleh mula tanam dlm pasu dulu.

      Delete
  17. Kebanyakan gamabr2 nya tak dapat saya tengok, bukan salah Pakngah yang mengupload, tapi internet saya yang lembap. Best kan duduk kat kampung buat kebun sendiri, ini membuatkan saya lebih bersemangat untuk kumpul duit dan balik bercucuk tanam kat kampung suatu hari nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin tenet jadi cam tu sebab jarak kita jauh sangat kot ? Pakngah asal dari keluarga petani, jadi tak ada masalah nak sesuaikan diri.

      Delete
  18. Assalamualaikum pakngah.. rasanya tak lambat lg nak ucap selamat hari raya. zimah mohon ampun maaf ye kalau ada salah silap zimah selama ni.

    Wahh.. lama dah tak jenguk blog pakngah. ni bila baca entri terbaru pakngah ni terus teringat kat arwah mak & arwah abah. amboihhh meriah sungguh hasil cucuk tanam pakngah.. dulu kat tepi rumah mak siap pagar utk tanam sayur2 n pokok buah-buahan.. Zimah rasa pakngah ni "green hand" la.. tanam apepun menjadi..macam arwah mak. itu zimah dengar org2 tua ckp la..hehehe..betul ke tak wallahu'alam.. :-)

    pakngah, tanam la ciku, jarang sangat jumpa buah ciku kat pasar2 skrg..teringin plak nak makan..dulu abah ade tanam..besar2 n manis2 buahnye.. Zimah ingat, one day zimah nak ambik cuti panjang la, nak pi perlis..rasanya tahun ni x jumpa pakngah & makngah lg since pakngah pindah sana. rindunye nak makan masakan makngah especially ikan pekasam.. jangan lupa zimah ye kalau makngah goreng ikan pekasam tu..

    oopss..sorry komen panjang2. macam dh boleh buat 1 entri plak..anyway, zimah doakan pakngah, makngah sekeluarga sihat2 hendaknya kat sana, insyaAllah, ada kelapangan dan rezeki lebih zimah pi sana menziarah. doakan zimah juga ya.. kirim salam kat makngah tau.. ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaikumsalam. Ciku ada tanam kat sini dan juga di LH.
      Hari ini kita pergi beli pekasam kat tempat prosesnya.
      Datanglah jenguk kami bila2 masa. Tapi cuti sekolah bulan 9 Pakngah balik LH kejap.
      Makngahnya dah baca komen Zimah ni.

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.