Thursday, March 19, 2015

SAYA KEHILANGAN SEBATANG JARI TANGAN.

Tajuk entri saya ini mengibaratkan keadaan saya selepas kehilangan bapa mertua yang dijemput Ilahi pada 19 Februari yang lalu. Hari ini genap sebulan dia pergi. Cuba bayangkan kalau anda ada 5 jari pada sebelah tangan, tiba-tiba kini jari itu tinggal 4 sahaja. Begitulah gambaran rasa kehilangan yang saya tempuhi.

Selama ini kami berlima tinggal di rumah ini, sekarang kami tinggal berempat sahaja. Telinga saya masih lagi terngiang-ngiang bunyi batuk dan dehem dia walaupun sudah sebulan arwah meninggalkan kami.

Mak Ngahnya yang paling sedih dam kesal kerana pada malam pemergian bapanya, dia tidak tidur menemani arwah seperti malam-malam sebelumnya. Rasa kesalnya itu dapat saya rasakan kerana saya juga pernah mengalami perasaan yang serupa semasa pemergian arwah ibu saya dahulu seperti yang pernah saya ceritakan di entri ini.

Lebih 5 tahun arwah tinggal bersama kami. Sebelum ini dia tinggal di rumah saya di Seremban dan pada penghujung tahun 2013 di rumahnya sendiri di Perlis. 



Gambar 1.  Semasa di Seremban, arwah tinggal dalam salah sebuah bilik di tingkat bawah rumah ini.

Saya berpindah ke Perlis mulai 25/3/2014 munuruti jejak Mak Ngahnya yang pulang lebih awal kerana menyelia kerja ubahsuai rumah yang ada.

Selama arwah berada dengan kami, semua perancangan kami sekeluarga harus mengambil kira penjagaan arwah. Dalam tempoh arwah berada bersama kami, cuma sekali sahaja saya dan Mak Ngahnya dapat pergi bercuti bersama. Itu pun pada peringkat awal dia tinggal bersama kami semasa keadaan fizikal dia masih lagi kuat.

Bila keadaannya bertambah uzur dan perlukan penjagaan sepenuhnya, cuma saya sahaja (dengan izin Mak Ngahnya) dapat berpergian dalam tempoh yang agak lama. Tapi tak seronok pergi tanpa dia

Sehari dua selepas pemergian arwah bapa mertua saya, ramai jiran dan jemaah masjid yang bertanya bila saya akan balik ke Seremban. Kalau diizinkan Allah, saya merancang untuk kembali tinggal di rumah saya di Seremban selepas anak perempuan saya selesai mengambil peperiksaan SPM pada hujung tahun ini. Walaupun berat hati meninggalkan tempat ini kerana suasana kampungnya yang mendamaikan akan tetapi tarikan kepada cucu-cucu saya yang tinggal di Seremban dan KL, membuatkan saya mengambil keputusan kembali tinggal semula di rumah saya di Lavender Heights, Senawang.


Gambar 2: Inilah pemandangan dari belakang rumah saya di Senawang, yang membuatkan saya sering terbayang-bayang. Pemandangan gambar seperti di atas itu boleh saja digantikan dengan pemandangan di sini bahkan di sini lebih cantik lagi. Namun tarikan untuk bersama cucu-cucu tidak dapat digantikan dengan tarikan-tarikan lain.


Gambar 3: Saya bersama 3 dari 4 cucu saya baru-baru ini semasa mereka balik dihari pemergian Wan mereka. Seorang lagi cucu terpaksa ikut ayah dia balik ke kampung kerana besan saya juga sakit pada masa itu.  

Namun begitu, kita hanya mampu merancang. Apa yang sebenarnya yang akan terjadi nanti semuanya adalah ketentuan Allah belaka. Jika saya pergi dahulu sebelum sempat pulang ke Seremban, maka dibumi inilah tempat saya akan disemadikan.



24 comments:

  1. Inalilahiwainailaihirajiuun....ye lah pakngah....bila kita dok brsama org yg dikasihi..kehilangannya amat terasa....mngambil masa untuk menerima ketiadaannya

    ReplyDelete
    Replies
    1. mahu tidak mahu kita kena terima kenyataan .. hidup perlu diteruskan.

      Delete
  2. Al fatihah untuk arwah.di dalam hidup ini sentiasa ada untuk kita membuat dua pilihan. kedua-dua ada baik dan buruknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tepat sekali .. dalam hidup ini kita sering berdepan dengan pilihan .. jarang kita dapat menikmati kedua-duanya. bak kata omputih kita tidak dapat nak enjoy best of both worlds.

      Delete
  3. Al-Fatihah...Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang beriman.

