Gambar hiasan hasil carian Google.
Saya perhati lama dah. Kadang-kadang orang kita ini terlalu berlebihan dalam membuat sesuatu.
Misalnya, nak tanam pokok oleh VIP. Ada karpet merah dari pentas utama sampai ke pokok. Kemudian VIP itu diberi sarung tangan. Penyodok atau cangkulnya pula mesti yang terbaru. Kadang-kadang dilekatkan riben pulak kat benda alah itu. Lepas itu pokok itu disiram. Bekas penyiramnya juga mesti baru dan dibubuh riben pada pemegangnya. Perlukah semuanya itu ?
Teringat saya masa bekerja dengan kerajaan dulu mengenai hadiah yang diberikan kepada mereka yang menerima Anugerah Khidmat Cemerlang di bawah SSB. Macam-macam dia dapat. Kalau tak silap saya (sebab anugerah ini dah lama diberhentikan) ialah:
Ganjaran sebulan gaji,
Cuti seminggu,
Hadiah bernilai RM300,
Kenaikan gaji secara melintang,
Peluang berkursus,
Peluang dapat anugerah (bintang).
Ada lagi rasanya .. saya dah lupa
Bila digantikan dengan SSM faedah itu dikurangkan atau ada yang dihapuskan terus. Beruntunglah orang yang dapat anugerah itu masa SSB dulu.
Seolah-olahnya orang lain yang tak dapat anugerah itu, langsung tiada sumbangan kepada organisai.
Saya berharap anda juga tidak berlebih-lebih dalam membuat persiapan kuih muih dan perhiasan rumah semasa menyambut hari raya puasa yang baru lalu.