Monday, March 30, 2015

MARI BELAJAR BAHASA NEGERI SEMBILAN: PELAJARAN 1.


Gambar kepala (header) grup Kelab Peminat Adat Perpatih (K-PAP). Bilangan ahli semasa adalah seramai 8,136 orang.


Tulisan berikut adalah hasil pemerhatian saya berdasarkan input dari ahli-ahli Kelab Peminat Adat Perpatih sejak ia ditubuhkan pada 3hb Jun 2013. Pemerhatian ini mungkin berfaedah kepada mereka yang ingin belajar dialek N9. Oleh kerana ia dalam bentuk tulisan, maka untuk mendapatkan sebutan yang betul, kenalah bergaul atau bertanyakan orang N9.

 
* Pemerhatian ini berdasarkan sebutan orang daerah Kuala Pilah dan Jempol. Mungkin ada sedikit perbezaan di daerah lain seperti Jelebu atau Port Dickson.


PELAJARAN 1 -  Huruf  'a'  jadi huruf 'o'.

Saya perhatikan, orang N9 akan menukarkan sebutan hampir semua huruf  'a' yang berada di hujung setiap perkataan kepada huruf  'o'. Ini yang paling mudah dan menyeluruh. Anda hanya perlu tukarkan sebutan dari bahasa baku yang ada huruf 'a' dihujungnya kepada huruf 'o'.  

Contoh:

ada > ado
baca > baco
cuba > cubo
dua > duo
gua > guo
jala > jalo
kaya > kayo
lama > lamo
mana > mano
nama > namo
paya > payo
sama > samo
tanya > tanyo

Tapi ada pengecualiannya,  jika ia bertukar makna, pelik atau lucu. Contohnya.

1. Bola tetap bola bukan bolo.
2. Nyonya tetap nyonya bukan nyonyo.
3. Nona tetap nona bukan nono.
4. Lawa tetap lawa bukan lawo.
5. Anda tetap anda bukan ando.
6. Kerbau bala tetap kerbau bala bukan kerbau balo.

Selain dari itu, nama jenama jugak tidak diubah sebutannya.
Misalnya Yamaha tak bolehlah ditukar kepada Yamaho dan Kubota tak boleh ditukar kepada Kuboto walaupun perkataan itu ada huruf 'a' di hujungnya.

Jika anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut atau mendalami dialek orang Negeri Sembilan, silalah join Kelab Peminat Adat Perapatih (K-PAP) . Terima kasih.



8 comments:

  1. Saya sedang 'berkira-kira' hendak buat catatan tentang sebutan dari 'ar' kepada 'o'. Setelah beberapa hari, masih belum dapat 'jalan cerita' lagi... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah .. ini mesti projek besar ni ! Saya teringin nak baca nanti.

      Delete
  2. Salam uncle. Harap sihat selalu bersama makngah dn anak2.

    Saya dah dkt 13 tahun kawen dgn org neg sembilan masih x reti cakap sana . Risau tersalah letak o nnt jadik lawak pulak. Ehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali. Tak pelik. Mak Ngahnya dah 35 tahun kawin dgn orang N9, masih lagi tak reti cakap.

      Delete
  3. setiap dialek bahasa ibunda ni memang unik dan menarik sekali, jika ana sangat bangga dengan loghat Perak cuma tidaklah begitu pekat seperti sesetengah daerahnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak salah berbangga dengan loghat negeri sendiri .. tapi negeri Perak banyak daerah dan antara daerah itu tak sama loghatnya kan ?

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.