Tuesday, July 7, 2015

ADAKAH ANDA PUNYA CIRI-CIRI ORANG YANG SOMBONG ?




Mungkin kita fikir perasaan sombong itu bukan masalah besar tapi iblis akan dihumbankan ke neraka hanya kerana sombong tidak mahu bersujud kepada nabi Adam atas perintah Allah swt.

Berikut adalah 10 ciri orang sombong yang saya kutip dari pembacaan dan juga ceramah/kuliah agama di surau, masjid, radio atau tv dan sebagainya.

[ ] Sukar meminta dan juga memberi maaf.


[ ] Mudah melukakan tapi cepat terluka.

[ ] Suka potong cakap orang tapi tidak suka cakap dia dipotong.

[ ] Suka didengari tapi tak suka mendengar.

[ ] Suka pada pujian dan tidak suka memuji.

[ ] Tidak suka berdoa. Kalau berdoa pun tidak ada rasa (feel).

[ ] Tidak suka dikritik tapi suka mengkritik.

[ ] Memandang kecil kejayaan orang dan merasa hebat atas kejayaan sendiri.

[ ] Merasa berat masalah sendiri dan melihat masalah orang lain sebagai ringan.

[ ] Taksub dengan fahaman yang dianuti dan memusuhi orang yang memberi pandangan yang berbeza.

Saya mengaku saya gagal. Astagfirullahalazim.