    Saya sangat menghormati pendirian Mak Ngah yg sanggup menjaga ayahnya hingga akhir hayat. Juga buat Tuan, Pak Ngah yg mengizinkan, memberi sokongan fizikal dan mental kpd isteri demi ayah mentua. Tanpa berbelah bahagi segala pengorbanan Pak Ngah dan Mak Ngah ini semoga ALLAH sahaja yang mampu membalasnya.

    (Saya juga selalu berharap semoga saya mampu membahagiakan emak dan ayah saya sehingga akhir hayat mereka, beserta dgn sokongan suami. Mohon didoakan yer...)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas doa kepada arwah bapa mertua saya itu .. saya juga mendoakan semoga Nani terus dapat membahagiakan mak ayah sehingga ke hujung nyawa mereka. Insyaallah.

      Delete
  4. Salam takziah Pak Ngah, memang sungguh rasa kehilangan itu pak ngah, saya juga baru kehilangan arwah abah saya pada 17 Januari 2015,dah dua bulan arwah meninggalkan kami, pada 17 Mac yg lalu kami telah mendirikan batu nesan dipusaranya.. Kini baru saya kenal erti rindu yg amat sangat.. bila kehilangan ini. Al Fatihah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takziah atas kepergian arwah ayah Hayati .. kehilangan yang tak mungkin dapat diganti dan kekosongan yang tidak mungkin dapat diisi.

      Delete
  5. innalillah. Al Fatihah utk arwah... Damailah.

    ReplyDelete
  6. Al-Fatihah utk Allahyarham.

    Saya terharu dgn pengorbanan Mak Ngah dan suaminya utk menjaga Allahyarham di penghujung usianya. Tak semua anak (dan menantu) sanggup berbuat demikian.

    ReplyDelete
  7. Semoga Allah SWT mempermudahkan apa sahaja perancangan yang ingin Pakngah lakukan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. harap-harap segala perancangan dipermudahkan lebih-lebih lagi dipenghujung usia ini ..

      Delete
  8. Assalamu'alaikum.
    Takziah. Semoga roh ayahanda mertua tuan itu digolongkan Allah di kalangan para solihin.
    Satu perkara yang turut mengusik perasaan saya ialah hakikat ketidaktentuan tempat tinggal kita walaupun ada masanya kita sudah yakin "inilah rumah terakhirku.... tak akan pindah-pindah lagi". Kerana anak, kerana cucu, atau kerana berbagai sebab lagi, memang ada lagi kemungkinan kita terus berpindah randah, sampailah kita sendiri sudah tidak bertenaga untuk melakukannya. Semoga tuan dan famili sihat sejahtera sentiasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaikumsalam.

      Tepat sekali apa yang tuan ungkapkan itu. Saya sendiri tidak pernah terfikir akan berpindah ke sini. Rasanya inilah (semasa berpindah ke Seremban dulu) rumah terakhir kami kerana sudah penat berpindah randah semasa bertugas dahulu. Namun kita hanya boleh merancang, kerana realitinya adalah ketentuan Ilahi yang semuanya adalah terbaik belaka.

      Delete
  9. Takziah Nurul ucapkan pada Pak Ngah dan Mak Ngah.. Nurul kembali terimbau ingatkan pada perasaan kehilangan dua tahun yang lalu.. moga Pak Ngah dan khususnya Mak Ngah tabah melalui keadaan ini.. hanya dengan doa kita dapat melepaskan kerinduan pada mereka yang sudah pergi meninggalkan kita.. Al-Fatihah.

    Nurul juga doakan semoga apa yang Pak Ngah rancangkan untuk kembali ke Senawang, menghabiskan masa dengan cucu2 tu tercapai.. In shaa Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Nurul. Kami masih lagi bercakap tentang arwah kerana banyak kenangan yang boleh menimbulkan ingatan terutamanya gambar2 beliau. Terima kasih banyak atas doa agar cita-cita untuk balik ke Senawang tercapai pada hulung tahun ini. Insyaallah.

      Delete
  10. Moga roh bapa mertua uncle aman dan ditempatkan dikalangan kekasih arwah. Buat arwah ibu uncle juga...

    Lawa pemandangan dari rumah uncle. Tiap kali lalu area situ nk balik kg pasti saya teringatkan uncle dan makngah. Mmg selalu singgah petronas situ kalau nk blk kg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Stesyen Petronas itu kira-kira bertentangan dengan rumah uncle .. tahun depan bila lalu kawasan itu, jemputlah singgah ke rumah uncle.

      Delete
    2. Ooo dah dekat ye uncle. Yeayyy.. Lepas ni boleh jumpa uncle dgn makngah

      Delete
    3. dekat sangat dah .. sepelaungan jer.

      Delete
  11. Alfatihah...comelnya cucu-cucu!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih .. tak sabar rasanya untuk bersama mereka kembali.

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.