Salah sebuah masjid yang sempat saya bertarawih.
Tulisan saya ini hanya sekadar catatan pengalaman. Tidak langsung terniat di dalam hati saya untuk memperkecilkan atau mengatakan amalan masjid mana yang betul dan mana yang salah. Harap tiada yang silap faham.
Masjid 1.
Masjid ini paling hampir dengan rumah saya. Tiga empat minit boleh sampai.
Terawihnya 8 rakaat. Witirnya 3 rakaat dengan dua salam. Tiada bacaan qunut. Cepat. Sekitar jam 10 malam lebih sikit dah selesai. Imam jemputan dari orang tempatan yang hafiz. Sesekali ada tazkirah. Panas sebab tak ada airkon dan tak ada moreh.
Masjid 2.
Masjid ini jauh sikit dari masjid 1 dari rumah saya.
Terawihnya 8 rakaat. Witirnya 3 rakaat dengan satu salam. Ada bacaan qunut dari malam pertama lagi. Qunutnya agak panjang, kira-kira 3 kali ganda panjangnya dari qunut subuh. Ada tazkirah selepas selesai witir. Ada airkon dan kadang-kadang ada moreh. Mula sembahyang Isyak kira-kira 15 minit selepas azan. Lambat. Dekat pukul 11 baru selesai.
Masjid 3.
Masjid ini paling jauh dari rumah saya berbanding 2 masjid di atas. Kalau naik kereta, 10 minit boleh sampai.
Terawihnya 8 rakaat. Witirnya 3 rakaat dengan satu salam. Tiada qunut. Ada tazkirah. Imamnya didatangkan dari timur tengah. Saya perhatikan ada moreh tapi saya tak pernah join. Cepat kalau kita tak dengar tazkirah yang disampaikan dalam bahasa Arab oleh imam jemputan dengan terjemahan oleh orang tempatan.
Ketiga-tiga masjid tersebut tiada masalah tempat letak kereta, tak macam sesetengah masjid dan surau di KL dan Seremban.
Throwback (yang ini anda mesti baca) - Kejadian-Kejadian Lucu Semasa Sembahyang Terawih.