Tuesday, February 3, 2015

BAHASA MELAYU TIDAK PELIK TAPI UNIK # 5 - BETUL KE BENAR ?




Kadang-kadang ada perkataan yang selama ini kita rasa sama sahaja maksudnya dengan perkataan lain. Contohnya perkataan betul dan benar

Memang betul pada kebanyakan masa maksudnya adalah sama tetapi maknanya jadi berlainan bahkan boleh menjadi bertentangan kalau  dibuat penambahan di awal dan di hujung perkataan tersebut. Mari saya berikan contoh.


1. Sama


1.1 Dia bercakap betul.

1.2 Dia bercakap benar.


2. Berlainan.


2.1 Dia telah mendapat kebenaran untuk memancing di kawasan larangan itu. 

2.2 Dia telah mendapat kebetulan untuk memancing di kawasan larangan itu. (Ada ke perkataan macam ni ?)


3. Berlawanan.


3.1 Ustaz Kudin membenarkan bacaan Quran Lobai Salleh

3.2 Ustaz Kudin membetulkan bacaan Quran Lobai Salleh.



Jadi gunakanlah perkataan betul atau benar pada tempat yang betul.


6 comments:

  1. Benar tu pak ngah...kalau perkataan tak betul, maknanya lari kan?? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau bukan Melayu tersalah bolehlah kita fahami .. jadi kita elakkan dari berbuat salah.

      Delete
  2. betul tu tuan. kena gunakan dengan betul ditempat yang sepatutnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekarang ini makin lintang pukang saya tengok . terutama sejak 'bahasa' SMS digunakan.

      Delete
    2. saya pun kadang2 tak paham bahasa sms ni tuan. perkataan tu kalau boleh nak letak satu huruf je. kadang-kadang dok tanya balik ko cakap apa...

      Delete
    3. Mungkin elok diadakan daftar perkataan SMS yang seragam.

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.